27 Januari 2012

Jangan selesa sangat walaupun ko duduk kat kerusi empuk.

Hujung tahun lepas baru 30 hari berlalu. Aku ngan Azam uruskan SSPN anak-anak kat  meybeng lama gila  sebab orang ramai padahal urusannya tak sampai 15 minit pon aku tunggu dari jam 12 tengahari sampai 3 petang. Sempat Azam pegi sembahyang jumaat. Masa aku tengah tunggu tue tiba-tiba aku dengar bunyi benda meletop kuat sangat. Terkejut! sambil urut dada aku menoleh. Aduhai bang oit mcm mane kerusi yang empuk tue boleh patah pastu abang tue terjerumus kat rangka kerusi tue nasib baik besi kerusi tue tak tercucuk kepala dia. Nauzubilah. Tapi bagus orang ramai kat dalam meybeng tue sama2 tolong abang tue bangun. Staff meybeng mampu tolong tengok je. mmmm..

Sebenarnya tu mukadimah je, yang aku nak citer nie tentang comfort zone. Rasanya irfa penah buat N3 pasal nie. Aku pun macam dia jugak suka berada dalam keadaan selamat je tak suka ambik risiko apa2. Play safe lebih selesa. 

Ada kawan fb letak dalam status dia lebih kurang macam nie ayatnya "orang yang tak keluar dari comfort zone dia taknak kemana-mana". Ibaratnya orang yang suka duduk kat zon selesa menunggu keajaiban berlaku. Tiba2 dapat surat mengatakan kita nie pewaris harta 20 juta...miaahahhaha...yelah kalau dah selesa nak buat apalagi kan? just follow the flow jelah.

Baru-baru nie ada kawan fb jugak link kan satu forum pasal ASB LOAN. Sangat menarik bila dibaca. Teruja sangat. Kebetulan ada duit sikit, tanpa pikir panjang aku try buat 150K terus. Yessssszaaaaa.. aku cuba keluar dari comfort zone aku sebab selama nie aku tak penah ambik apa-apa hutang. Komitmen yang ada pun tanpa bertulis macam bayar babysitter, kos petrol+makan pegi keje, soping..eh eh eh.. dan lain2..laaaaaaa. Tapi Loan ASB nie pun kira play safe jugak sebab boleh dikatakan risiko sangat rendah. Sampai aku saiko semua orang ambik loan nie..hiks. Opismate aku, Ateh & Azam dah terjebak sama. Ngeh3x. Kiranya aku ngan azam lambat bertindaklah...orang lain dah capai target masing2. Aku baru terkial-kial nak mula...umur plak makin tua dah nak capai 35 lagi 5 tahun. Azam lagi sadis dah nak capai 40 lagi setahun...mmmm. Biar lambat asalkan ado.

Dalam forum tue cakap loan ASB nie hanya tool nak capai target  kita, so apa target aku? Aku nak KEBEBASAN KEWANGAN dalam keluarga aku!. Tapi tuelah kebebasan kewangan apa yang aku nak, aku sendiri takde hutang :-), yang berhutang plak selamba je..mmm... Rugi sapa yang tak study loan ASB,  memang kena rajinlah sebab page dia dah sampai 480++. Tabah jelah klu nak baca, berpinar2 mata ngan angka2 & term2 yang ada.

Tapi Loan ASB ni untuk jangka masa panjang. So sabar tue penting. Aku nak citer banyak pun takut jadi ajaran sesat baik korang pegi page nie. Baik hamba Allah tue. Setiap persoalan dia jawab. So Selamat melabur!.




Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

aku dah lama melabur ngan ASB ni dari mula2 masuk keje.mmg tak rugi

tetiba namaku disebut :)terharu mak tau

Cikja berkata...

baguslah ko irfa..aku dah lama tau tapi takde kesedaran nak buat...masa baca 3 tahun lepas baca gitu..pintu hatu tertutup...mmmm..sekarang menyesal gaklah lambat..hiks..

alolo..comel terharu tue..:)