Aku tau ramai yang google pasal tabita tapi sebelum korang buat keputusan nak pakai cari maklumat dengan tepat. Masa aku nak pakai aku just google dalam malaysia, jadi aku tak tau cerita yang produk nie ada 'sesuatu'. Bila aku masuk satu forum indonesia ada sedikit penyesalan jugak dalam hati. Boleh tekan kat sini.
Citer pertama aku review pasal tabita, cuba korang tekan nie
Citer pertama aku review pasal tabita, cuba korang tekan nie
citer kedua plak tekan nie
Apa hasil setelah sebulan bertabita?. Pada aku, oklah. Semalam masa aku tengah syok sapu toner & krim kat muka, Azam suruh sapu kat muka dia jugak sebab dia cakap muka aku makin gebu :) Aku cakap "hishhhhhhh..tak payahlah nanti muka abang terbako pulak". Bukan aku dengki, masalahnya aku taulah macam mane tahap kesakitan yang boleh ditahan dengan Azam nie. Dia memang tak taham sakit!. Risau karang aku sapu kat muka dia 2 3 hari lepas tue muka dia mengelupas mau meraung2.
Tapi muka takdelah terbako mana pun sebenarnya, mengelupas je pun. Cuma bila kena toner ngan pembersih muka dia rasa pijar2. Kena matahari ok je pun. Gambar kat bawah nie lepas aku pakai seminggu lebih, pastu mandi manda kat desa water park. Panas terik ok masa tue, tapi Ok je muka cuma tahap mengelupas tue lagi teruk lah nak senyum pun tak boleh sebab muka tegang...bila sapu toner & krim lagilah, sedihhhhhh pedihhhhhhhhhhh..
Sebelum nie aku memang tak pernah culas pakai tabita nie, bila tengok muka dah ok, nampak gebu mulalah pakai main2 terutamanya krim malam. Ok kat bawah nie gambar masa dinner sorry terpaksa gebang lagi muka masa dinner. Kali nie close up tang muka je. Biar jelas. Muka tanpa bedak nie, hanya pakai krim siang tabita je.
kat bawah nie muka dah 20 hari bertabita, jugak tanpa bedak secalit pun.
Semua nie dari camera yang sama. Tapi ada satu gambar nie aku tak pakai krim tabita. Malas sebab dah petang2 sangat pun. Nie gambar paling terbaru. Minggu lepas punya gambar. Jangan kata tabita, aku cuci muka pun tak dengan berlengas kat dapur terus pegi tengok rumah baru mak, dah round2 serumah baru ambik gambar, oh nampak sangat gebu kan muka...............................
budak yang kat sebelah aku tue...hiks. Nampak ketara berbezaan masa pakai tabita dengan tak pakai tabita kan?..
![]() |
Jerawat kat muka aku nie ikut suka dia je nak tumbuh, time period tue paling tak boleh nak kontrollah pertumbuhannya. Masa mula2 pakai tabita aku period bayangkan muka aku dengan mengelupasnya tambah jerawat 4 5 bijik tumbuh macam cendawan lepas hujan. Hodoh gila muka aku. Tapikan bila aku cuci muka ngan tabita aku gosok2 lama cikit pastu pakai toner tekan sikit kat jerawat tue, esoknya nampak kecutlah jerawat2 yang ada. Serius nie, aku dah try banyak kali samaada jerawat besar atau jerawat kecik2. Dalam masa 2 3 hari dah hilang.
Setakat nie aku puas hatilah ngan hasil tabiat nie, Berbaloi ngan hargannya. Dah sebulan lebih pakai ada lagi setengah botol semuanya. Kira ok kot.
Ini telah menjadi SEJARAH




1 hak bersuara:
wah hebat promo Tabita ni.kat opis aku ni kan selalu tengok pramugari,so aku rasa lah diorang ni pakai Tabita tu kot..muka licin je ;)
Catat Ulasan