23 Februari 2012

Rambut mak gugur kena kimo.

Semalam aku lepak rumah mak sebab aku minta Azam tolong urut mak. Kesian mak demam & sakit kepala. Rambut mak kan dah mcm rambut azam..huhuhu. Gugur sebab kena kimo. Kalau tengok kepala mak sayu betul hati aku. Mak cakap "Kepala mak dah botak dah". Pastu Azam cakap "takpe mak, kita boleh geng sama2 botak". Sempat lagi si Azam melawak.Aku sebenarnya tak sampai hati nak urut mak. Azam tunjukkan mana nak kena urut tapi buat2 tak paham..huhuhu.

Dah 3 hari mak sakit kepala. Risau haku. Nak bawak mak pegi hospital, mak taknak. Esok mak nak buat ctscan. Kalau mak sakit kepala & demam satu petanda kurang elok untuk badan mak. Ya ALLAH, tunjukkanlah keajaibanMU. Sembuhkanlah MAK. Amin.

Hari isnin 27/2/2012 baru dapat jumpa doktor. Ini Kimo kedua mak. Pertama kali mak kena kimo guna dos yang sikit. Lepas cukup 6 pusingan doktor tengok takde perubahan saiz kanser mak, doktor buat keputusan tukar ubat kimo dengan dos tinggi sikit. Kalau sebelum nie kesannya mak mabuk teruk 2 3 hari, kali nie plak mak tak mabuk tapi badan bisa2 sakit + rambut gugur (hampir botak). Selera makan tetap macam tue. Tak berapa nak makan. Badan mak dah tinggal kulit ngan tulang je. Macam mane ntah nak naikkan selera makan mak. Macam2 kitaorang adik beradik pancing selera makan mak, masakkan apa yang dia suka makan tetap jugak ala2 je, sekadar alas perut.  Aku rasa macam nak tukar selera makan  mak ngan selera makan aku nie..huhuhu.

Sedih? dah biasa sangat sedih bila tengok mak, tapi buat2 happy bila depan mak. Aku harap mak terus kuat & dapat jejakkan kaki ke Tanah Suci. Semoga ALLAH permudahkan setiap urusan MAK.

Sebenarnya ada banyak cerita sebalik penderitaan mak dengan kanser nie. Mak sakit mungkin terlalu stress dengan kehidupan yang mak lalui. Semuanya dah ditakdirkan ALLAH. Mak cakap mak redha dengan apa yang dah berlaku. Cuma dia perlukan sokongan, dah tentu aku sebagai anak baik buruk yang berlaku aku akan sokong mak. Siapa kita nak hukum orang. ALLAH tentukan takdir hidup mak macam nie bagi dugaan macam tue. Kita sebagai anak pulak diduga dengan keadaan mak macam tue mesti kena redha jugak. Benda dah berlaku apa boleh buat, sekarang yang penting carik penyelesaian. Allah tau niat kita. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.Amin.

Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: