31 Oktober 2011

Aku tak berkenan betul!

Baru-baru nie kawan aku dapat anak ke4. Keempat-empat anaknya pompuan. Belum ada rezeki lagi nak dapat lelaki. Aku pasti dia sentiasa berdoa untuk dapat anak lelaki. Ketentuan Allah sapa dapat halang?.
Aku sangat paham perasaan kawan aku tue sebab aku pun dalam situasi yang sama. Tapi bila anak tue keluar lelaki ker pompuan takde beza pun tetap sayang sampai mati!.

Apa yang aku tak berkenan orang sekeliling yang terima berita nie. Ada sorang kawan nie bila tau kawan aku tue dapat baby gegirl lagi ayat pertama yang keluar dari mulut dia "kesian ye". 

Kesian?..pasal apa nak kesian. Anak dia sihat sempurna. Kenapa perlu kesian!. Patutnya ucapan pertama dia tahniah!. Kesian tue perkataan yang menunjukkan rasa simpati, kenapa nak simpati kat kawan aku tue. Sebenarnya yang patut kesian kat orang yang cakap tue sebab kawin dah 4 ker 5 tahun anak sorang pun takde!. Kesian kesian kesian..

Komen Bos botak aku lagi best "salah teknik tue masa buat" ..dem u bos botak! haha kureng aje ayat dia.


Ini telah menjadi SEJARAH

24 Oktober 2011

Belog yang memberi semangat

Asalnya nak cari orang jual toto online, akhirnya membawa aku ke satu belog yang aku rasakan boleh dijadikan semangat. Kadang2 kita perlu melihat kebawah supaya kita sedar masih berpijak dibumi yang nyata. Ada orang yang lebih 'susah' dari kita.

Tahu tak masa mula-mula mak disahkan kanser, aku rasa aku yang akan mati tak lama lagi. Hilang seluruh semangat hidup aku. Susah aku nak gambarkan perasaan aku masa tue. Paling kelakar mak yang kena tenangkan aku. Mak cakap "anak-anak mak kena kuat, kalau ko macam nie macam mana mak nak kuat, anak-anak mak syurga mak". Lagilah aku nangis sampai bengkak2 mata...:(

Berhari-hari aku google pasal sakit mak. Sampaikan membawa aku ke belog kawan2 yang senasib. Ada yang aku baca jadikan semangat aku kuat untuk mak, ada jugak yang aku baca membuatkan aku menangis dan rasa down sangat!.

Akhirnya aku terima kenyataan MATI ITU PASTI, bukan orang sakit je boleh mati sesiapa boleh mati penyakit hanya penyebab.
 
P/s -> toto tilam tau bukan toto nombor ekor...

Ini telah menjadi SEJARAH

22 Oktober 2011

Krisis

Krisis ngan wishlist. Boleh?

Sepanjang aku hidup, jarang aku sasarkan sesuatu untuk dapat sesuatu. Faham?. Takpe biar aku je paham.  Ada duit beli takde duit pendam je dalam hati sampai terbawak2 dalam mimpi haha. Takdenya aku nak kumpul duit dah cukup duit baru beli. Kirim salamlah.hiks.

Jom tengok apa yang aku pendam dalam hati sampai terbawak-bawak dalam mimpi.

1- Sandwich maker
Hahaha. Takde benda lain ker nak idam dalam hati?. Syoklah kalau dapat, buat sandwich makan panas-panas. Mabeles tau. Pastu ada air kopi sekali perggghhhh nikmat dunia betul!. Padahal benda nie bukan mahal pun tapi entah kenapa susah pulak nak dibeli.


