28 Februari 2012

Wahai sel kanser yang jahat nyah ko dari badan mak aku

Dah 3 kali mak tukar ubat kimo, sampai sekarang tak nampak perubahan, sel kanser tetap merebak & kanser kat paru2 tak kecut seperti diharapkan. Jumaat lepas, mak buat ct scan dan kebetulan minggu tue mak kena sakit kepala teruk sangat. Lepas buat ctscan terus mak jumpa doktor sebab nak tau kenapa mak sakit kepala. Doktor dapat detect sel kanser baru kat tulang belakang mak dan doktor khuatir sel kanser naik ke kepala.  

Semalam pergi hospital balik sebab nak set appointment buat ctscan kepala & kimo. Bila sampai kat wad 12, nurse cakap boleh terus kimo je. Sementara tunggu mak kimo aku pegi set appointment untuk ct scan, ambik ubat2 mak, pegi makan dulu. Mak buat kimo daycare. Ambik kimo then boleh balik.
Sebelum nie mak memang takde sakit kepala tapi mak dah start lupa-lupa. Kalau tengok mak sekarang nie memang jauh beza dengan mak yang dulu. Sekarang nie mak dah tak ingat macam mane nak pakai baju pakai bra, pakai tudung pun tak pandai. Tapi dia sedar dia tak boleh nak pakai benda tue semua. Bila mak kena sakit kepala nie makin teruk ingatan mak. Semalam aku duduk kat sebelah mak, mak citer pagi tue nak pegi hospital ateh yang tolong pakaikan semua tue. Aku cakap ngan mak bukan mak tak pandai pakai tapi mak tak fokus apa yang mak nak buat tue yang jadi macam tue, Aku cakap sebab nak sedapkan hati mak & sedapkan hati sendiri. Pagi tadi masa aku ambik mak kat rumah aku tengok apasal mak pakai tudung lain macam, rupanya dia pakai tudung terbalik, bayangkanlah pakai tudung awning tue tapi patutnya yang kat dagu tue jadi kat atas kepala yang awning tue kat bawah dagu. Aku nampak memang aku terbahak-bahak gelakkan mak, mak pun ikut ketawa sekali. huhuhu...Mak cuba pakai sendiri lagi sekali tapi tak berjaya. Aku datang dekat mak aku pakaikan tudung tue. Baru mak cantik!. :-)

Sapa yang kenal mak aku taulah mak aku nie macam mana punya bergaya kalah aku nie yang hari2 keje kat opis, pegi opis pakai selipar :P  Mak memang orang yang sangat pentingkan penampilan. Tapi dah 3 4 bulan nie, aku tengok mak pakai semuanya asal boleh. Dalam hati aku YA ALLAH selekehnya mak. Menangis dalam hati bila aku tengok mak. Tabah tak tabahlah nak hadapi. Aku ingat masa mak mula2 masuk hospital nak kena buat biopsi. Mak pakai kasut nie masuk hospital, punyalah bergaya mak. Terpaksa ateh belikan selipar pink tue...sebab susah nak pegi toilet, takkan nak pakai kasut cantik tue pulak pegi toilet.
Sebenarnya mak pun taknak jadi macam nie. Semuanya luar kawalan mak.  Sampai sekarang pun kepala mak masih sakit lagi. Terbaring je mak. Tak mampu nak buat apa2. Selera makan memang takde. Jalan kalau tak dipimpim entah mana-mana karang mak pegi. Tapi Alhamdulillah walaupun mak lupa sesetengah perkara tapi mak masih boleh sembahyang, bila malam masih boleh buat solat sunat tahajud. Kimo kali nie tak tau apa kesannya kat badan mak, tapi semalam mak muntah2. Kimo sebelum nie badan mak sakit2. Harap-harap kimo kali nie respon kat sel kanser tue. 

Semalam masa balik dari Hospital, mak masih ada hati lagi nak ajak cari langsir rumah baru. Kalau ikutkan aku memang aku nak bawak, tapi mak sakit kepala sangat+tak boleh jalan. Bila mak sakit kepala automatik kaki dia tak rasa, pakai selipar tercicir-cicir je. Kesian mak. Aku klu takat nak pimpim mak takde masalah. Rumah baru tue lagi 2 minggu boleh duduk langsir tak buat lagi. Mak risau je. 

HARAP SANGAT  KANSER TAK NAIK KEPALA. YA ALLAH SEMBUHKANLAH IBUKU, PANJANGKANLAH UMUR IBUKU, AKU BELUM PUAS DENGAN KASIH SAYANGNYA YA ALLAH.



Ini telah menjadi SEJARAH

3 ulasan:

Irfa berkata...

ija..aku baca ni sambil lap airmata.
ko lagi la yang mengadap mak hari2.
Ya Allah sembuhkan mak ija.hanya Engkau yang mampu mengubah sesuatu keadaan.hilangkan kanser itu dr badan mak.amin

Shima Radzi berkata...

Tabahkan hatimu whai shabat...ini semua dugaan tok ibumu...smoga cpat smbuh

Shima Radzi berkata...

sdey sy...