30 Mac 2012

DIA TIDAK BEKERJA?????







Buat suami2 yang bekerja di luar sana dan isteri berada di rumah:

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit.

Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?????

Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?????

Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!!

Fikir2kan dan renung2kanlah.......
__________________________________________________

Itu kalau 'tak bekerja'. Kalau bekerja? tak ke kerja jadi 2 (double) kan.

Masa tahun 2011, aku plan nak tukar sekolah anak-anak siap gebang kat fb poyo je, lepas tu tak jadi malu..hihihi. Bila ditimbang-timbang, difikir-fikir balik, aku taknak ambil risiko seorang sebab Azam tak berapa setuju bila fikirkan keselamatan anak-anak nanti.

Bila Azam cakap tak setuju, aku juga yang pening sebab aku juga yang nak kena fikir mana nak letak anak-anak masa transit nanti. Selama ni pun urusan mencari penjaga anak-anak aku yang uruskan. Azam lebih suka i followwww gitu.mmm.

Sebelum ni mak yang uruskan anak-anak aku sekolah. Bila mak sakit ada juga aku letak anak-anak di rumah pengasuh Aqil. Rumah kakak pengasuh dekat dengan sekolah tapi tuelah anak-anak komplen penat jalan kaki, dengan cuaca panas, kalau hujan lagilah kesian, basah. Nak harapkan kakak pengasuh ambil hantar anak-anak aku pergi sekolah macam tak patut pula sebab anak-anak dia pun pergi sekolah naik basikal. Memanglah aku bayar, tapi aku segan nak cakap lebih-lebih huhuhu.

Kebetulan kakak ipar aku nak kerja di satu nursery ni. Bila tanya ada pula untuk budak-budak sekolah transit + transport. Masa cuti sekolah hujung tahun lepas cepat-cepat aku booking. Selesai satu  masalah. 

Masuk tahun ni rutin harian aku kembali padat. Pagi-pagi masuk kereta je memang haku berpeluh-peluh. Paling sibuk bila keluar rumah pagi-pagi sebab nak hantar beg anak-anak ke nursery lepas tue hantar anak-anak pergi sekolah lepas tue hantar aqil pula ke rumah pengasuh lepas tue terus pergi kerja. sila kira berapa ada LEPAS TUE. Aku kena pastikan tiada apa-apa yang tertinggal, kalau tak nahaslah haku nak patah balik konpem lambat.

Baru-baru ni aku masukkan Azri tusyen. Setiap khamis jumaat pukul 8.00-10.00 malam Lagilah sibuk wei, mana nak masak dalam masa setengah jam, lepas tue nak hantar dia lagi..huhuhu..memang berpeluhlah. Nasib seminggu 2 kali je. Kena pula dia yang nak pergi tusyen tapi buat dekkkkkkkkk je. Mulut pun kena bergerak sama...aishhh..memang letihlah.

Kalau nak cerita pasal rutin harian jadi pekerja+surirumah memang meletihkan!. Itupun Azam ada juga tolong-tolong haku nie. Gosok baju sekolah memang totally dia buat sampai baju terbakar..ahahhaha.. Kalau dia tak tolong aku nie,  agaknya aku dah kurus kering dah hahaha.

Sabtu Ahad time nak membasuh segala tuala, cadar, mengemas rumah walaupun bertahan 5 - 6 minit je memasak lain sikit dari weekdays, kadang-kadang mak dengan atih datang tumpang makan sebab ateh femalas nak masak wakakakka sebab kalau weekdays masak cincai jekan time cutilah masak sedap sikit sedap ker?.

Merasakan buat semua tue. Atih cakap aku rajin sekarang je dulu-dulu malas juga semuanya mak buat. huhuhuhu.. Fadanlah muka den. Dulu memang semuanya harapkan mak, anak-anak sekolah semua mak uruskan dari basuh baju sampai gosok baju..huhuhu. Allah betul2 suruh mak rehat. Eh dulu tue mak yang rela nak buat semua tue, aku tak pernah paksa mak buat.

Walaubagaimana pun dalam sibuk-sibuk haku masih sempat lagi online FB hakhakhak. Status kena update. nak tunjuk kat kawan-kawan rajinnnnnnnnnnnnnya haku hahhaha..riak sangat ko nie parijah!

Hari tue Azam marah aku sebab asal balik kerja je muka monyok muka mintak penampo. Azam cakap orang lain pun kerja jugak penat tapi takdelah hari-hari muka monyok. Dia cakap berenti kerja jelah kalau macam tue..huahuahua. Ala dia balik kerja bawa badan sorang bolehlah cakap, aku nie kena ambil anak-anak dari sekolah+nursery+pengasuh. Layan ragam anak-anak dalam kereta yang buat kereta tue macam rumah dengan gaduhnya...ala dia tak pahamlah!. eh dah jadi sesi luahan rasa pula..hahaha..

Tapi aku sebenarnya gembira je buat kerja-kerja ni semua. ibarat kata Azam nie semua tanggungjawab haku.


Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

sian halimah kan?
aku pun x mampu nak jd suri rumah sepenuh masa..atleast keje buleh gak 'curi2 masa'hehe