20 Januari 2012

Kos rawatan pesakit kanser memang tinggi

Aku cakap berdasarkan pengalaman. Bila aku baca belog Kak jee, aku akui memang kos rawatan pesakit kanser sangat tinggi tak kira rawatan moden atau rawatan altenative. Penah aku tanye doktor kat hospital swasta kos rawatan kanser nie, harganya boleh mencecah setengah juta. Masa dengar tue aku, kakida ngan mak terkedu. Mana nak cari duit banyak tue. Kalau ambik insuran pun belum tentu boleh cover kecuali ko bayar coverage tinggi.

Tu yang hospital swasta, kalau hospital kerajaan pun sama jugak tapi murah banyaklah. Murah2 pun mau puluh ribu jugak. Sebab ubat kimo tue mahal sangat, paling murah sekali ambik RM300 ratus kalau tak silap aku, yang paling mahal dekat 8-10 ribu sekali ambik dan selalunya ubat kimo ditanggung oleh pesakit. Kalau ambik kimo kena buat 6 pusingan (1 pusingan 2 kali kimo). Kira sendiri berapa kos yang diperlukan. Nasib mak ada anak keje gomen rawatan ditanggung oleh gomen sepenuhnya. Kecuali kimo yang mahal kita kena dulukan duit pastu baru claim kat gomen. Itu kalau kat PPUM dan citer tue berdasarkan pengalaman mak. Hospital lain & org lain mungkin berbeza. Tapi aku jamin kosnya tak lari banyak.

Penah, lepas mak buat biopsi doktor suruh buat pet scan. Pet scan nie pulak kat Malaysia hanya ada 2 je, satu kat putrajaya satu lagi kat Hospital Pulau Pinang (aku tak tau nama hospital tue). Kalau Hospital swasta ada kat Sime Darby Medical center. Pet scan nie lebih kurang macam ct scan tapi lebih detail lagi boleh tahu kanser tue dah merebak kemana. Bila dah tau kanser tue dah merebak kemana senang doktor nak mulakan rawatan yang betul. Doktor cakap kalau kat gomen nak tunggu memang panjanglah Q nya tapi murah banyak cuma bayar RM500 je. Nak cepat kena pegi swasta kosnya sekali buat RM3500. Pulak tue masa nie mak dah mula berubat dengan rawatan altenative jadi kitaorang adik beradik memang dah kehabisan duit. Bagi orang RM3500 tue sap sap soiiiiiii je kan. Korek sana sini tak cukup jugak. Ateh cuba buat personal loan tapi tak lepas. Kayang duit simpanan dia pun dah susut. Aku memang dah kering kontang. Akhirnya aku gadai perhiasan aku yang satu2nya aku beli hasil titik peluh aku. Takpelah kalau ada duit boleh beli lagi yang lain. Aku tak kesal pun. Emas boleh carik Emak satu je kat dunia.

Peringatan ya bila kita susah takde sapa pun nak tolong dan nak dekat. Nak pinjam sedara mara pun kena tengking walaupun bukan ckp direct tapi tuhan tu maha kuasa dia tunjukkan perangai orang tue. Mak aku sakit bukan sakit main2. Lagi pun mak nak pinjam je & lepas mak dapat duit insuran nanti mak nak bayar balik...mmmm. Nasib mak ada ambik insuran bila kena sakit kritikal nie insuran bagi RM10 ribu. Pastu RM3500 tue dapat balik sebab kayang claim balik kat gomen. Syukur. Peritnya cuma masa nak kumpulkan RM3500 tue je.

Pasal rawatan altenative banyak yang mak dah cuba, Transfer factor, B17, Monavie semuanya dah tapi nampaknya setakat nie takde yang serasi. Tue pun makan ribu2 ringgit Transfer factor tue sekali beli RM1000++ tahan 2 minggu je (lebih kurang). B17 sekali beli RM500++ tahan sebulan. Monavie RM100 tahan seminggu...hmmm. Nak baik punya pasal kita cubalah mana yang mampu, tak mampu pun terpaksa buat2 mampu. Tapi kitaorang takdelah beli serentak. Bila tengok takde perubahan kat mak cariklah produk alternative lain.

So kesimpulannya kalau korang rasa kesihatan tue penting ambiklah insuran. Peringatan kat aku jugak nie..huhuhu...



Ini telah menjadi SEJARAH

6 ulasan:

Irfa berkata...

serius.aku kagum ngan semangat ko adik beradik..sepakat jaga mak
(aku tingin nak jumpa mak ko).

aku pun ada insuran kompeni je..personal insuran sendiri baru je beli tahun lepas..huhu

cegah sebelum parah itu lebih baik org kata.harap mak kuat.aku doa dr jauh

Cikja berkata...

alhamdulillah..adik beradik sepakat semuanya..walaupun sorang tue anak tiri mak je..

mehlah datang irfa..aku pun nak kenal2 ngan ko..hiks..

oklah dah ada..aku ada tapi ambik PA ngan life je..hospital takde lagi...nak kena ambik jugak tgh nak survey mana yang ok..

tq doa tue irfa.

Fitri Shahrizat Jailani berkata...

Hai CikJa, sy Fitri, agen prudential. boleh tak sy promote artikel cik Ja ni kat Facebook sy? Just nak kongsi pengalaman kt kawan2 sy yg lain. Ni FB saya (kalau sudi add la :) www.facebook.com.fitrishahrizat

mohd abas Asman berkata...

Jika mahu bimbingan untuk memilih medical card boleh pm no saya 0137061194
Saya ejen insuran

mohd abas Asman berkata...

Untuk dapat kan medical terbaik boleh pm no saya.0137061194

Dr Wan berkata...

Salam, saya sedang merawat pesakit kanser payudara.Sebelum ni bacaan ESR= 2000 sekarang turun 65.Dia disahkan bebas kanser selepas 3 bulan rawatan diklinik saya.Mengikut keputusan doktor Hospital Putrajaya sepatutnya kena operate.Kos rawatan dianggarkan RM160K.So dah jimat.Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Ctr Gombak 019 6676236