21 Mac 2012

Fatihah disahkan lari ikut boipren? update terbaru


Gambar dekat atas ni keratan akhbar Kosmo. Tadi aku baca  paper Metro cerita yang sama tapi bertajuk 'DILARI ANGAKARA CEMBURU'. Cerita dalamnya benda yang sama. Tajuk paper metro tu dipetik dari kata-kata ibu Fatihah, dia tak percaya anak dia lari dari rumah. 

Berpakat dengan boipren konon-konon diculik, padahal memang nak ikut boipren kucintaik. Aku baca dalam paper masa dia mula-mula dikatakan diculik, saksi bagitau dia ada menghubungi seseorang meminta supaya mengambil dia dekat kedai tue.

update (dah mengaku pun)
Tekanan emosi? Apalah perasaan mak diakan. Berita lanjut boleh baca dekat sini


Aduhai, aku geram bila baca berita macam ni. 

Wahailah adik fatihah, awak ni masih mentah buat perhitungan dalam hidup chewaahhh, see makcik engkau dah mula nak bagi syarahan ni. Cuba pikir, ingat boleh bahagia ke kalau dapat lari dengan boipren kucintaik tu. Umur baru 15 tahun je pun. Jauh lagi rintangan yang nak ditempuh. Makcik ni dulu pun pernah jadi remajawwww juga, makcik pun ada boipren jugak masa umur macam awak ni tapi tak terfikir pun nak lari ikut boipren. alamak terbuka pekung didada. hahaha. Ala cinta monyetkan nasib makcik tak kahwin ngan monyet tu. Kesian kat ibu adik yang risaukan keadaan adik. Dulu masa makcik remajewwww, bila makcik nak buat sesuatu yang luar biasa makcik teringatkan mak makcik, macam mana keadaan mak makcik bila makcik buat benda-benda tak elok. Kesian dekat mak. Itulah yang makcik fikir. Alhamdulillah makcik masih boleh lagi kawal diri. Cukuplah makcik membebel lenguh dah tangan makcik menaip ni. Otak pun penat pikir masalah remajewwwwww sekarang risau dengan anak-anak makcik juga. 

Aishhhhh, serius aku tak faham apa yang ada dalam fikiran anak-anak remaja sekarang. Masyarakat kita ni dah semakin banyak yang rosak fikiran. Aku bukan setakat risau remajewww-remajewww ni lari rumah je. 

Kes-kes macam suami bunuh isteri, anak bunuh mak, mak bunuh anak, buang anak lagilah jangan cerita, bunuh diri semua pun menyumbangkan kesesakkan fikiran aku nie. dah rupa menteri aku nie pikir masalah masyarakat, maklumlah pilihanraya nak tiba kempen kena lebih..hiks. Baru-baru nie aku ada terbaca seorang ibu campak anaknya berumur 2 tahun (kalau tak silap akulah) dari tingkat 4 sebab gaduh dengan laki lepas tu dia sendiri terjun dari tingkat 10. 2 2 mati ok. Hancur. Aku tak tau berita bila aku baca nie yang aku fikirkan apa yang engkau fikir gaduh dengan laki sampai campak anak engkau sendiri. GILA yang serius. Oit tolonglah jangan ambil tugas malaikat maut. Carilah tugas lain.

Semua orang ada masalah, yang tulis N3 ni pun ada masalah juga. Korang nak tau rahsia aku macam mana hadapi masalah-masalah hidup yang ada?. Mula-mula naik kereta, pakai seatbelt,penting tue keselamatan harus dijaga. Lepas tue nangislah puas-puas dalam kereta huhuhu. Sampai rumah kesat airmata pastu buat-buat macam takde apa. Memanglah masalah tak boleh selesai tapi akan rasa lega sedikit, tak percaya? pergi cari masalah lepas tue buat macam aku suruh tue. hihihi..

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

aku baru baca kat stu blog ni ttg keratan akhbar ni.aku tak komen tp nak komen sini buleh?

aku jugak ada anak..serius aku takut apa akan jd masa akan datang

Cikja berkata...

tulah irfa..benda2 nie semua luar kawalan kita...kalau kita jaga elok anak kita..tapi orang sekeliling mcm hampeh pun boleh terpengaruh juga...sedih betul baca kisah2 mcm nie....