23 November 2011

Tulang aku cedera rupanya..

Kesian kan tulang cedera pun aku tak tau. 

Dalam pada bizi kononnya tue sempatlah merayau belog ke belog.  Multitasking kate ko

2 tahun 10 bulan yang lalu, lepas aku lahirkan Aqil, Aku mengalami sakit kat tulang belakang tapi kat bawah sekali. Kalau orang jawe cakap kat berutu. Istilah yang betul ialah tulang ekor dan bahasa terbelit lidahnya sainsnya ialah COCCYDYNIA. Sumpah aku tak tau sebut . 

Bila baca artikel dari DR ZUBAIDI HJ AHMAD, pegawai perubatan senior di KUMPULAN PERUBATAN PENAWAR SDN BHD, rupanya aku  mengalami sakit tulang ekor nie. Boleh aku katakan sakit yang amat sangat. Kalau dah telentang memang hazab gila nak bangun nak pusing mengiring pun seksa, boleh menitis airmata. Kalau berdiri kat singki tulang aku boleh bunyi2 bila aku tukar posisi berdiri. Mak aku siap urut-urut tapi sakitnya sikit pun tak kurang. Masa tue tak terpikir langsung nak pegi Hospital dapatkan rawatan, aku pikir mungkin sakit biasa yang di alami bila lepas bersalin. Macam baru pertama kali bersalin plak..hahaha. Bersalinkan banyak tulang2 kita jadi sakit2.  Sangat jujur kat situ..ehehehe.

boleh korang bayangkan betapa sakitnya..hargailah ibu & isteri anda ..pesanan khidmat masyarakat.

Sakit nie takde ubat ye, pain killer je yang boleh kurangkan sakit, tue pun sementara je. Selalunya sakit nie akan baik sendiri dalam masa 6 hingga 8 minggu. Seingat aku, masa aku habis pantang, baru sakit tue beransur-ansur hilang. Bayangkan selama 44 hari aku tanggung sakit..fuhhhhh. Tapi masa tue aku cuma berharap takde yang serius terjadi kat tulang belakang aku. 
sakitnya memang kat area yang warna merah tue..tapi tue bukan bontot aku ye..harap maklum.

Masa aku darjah 6 (kalau tak silap) pernah aku ikut rombongan sekolah ke air terjun gabai, masa tue aku berdiri kat satu batu lepas tue tergelincir jatuh terduduk. Melecet bontot aku. Lepas tue baru aku sakit tulang ekor berbulan-bulan aku rasa. Sakit tue hilang beransur-ansur jugak. Tapi yang pasti lama sangat aku sakit kat tulang ekor tue.  Nak duduk seksa nak bangun seksa, duduk salah parking boleh bunyi tek tek tulang aku (bunyi macam kita letupkan jari lenguh) Aku citer nie pun tulang aku rasa ngilu..eeeeeee.. 
yang kat tengah tue normal. Kiri kanan tue tak normal.

Masa bersalinkan Azri ngan Fahmi setakat sakit pinggang biasa je. Ker masa aqil aku terlalu kuat meneran sebab budak tue aku teran sekali dah keluar. Punyalah kuat berusaha..huwaaaaaaaa. Tak tau pulak akan effect kat tulang ekor. Tau aku teran sopan-sopan. Masa tak boleh diundurkan parijah redha jelah . Atau sebenarnya tulang aku mereput atau bahasa indahnya Osteoporosis. erghhhhhh..susu pleaseeeeeeeee...oh kirim salam aku nak minum

Bila part yang last dalam artikel DR ZUBAIDI tue aku jadi seram. Seram nak beranak  lagi. Takkan kena ceserean. Eh, tapi patutnya aku dapatkan pengesahan dengan doktor dulu. Ini baru baca artikel dah pandai nak buat jangkaan sendiri..uhhuuu...bukan apa dulu nak jadi doktor tapi belajar tak pandai..hahahhaha..

Maklumat lanjut boleh baca artikel DR ZUBAIDI nie.


Baca banyak kali tajuk tue tetiba aku baca SUP TULANG EKOR..hahhahahhaampeh je.

Ini telah menjadi SEJARAH

10 November 2011

Tempat lepak


Sejak akhir-akhir nie kepala aku ada bergoyang-goyang sikit kadang-kadang rasa nak pitam boleh berpeluh-peluh tiba-tiba. Nape ye?. Aritue pegi klinik check tekanan darah ok je normal kata tuan doktor. Makan rasa mual tapi tak muntah, nafsu makan pun macam orang membela..ahahaha. Oh jangan suspek aku mengandung pulak ye. Kalau ikut firasat aku, aku tak mengandung sebab...biarlah aku simpan sendiri..ehhehehhe...