2- Mixer
Tak kiralah yang ada stand ker tak. Dulu dah ada, Azam belikan masa bertunang hahaha. 11 tahun dulu. Konon tue nak tunjuk kat tunanglah rajin buat kek. Padahal harammmm. Dah kawin pastu pindah rumah, baru benda tue aku pakai. Pakai  2 3  kali je kot, waktu lainnya habuk yang bermaharajalela kat mixer tue. Masa Aqil belum ada aku rajin gak buat kek. Macam-macam kek aku try, resipinya google je. Sekarang nie takde maknanya nak buat kek bagai. Masak pun malas hahaha. Dah tue sekarang nie ter idam dalam hati pasal apa?. hiks sebabnya aku teringin nak buat pavlova. :P. Lagipun besi pemutar tue dah karat.
 3- Mesin jahit
Benda yang satu-satunya aku tak pendam dalam hati, aku dah penah cakap kat Azam nak beli mesin jahit tapi dia tak bagi. Azam cakap nanti jadi tukun *eleh kedek tau. Aku mengidam sangat nak jahit menjahit. Aku bosanlah kalau time weekend asyik-asyik mengadap FB je. *percayalah. Aku nak cuba sesuatu yang baru dalam hidup baru mencabarkan. POYO!. Tapi bila Azam cakap nanti jadi tukun tak berani beriya-iya aku nak beli nanti betul-betul jadi tukun tak ker kena bebel 40 hari 40 malam.hiks.

4-Microwave cum Oven
Aku tak taulah apa beza microwave ngan oven yang pasti aku dah ada oven tapi macam tak best je yang dah ada tue, nak yang baru. Boleh?  Microwave takde lagi. Oven yang ada seperti biasalah tempat habuk bermaharajalela.ekeke. Aku nak benda nie sebab aku sukalah. Microwave boleh bakar Pavlova tak?. Tiap-tiap tahun masa  annual dinner company ada je Microwave nie  2 3 bijik jadi lucky draw tapi satu pun tak penah sangkut. Kalau dapat free lagi bestkan.

 5-Tablet PC
Wishlist yang nie memang tak agak-agak. Macam bagussssssss je nak tablet PC. Oh, aku dah tengok harga ipad2 ngan samsung galaxy tab 10.1 tue. ipad2 lagi murah dari samsung tapi ipad ada berapa version ntah, aku google latest sampai 4 tapi kat Malaysia ada sampai 2 je ker..hahhaha. apa-apa jelah.




6- Camera compact berciri DSLR.
Memang dah ada camera compact tapi bukan berciri DSLR. Aku taknak beli DSLR sebab gabak sangat, susah nak bawak. Kalau macam nie senang nak masuk henbeg. Mula-mula aku berkenan LumixGF3 tue sebab tengok iklan lumix mcm best je lagipun aku memang pakai lumix macam dah sebati ngan jiwa raga tapi bila compare ngan Sony NEX-C3, Sony punya lagi berbaloi beli lebih ringan pastu  spec lebih bagus. Harga kedua-duanya pun lebih kurang je. Eh, nie citer wishlist ke apa nie, siap nak compare2 barang. Dasar mata rambang!.
7- Kaunter Bar (kitchen kabinet)
Cantikkan kabinet kat gambar nie. Berkenan betul aku. Tapi jangan melampau sangatlahkan. Aku cuma nak kaunter bar tue je. Dah terbayang-bayang dah kalau kaunter bar tue terletak kat dapur aku mesti besttttttttt. 


Kalau ikutkan hati terpendam ada lebih kurang 100 wishlist rasanya tapi bila aku pertimbangkan balik aku tolaklah yang 93 benda tue. Dapatlah 7 wishlist aku buat masa sekarang nie. Agak-agak aku boleh dapat tak semua yang diatas.

Nak try submit kat Azamlah..hahhahaha..tambah botaklah dia.hiks

Ini telah menjadi SEJARAH

18 Oktober 2011

Kenapa?




Walaupun budak nie takde kena mengena dengan aku tapi sebagai manusia yang ada perasaan aku sangat sedih bila tengok rakaman CCTV nie. Aku tengok semalam petang, malamnya keluar kat TV3, pagi nie jadi topik kat Hot FM pulak.




Budak 2 tahun baya aqil nei dilanggar lari dengan sebuah van. Dan tiada sesiapa yang membantu budak tue, mengikut CCTV nie ada 18 orang yang lalu lalang tak mengendahkan pun budak tue terbaring kat jalan. Dan budak nie dilanggar sekali lagi. Akhirnya ada perempuan tua menheret budak nie ketepi jalan sebelum mak budak nie datang.

Kadang-kadang kita perlu rasa kena jaga tepi kain orangkan. Macam kes nie kesian sangat kat budak tue. Sangat tak patut benda nie terjadi. Kesian jugak kat manusia yang hilang kemanusiaannya..diorang dah umpama robot! tiada emosi.

