29 Februari 2012

Bila Ateh mandikan mak, pakaikan baju, mak menangis...

Keadaan mak semalam nampak teruk. Satu hari Aku tinggalkan kat rumah dengan Azam, mak langsung tak bangun. Bila aku ngan Ateh balik, barulah kitaorang dapat layan mak. Satu hari sakit kepala tak makan langsung. Azam urutkan jugak kepala mak + buatkan air milo sikit pun tak disentuh.

Mak cakap dia tak mandi lagi. Aku cakap tak payah mandilah nanti aku ingat nak lap2 je badan mak. Mak cakap dia tak selesa kalau tak mandi... huhuhu...Bawak jugaklah mak kebilik air Ateh yang mandikan mak.

Sejujurnya aku tak berapa pandai layan orang sakit walaupun mak sendiri. kenapa ye?. Kalau tengok Ateh layan mak ok je. Aku nie kasar pun iye jugak. Aku rela pegang anak Ateh, suruh Ateh yang layan mak. Takat nak ambikkan mak air, makan aku ok je, uruskan hal2 hospital pun ok. Kadang-kadang aku perasan bila aku pimpin mak (sekarang mak tak boleh jalan sendiri) aku nie dah macam seret mak..huhuhu..aku dah terbiasa jalan laju2, kalau aku jalan dengan Azam pun Azam boleh tertinggal kat belakang. Aku memang kurang kesabaranlah nak jalan pelan2 buat benda pelan2...huhuhuhu. Masa mak nak minum air semalam aku nak angkat kepala mak , masa tue mak sakit kepala mengerang2 Entah macam mane aku angkat leher mak terjerit2 mak, mak cakap tengkuk dia sakit..huhuhu..Ateh cakap minum pakai sudu je..last2 Ateh yang sudukan air kat mulut mak..huhuhuhu. Pada aku pakai sudu lambat, kalau minum terus pakai cawankan cepat glup glup glup habissssss. Mungkin sebab aku dah terbiasa pagi-pagi buat semua benda satu masa jadi pergerakkan kena cepat & pantas.

Maaf ye mak, anak mak nie gelojoh sikit, tapi takde niat nak sakitkan mak pun.

Semalam aku tengok je Ateh layan mak macam mane, dari mandikan mak, pakaikan baju semua, bagi mak minum. Nanti kalau aku kena layan mak aku taulah nak buat macam mane kena train diri supaya lemah lembut sikit. Masa Last sekali bila mak dah siap, masa tue mak berdiri paut leher Ateh, mak nangis mak cakap "kenapa mak jadi macam nie, susahkan anak-anak".  Ateh cakap "mana susah takde pun, tengok nie ok je tak susahlah". huhuhuhu. 

Tau tak bila kita dah tua kita mesti cakap ngan anak-anak mcm niekan "esok kalau dah tua nak mati (maksudnya sakitlah), biarlah mati dengan senang janganlah sampai susahkan anak2". Betul tak?. Aku rasa aku yang belum tua nie pun (belum tua sangat..hukhukhuk)..akan cakap benda yang sama. Tapi siapa kita nak lawan takdir yang ALLAH dah tentukan untuk kita. Berdoa & Tawakkal jelah.

Hari nie abang ayeng bawak mak pegi hospital lagi. Kita orang bergilir-gilirlah bawak mak ke hospital...Kesiann mak..YA ALLAH ENGKAU YANG BERI SAKIT & ENGKAU JUGA YANG MAMPU HILANGKAN SAKIT . YA ALLAH SEMBUHKANLAH IBUKU.

Ini telah menjadi SEJARAH

4 ulasan:

Irfa berkata...

ija..

aku kan sakit pinggang (masih lalu makan dan siap boleh jalan2 kat shopping mall) tapi bila aku sakit aku mula fikir2 bukan2.aku fikir kalau aku sakit takleh bgn sapa nak jaga aku?nak bagi aku makan?mandi dan cuci berak?sanggup ke suami aku buat?kalau sanggup pun berapa lama?seminggi sebulan @ setahun?aku cakap kat suami aku 'harap2 sakit ni tak lama.taknak sakit yg merbahaya dan sukar diubati.kalau boleh nak sakit kejap je dan terus mati.taknak susahkan org keliling'huhu..org sakit mmg sensitif

Cikja berkata...

betullah tue irfa orang sakit memang sensitif. Aku nak harapkan bapak tiri aku tue pun tak boleh jugak sebab walau mak sakit dia mesti ada lagi perasaan malukan...kalau pompuan dengan pompuan kan kurang sikit malunya...

Sapa yang nak susahkan org2 sekeliling bila sakit....takde sorang pun yang nak sakit + susah2kan org....

aku harap ko cepat sembuh irfa..

A.I berkata...

Alahai mak -______-"

Cikja berkata...

kak Ai datang jenguk blog saya?..tq kak.