26 Mac 2012

Ada macam-macam cerita

Hari Jumaat lepas, masa on the way balik dari kerja, aku berhenti dekat satu traffic light. Bila kereta tengah berhenti tu, biasalah mata melilau pandang kanan kiri depan belakang (guna cermin pandang belakang). Atas aku tak pandang, kalau pandang pun nampak bumbung  kereta sahaja, nak buat apa.  Masa aku pandang cermin pandang belakang tu, ternampak pemandu kereta belakang aku tengah menangis tersedu-sedu sambil tangan mengesat air mata dekat pipi. Terus aku terkedu. Dalam hati aku yang penuh simpati nie jadikan aku pun ikut sedih bila tengok. Kenapa dia menangis?. Gaduh dengan suami ke? iya, itulah yang terlintas dekat fikiran aku masa tue. Dan terpikir lagi eh, dia nie baca belog aku ke?...huhuhu..ah perasan pulak aku jadinya. Ingatkan aku sorang je yang suka nangis dalam kereta. huhuhu..

Hari sabtu dapat sms dari kayang nun jauh  dekat Kedah sana. Anaknya yang bongsu tue masuk hospital. Demam panas dan jangkitan kuman dekat paru-paru. Kesian. Kalau dekat memang aku dah berdesuppp pergi jenguk.

budak shomel nie yang masuk hospital, kayang cakap berat dia tinggal 7kg je. Cepat sembuh ye sayang.
Kayang cakap jangan bagitau dekat mak pasal anaknya masuk hospital nanti mak risau. Kayang cuma bagitau dekat kitaorang adik beradik je. Kesian dekat kitaorang sekarang nie, kalau dulu ada masalah apa-apa maklah tempat kitaorang mengadu. Nasib ada adik beradik lagi..huhuhu. Mak sekarang memang tak boleh tertekan sebab mak mudah runsing  nanti effect dengan kesihatanya.

Mak baru talipon. Dapat berita yang merunsingkan lagi. Hari nie doktor tengok keputusan CT SCAN kepala mak. Doktor cakap ada 2 ketumbuhan dekat kepala mak, tue sebab mak sakit kepala dan tak boleh fokus baru-baru nie.  Aku tak dapat gambaran jelas ketumbuhan tue dekat mana. Sekarang doktor cakap mak kena buat radioterapi pula. Terkedu aku. Apalagi yang aku boleh buat untuk mak?. Kurangkan penderitaan mak untuk kesan-kesan rawatan tue. YA ALLAH, ENGKAU MAHA KUASA UNTUK SEMUANYA. AKU MOHON PADAMU YA ALLAH SEMBUHKAN IBUKU, RINGANKAN PENDERITAANNYA. AMIN.

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

agaknya pasal tu la kot ma x kenal orang dan lupa2 tu hari.aku ni cuma mampu dengar je luahan ko cikja..nak menolong pun cuma mampu doa je.nak cakap ko sabar dan tabah pun dah tak sesuai rasanya

Cikja berkata...

memang tuelah sebabnya irfa. Mak talipon tadi dia cakap."ala mak selamba je bila doktor ckp macam tue". huhuhu...aku pun dah tak tau nak bagi sokongan yg macam mane dekat mak. rasa nak nangis tadi..tapi tak boleh pulak sebab nanti lemahkan semangat mak..huhuhu..