Tempat aku menghabiskan masa bila kat opis muahahhaa.. lepak kat facebook. Syok o masuk page nie. Page nie page tertutup pastu semua pompuan, jadi ko tau betapa happeningnya..wallah..hahhahah..aku boleh gelak sorang-sorang macam orang gila depan PC baca komen-komen kat sini. Semangat je diorang nak kurus ada yang share menu diet, cara-cara senaman, ada yang gigih diet pastu bila berjaya tue aku kagum siottttt. Kental betul diorang. Banyak jugak yang pasrah..hahahhaa. Aku jadi pemerhati je. Nak join jiwa tak kental..ehehhehe..


Tempat kedua nie aku suka tengok gambar-gambar je. cantik-cantik belaka semuanya. Sejuk mata memandang. Tapi aku tak berapa minat hiasan macam nie apply kat rumah aku sebab aku PEMALAS..hahaha..boleh?. Aku penah baca kat satu majalah, wartawan tanya tuan rumah yang apply konsep ENGLISH SYTLE nie kat rumah dia, bile masa dia bersihkan rumah semua. Kalau ikut logik orang berkerjaya mana sempat nak buat tue semuakan. Tuan rumah tue cakap setiap hari dia akan tido 2 pagi pastikah semua barang2 hiasan dia tak berhabuk & bersawang. Fuhhhhhhh..gigih kan?. Aku kagum dengan diorang semua yang suka hiasan macam nie.


Yang terbaru aku join page GENG MESIN JAHIT, pun best jugak. Ada yang buat tutorial nak buat baju, beg, tudung n macam -macam lagilah yang berkaitan mesin jahit nie. Semua tak kedekut ilmu, walaupun diorang  semua nie jadikan jahitan nie satu bisnes. Ada yang buat kutu nak beli mesin jahit. Waaa..bilalah idaman aku nie boleh dapat.


Ini telah menjadi SEJARAH

08 November 2011

Raya yang perlu berkorban (2011)

Tajuk tue macam iyok-iyok an je.

Sabtu aku halfday, balik keje tinggal nak beli ayam je sebab bahan-bahan masak lain aku dan beli malam tue. Sehari sebelum tue Azam dah tanye aku nak masak apa raya nanti. Mesti dia mengharapkan bini dia masak yang istimewa. Berat tanggungjawab aku. Aku cakap masak biasa-biasa aku taulah tapi klu suruh aku masak rendang------> belum abis berguru lagi. ehehehe. 

Tiba-tiba baru aku teringat aku ada janji nak buat roti jala untuk mak. Mak teringin nak makan roti jala. Terus aku bagitau Azam nak buat roti jala, Azam tanye nak cicah ngan kuah apa. Aku cakap dengan karilah. Tau tak sebab apa Azam tanye, sebab aku kalau masak kari selalu gagal.hahaha. Karinya pucat!. Apalagi khidmat pakcik google diperlukan. O..tumis kari sampai pecah minyak, aku selalu kalau masak memang gelojoh..malas nak berdiri lama-lama kat dapur muahhahahhaa. 

kari in the making...lama aku masak kari nie tau..tutup je biar dia mendidih takde aku kacau-kacau sebab pakai kuali non stick jadi dia tak berkerak pun. Bila masak bertutup dapur pun bersih tak percik-percik...kalau tak, nak bersihkan nangis...

roti jala terlampau..hahahhaa..berapa kali ntah aku buang adunan tue sebab tak boleh di gulung ataupun dilipat padahal bawah dah hangussssssssss....nangis buatnya...
Setelah beberapa kali mencuba nie yang terbaik..hahhahha...aku dah tak boleh adjust api dapur yang kecik tue..kalau boleh kecikkan lagi mesti cantik je roti jala aku...ehehhe..salahkan dapur..

Mak cakap "apasal roti jala ko geseng" (diterjemahkan sebagai hangus)..mak sambung lagi "geseng tapi tak pahit"..hahhahha..oklah tue percubaan pertamakan? Kira aku maafkan diri sendirilah. nak sedapkan hati sendiri. Aku tanye mak "Karinya sedap tak mak?". Mak cakap "sedap, selalu mak masak kok tak jadi macam tue"..ehem..kembang idung aku.

So menu Raya Haji 2011 yang terhidang atas meja 
-laksa
-nasi minyak
-ayam masak merah
-roti jala terlampau
-kari ayam

Menu kat atas tue semua dalam kuantiti yang sedehana cukup-cukup untuk family aku yang kecik nie. Senak jugaklah makan pastu bantai tido..pastu bangun makan lagi..hahahhahha..hebat betul acara Raya Haji aku!. Sampai malam raya ngam-ngam semuanya tinggal kari je yang banyak lagi tapi pagi semalam, masa saparan aku panaskan makan ngan roti telur. sodapppppppppnyaaaaaaa...lagi dipanaskan lagi sedap rasanya.


Ini telah menjadi SEJARAH

04 November 2011

Bantahan terhadap pindaan Akta Kerja 1955

Semalam diorang buat piket kebangsaan membantah akta kerja yang dah diluluskan baru-baru nie. Aku sebenarnya pun tak tau kisah nie sampailah semalam nampak aksi nie, terus malam tadi aku suruh pakcik google cari maklumat. Apa yang aku baca dan paham diorang yang buat akta nie pastu luluskan memang kejam!. Diorang pikir hanya untuk kesan sehari padahal untuk 5 tahun akan datang....???. eh tapi takyah jauh..untuk setahun akan datang pun akan nampak kesannya. 

