18 Januari 2012

Rumah Pusaka yang tinggal kenangan.

Kalau nak ikutkan memang sayang, tapi nak buat macam mana? Hidup dengan kenangan tak kemanalah jawapnya. Sentimental value nya sangat tinggi kat rumah ini. Aku dan adik beradik dibesarkan & kahwin kat rumah nie. Arwah abah jugak meninggal kat rumah nie. Lepas aku kahwin, aku menumpang teduh kat rumah nie selama 2-3 tahun. Banyak pahit manis kat rumah nie. 

Sekarang dah jadi kenangan!. Tanah tempat rumah nie bertapak dah kena jual. Banyak sebab kenapa dijual. Salah satu sebabnya kawasan persekitaran yang dah tak sesuai. kanan kiri depan semuanya dah ada KILANG.

Rumah nie arwah abah yang bina, buat sikit-sikit. Tak lama lepas rumah nie siap terus abah jatuh sakit.
Keuzuran rumah ni memang terserlah. Sebab dah tau nak kena jual kitaorang takde nak betulkan pun.

Tempat lepak sekeluarga. Masa nie barang-barang semua dah kena angkut.

Bilik ... kakida-->aku--->ateh.
Dapur, kabinet tue pun arwah abah yang buat.

Tempat menyimpan khazanah aka Jamban kenangan. Jauh dari rumah kalau malam2 nak memerut..mmmm..agak menyeramkan..ngeh ngeh ngeh..


Tuan belog yang kurussssssss sangat bergambar kenangan dengan rumah pusaka...
Sabtu (14/1) lepas rumah nie dah jadi mcm nie!...semalam (17/1) aku lalu dah tinggal dinding batu je..dapur pun dah habis...
tanah baru yang akan menggantikan tanah yang terjual...

yang semak tadi dah jadi padang jarak padang tekukur....rumah yang nun jauh kat sana tue,rumah pusaka baru, sebelah tue rumah abang ayeng....
berselut...balik rumah terpaksa aku memberus kaki azri, fahmi , aqil, azam & kaki aku sendiri sental kuat2 sampai menjerit2 diorang muahahhahaa...
Rumah pusaka baru yang diamanahkan kat ateh. Buat kat tanah dia, supaya rumah nie dapat menggantikan rumah pusaka lama walaupun tak sama. Rumah nie akan jadi tempat anak, cucu & cicit berkumpul. Insyaallah.

Banyak perasaan aku bila tanah pusaka tue terjual. Sedih, terharu, gembira semuanya jadi satu. Sedih sebab tu jelah tanah yang arwah abah tinggalkan untuk anak2nya walaupun kitaorang dapat gantikan tapi tak sama. Gembira sebab mak merasa duduk rumah yang selesa. Kalau tanah tue tak dijual macam mane mak nak rasa duduk rumah cantik, nak harapkan kitaorang binakan untuk mak, ________________. (sapa yang baca sila isikan sendiri)

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

IJAH..TIBA2 AKU YG RASA SAYU MACAM RUMAH MAK AKU LAK NAK KENA JUAL.
HUHU

Cikja berkata...

masa last aku datang..cepat2 aku keluar..sebab lagi lama aku kat sana boleh banjir rumah tue..huhuhu..