Citer nie sekarang mempengaruhi emosi aku. EMOSI DAMAGE!.

Ini telah menjadi SEJARAH

14 Oktober 2011

Ada aje

oh dah 13 hari tak ada N3 baru..sebab malasssssss...boleh?
Boleh jelahlah kan belog aku. Sukahatiakulah..

Semalam umur aku naik lagi setahun dari 29 ke 30. Tua dah kan?. Sebulan sebelum masuk 30 aku dah beli safi rania gold hahaha. Paranoid ngan kedutan & kekusaman muka.  Sebelum nie aku rembat je mana yang aku suka. Sekarang pakai pakej lengkap satu jenama. Oklah aku suka ngan safi rania gold tue. Ringan kat muka pastu mudah meresap yang penting halal.


Macam biasalah Azam tetap kirim bunga walaupun aku dah cakap takyah bagi bunga, duit bunga tue aku nak beli kek mahal yg terketar-ketar tangan nak keluarkan duit dari purse. So memang aku tak sangka langsung dia nak bagi bunga tiba-tiba ada apek hantar plak kat opis alololo..suwetlah sangat.

Bila bunga naik opis riuhlah sekampung, tiba-tiba Mr.Tan suruh beli kek pulak. Aduhai sajelah korang nie nak kasi aku nervous tiup-tiup lilin. 


Sebelum tarikh keramat nie sebenarnya aku dah sambut beberapa hari yang lepas. Hari jadi aku kan sama bulan ngan atih jadi atih cakap "jomlah wei kita gembirakan hati sendiri buat makan2 cikit" loser punya ayat..hahaha. Sebab aku nie kakak yang baik aku ok jelah. 

Budak tue beriya nak jugak kek mahal tue, kebetulan aku menghala ke kundang sana balik  dari sana singgah banting belilah jugak. Sendiri besday sendiri urus majlis. Penat siot. Aku sorang-sorang terkejar-kejar carik bahan-bahan nak buat steam d bot, lepas maghrib beli KFC pulak. Pastu Atih call suruh cepat dia lapar, banyaklah dia punya lapar.hahaha. Aku nie tak rehat langsung dari pagi perghhhhh...Tak feeling langsung aku yang nak potong kek..hahaha.



Malam tadi kakida talipon, so suwetmacamgulagula. ekekekke..tergelak-gelak aku dengar dia ngan ain nyanyi. Punyalah seronok sangat sampai aku tak sedar aku panjat tiang buai aqil..hahhahhaha.


Terima Kasih semua!.

Ini telah menjadi SEJARAH

01 Oktober 2011

Laki aku plaklah jadi bahan belog

ehehe. Pagi semalam Azam bangun awal dari aku sebab nak gorengkan pisang tanduk khas untuk bini kucintaik. Gigih tak?. Tepung goreng pisang tue azam suruh aku bancuh siap-siap malam sebelumnya. Azam tau goreng jeee, tue pun aku lari jauh cikit dari dia kalau tak asyiklah tanye "dah masak tak macam nie".Haha. Sabo jelah aku.

Aku kan peratikan orang lelaki nie tak boleh buat banyak perkara dalam satu masa. Contoh kalau dia tengah mengoreng tue..berdiri tegak je kat situ..haha. Kalau aku tue siap masukkan baju dalam mesin basuh, basuh pinggan kotor kat singki tue ke atau kadang-kadang boleh gosok baju lagi. Azam tak bagi aku membebel depan dia, so aku membebel kat sinilah.hahaha

Kalau suruh jaga anak kat rumah konpem rumah bersepah..hahaha..sebab dia memang jaga anak semata-mata kasi makan mandi semua. Rumah tue bersepah lantak situ, ker laki aku je yang tak multitasking..ekeke. Tapi takpehlah janji dia nak buat dah cukup baik. banyak mulut pulak ko parijah.

Siap dah goreng pisang!. Nie tengah mengagih-agihkan hasil gorengan. Peratikan apa yang aku bulatkan, semua orang ada bahagian. hahaha. Cayalah bang!
nasib anak masih 3+ bini 1, kalau tambah anak lagi bini jangan tambah!..berapa bekal nak kena sediakan?

Ini telah menjadi SEJARAH