Tolonglah menteri-menteri sekalian jangan pikir keuntungan semata-mata, kata Rakyat didahulukan. Dahulukan yang mana?.


Baca lebih lanjut kat SINI
Nasib tengah lampu merah, aku apalagi bukan cermin kete keluarkan camera.. 3 gambar nie best shootlah nie..:)





Sekian, berita dari aku...

Ini telah menjadi SEJARAH

03 November 2011

Wanita lahir anak perempuan didenda

Macam nie boleh?.....aduhai...

kang aku bukak kitab biologi kang.... XX pompuan XY lelaki, so yang tentukan jantina anak gen Lelaki @ suamilah wei!..dan yang penting semuanyakan urusan ALLAH SWT.

Berita Harian Online | Wanita lahir anak perempuan didenda



Ini telah menjadi SEJARAH

Sentaphatimaknak

Tengah menyibuk-nyibuk kat facebook. Terlihat satu komen kat status tetttttt. komennya ->beauty care,interior design or diy..you masukkan sekali ohkehh. tp kisah2 lara hati,rindu2 berjauhan,makan2 di tesco mmg boring la nk baca dlm blog2 org lain pom. ahaha.

Citernya, tettt tue suruh kasi cadangan apa nak tulis kat belog dia. Jadi kawan dia komen macam kat atas tue. Sebab aku dah tua & memiliki belog sendiri yang aku tulis ikut sedap tekak aku je jadinya aku terasa hatilah apa yang dia komen tue.haha. Kesiankan jadi orang tue nie macam tue pun terasa hati. Pepatah cakap sapa makan cili dia rasa pedas.hahaha.

Tu sebab aku malu nak bagitau kat sapa-sapa aku ada belog cuma orang-orang tertentu je tau pastu kalau diorang terserempak ke belog aku tue nasiblah kan untuk aku promote belog aku nie oh malunyaaaa sebab isinya alahaiiiiiiii kesian.haha. Laki aku pun tak lalu nak baca,  kalau terserempak masa bukak lappy dia terus tekan X kijamkan?

Orang cakap kalau nak bagi info mesti benda yang kita pakarkan. Aku nie apa nak dipakarkannya. Masak?...hampeh, jahit? haremmmm, kecantikan? karang ada yang suruh aku mengucap pulak, fesyen? nanti ada yang cakap kat aku cermin dulu seluruh badan ko. mmmm. Deko rumah? konsep rumah aku pun 'carca merba', lagi nak sekolahkan orang deko rumah ada yang makan pelempang karang..hukhukhuk.

Tapi sebagai manusia yang hidup secara sederhana aku suka baca belog pasal kisah mereka dan keluarga mereka. Itu realitinya walaupun mungkin citer tue hanya 20% kisah sebenarnya. Senang citer belog yang macam diari. Sebab aku suka ambil pendekatan, yang baik jadikan teladan yang buruk simpangkan. ahah. Orang cakap tepuk dada tanya selera.

Pengkomen tue cakap makan kat tesco pun nak letak kat belog. Kalau belog aku nie bukan takat makan kat tesco je aku letak, makan sambal belacan kat rumah pun aku suka gebangkan muahaha.

sedap tak? nyum nyum...
Nak jadi blogger mesti berpegang pada prinsip BLOG AKU SUKA HATI AKULAH, ADA AKU KISAH. wahahahhaha. Tak suka boleh blah!.

ok tak?



Ini telah menjadi SEJARAH

02 November 2011

Nak membebel kejap

Rasanya belog nie aku je yang baca ngan irfa kot..hahhaha..hai irfa. Agak-agak selamatlah kot nak membebel pasal tempat 9 jam aku kena duduk nie.

Benda terbuku kat dalam hati nie kena luahkan, maklumlah dah tua nie, takut stress boleh jadi high blood pressure pulak. ahaks.

Aku nak citer pasal keje aku nie. Mulai 24/10/2011 sampai 60 hari kemudiannya aku ada 2 meja, 2 komputer & 2 keje dan malangnya satu gaji.haha. Lagipun department aku memang ada 2 orang je pung. Pandai-pandailah  nak cover keje partner kalau salah sorang cuti, nak mengandung pun kena tunggu turn hahaha..bestkan?. At least kitaorang tak pentingkan diri sendiri. 

opis pun dah rupa setor...
Jujurnya aku dah boring keje nie!. Nak berenti sayang, nak carik keje lain malas, nak berenti pastu duduk rumah saje2 lagilah taknak, belum masanya lagi. help! help!

Lagipun aku rasa duduk kat sini lama-lama takde potensi nak kemana-mana. Akhirnya akan jadi sama je macam sekarang. Kerani cabuk sampai pencen haha. Realiti tue.

Ini telah menjadi SEJARAH