06 Mac 2012

Pengalaman lucu jadi Majistrate - En Zabidi Mohamed

Nak tau sapa Zabidi Mohamed boleh pegi kat fb dia. Sekarang dia jadi penulis skrip. Salah satu drama yang dia tulis skripnya drama dingin lavender kat TV3 setiap jumaat.

Citer Pengalaman lucu jadi majistrate nie pengalaman betul dia. Bila baca citer tue lawak ada, ngeri ada, geram  ada, malu pun ada. Susah sikit nak baca kat fb dia sebab aku pun baru je minta dia add aku jadi kawan, tengok2 dah sampai episod 11. Terpaksa aku godek fb dia cari setiap episod  pastu aku copy masuk dalam word baru senang nak baca.

petikan dari Episod 1


Sewaktu mula-mula dilantik jadi majistrate pada 1986 saya dihantar ke Penjara Pudu untuk melihat procedure hukuman sebat dilakukan ke atas pesalah. Saya pergi bersama seorang majistrate lelaki dan 2 orang majistrate wanita yang juga merupakan rakan sekuliah saya semasa di UM. Tiba di bilik sebatan kami ditunjukkan jenis-jenis rotan yang digunakan dan diberi taklimat tentang tatacara sebatan dilakukan. Bila tiba giliran sebatan dilaksanakan majistrate wanita (si A) yang bersama saya berpesan pada Penguasa Penjara agar procedure sebenar ditunjukkan tanpa ada sebarang tapisan."Puan sanggup ke nak tengok yang sebenar?" tanya Penguasa Penjara. "Kami majistrate. Tunjukkan procedure yang sebenar" jawab si A dengan nada serius. Penguasa Penjara itu kemudian kelihatan berbisik pada seorang pegawai lain yang berdiri disebelahnya. Kelihatan mereka ketawa kecil sambil menjeling ke arah majistrate wanita tadi. Saya sudah merasakan ada sesautu yang tak kena. "Are you sure?" tanya saya pada majistrate wanita itu. "Why not? We must watch the real thing and the actual procedure. Not a dummy thing!" jawabnya selamba. Sambung esok......

Aku tak boleh nak share lelebih sebab tak minta izin pun. Kalau nak baca semua boleh pegi fb dia. Rasanya fb dia open public.


Baru-baru nie dia sambung lagi  Pengalaman lucu jadi Majistrate. Kisah di rumah S/U MB KELANTAN (1) baru sampai episod 2. best jugak nie. 

Aku sukalah baca kisah pengalaman orang nie, realiti hidup. Tue sebab aku suka baca belog orang.



Ini telah menjadi SEJARAH

3 ulasan:

Irfa berkata...

oh best tu tapi kat fb susah sikitlah bagi aku..takpelah :)

KOLAM HATI.... berkata...

catatan pengalaman dia dah dibukukan... boleh beli buku dia ...POPULAR ada jual buku tersebut... best sangat....buku tu kalau tak silap saya bertajuk Cerita penglipur lara sang magistret...

Cikja berkata...

Kolam hati..yup saya dah dptkan buku tue..beli online kat galeri ilmu..saya tak sabar nak bc buku2 dia terbitan dulu2....dgrnya nak dicetak semula..