29 September 2011

Gaduh bila nak set alarm

Aiyok...takde idea nak mengupdate belog walaupun banyak citer kat benak pikiran.
Tersedak-sedak aku sekarang nie dengar minah tue speaking..hahhahhaha

ok terus kepada isi karangan..

Bukan gaduh sampai campak2 pinggan. Nie gaduh-gaduh manja. Aku memang suka mulakan adegan 'tergigit lidah' nie.

Azam selalu marah aku sebab set alarm HP nak bangun pagi, awal tapi aku paling lambat bangun.hiks..Selalunya aku set alarm pukul 5.00 atau 5.30 pagi, tapi aku bangun pukul 6..hahhahhaha..bengang je Azam. Azam plak set pukul 6.10 camtu bunyi je terus bangun. Jadi bila HP aku bunyi dulu dia terjaga pastu susah nak tido balik..aku plak bunyi je alarm, tangan meraba tutup alarm tue sambung tido..hahhahaha..manalah Azam tak marah. Akhirnya dia jugak kena kejut aku..kihkihkih..

Semalam aku terlambat bangun. Dekat pukul 7 baru bangun .subuh gajah! Aku marah marah sayang ngan Azam sebab tak set alarm boleh?..hahhaha..bengang je Azam. Azam cakap "aik salah abang pulak, abang kan off hari nie..ibu yang keje..sendiri keje sendirilah set alarm".

Rutin Azam kalau keje pagi atau masa off aku nak tunjukkan betapa mithalinya laki aku..hahhahha..uwekkkkkkkk..eh Alhamdulillah.. Bangun, Panas kan air untuk anak2 mandi, pastu dia pegi mandi, lepas mandi kejutkan aku kadang2 aku bangun sendiri :P. Kejut anak2, pakai baju, buat air sendiri( 3 in 1)..huk..pastu pegi keje.

Aku plak bangun gosok baju keje + sampin sekolah anak2.(azam tak pandai gosok sampin), mandi pastu bla bla bla...terus bersilat menguruskan keperluan anak-anak pastu pegilah keje...

Aci lah kan?..:)

Tue kalau dia keje pagi atau off, kalau dia keje malam semuanya atas bahu aku...apa yang dia buat aku buat sendiri..fuhhhhhhhh..

yang nie tak aci kan?

hahhahahha...

Ini telah menjadi SEJARAH

23 September 2011

Jus untuk nenek

Tajuk tue boleh buat cerekarama..kehkeh.

Mak aku kan kena kanser paru-paru tahap 4. Kalau tengok keputusan PET SCAN memang menyedihkan+menggerunkan. Kanser tue dah merebak ke tulang pelvis mak belah kanan.

Tapi kitaorang usaha untuk rawatan mak. Mak sangat2 nak buat kimo. Padahal itu adalah pilihan terakhir & ramai pesakit kanser yang mak jumpa nasihatkan mak buat kimo. Lepas tue bila aku google ada banyak rawatan alternative untuk kanser nie cuma kena tau serasi ker tak. Kadang-kadang kalau silap ambik ubat pun boleh menyebabkan keadaan jadi teruk.

Dari situ aku banyak cari maklumat pasal kanser. Paling penting diet sesuai untuk pesakit kanser. Apa yang boleh makan apa yang tak boleh makan semua aku kena tau dan aku siap2 print bagi kat mak, suruh kakak baca, kongsi info ngan adik aku. Lepas tue bila dah kimo apa yang patut mak buat & apa yang patut mak makan sebab selalunya lepas kena kimo kesihatan mak akan jatuh mendadak.

Makanan yang paling mak kena pantang sesangat GULA. Banyakkan makan sayur, ikan, kekacang & buah. Air kosong pun kena minum banyak.

Selain kimo, mak ambik jugak vitamin C (sekarang mak ambik multivitamin). Selalunya bila dah seminggu lepas kimo mak terus makan B17 pulak. Setiap kali mak makan B17 nie, mak kena minum jus nenas, betik atau epal hijau atau mak boleh makan macam tue je buah-buahan tue baru boleh makan B17 (info lanjut boleh google).

Ari tue bila habis 2 pusingan kimo mak buat CT SCAN dan ada berita baik, doktor cakap paru2 mak dah macam biasa cuma kanser masih ada lagi cikit2. So, doktor teruskan lagi 2 pusingan kimo lepas tue kena buat CT SCAN lagi sekali..tengok macam mane keadaan seterusnya. Mudah-mudahan mak bebas kanser.Amin.

Sebenarnya nie gambar masa Ramadhan aritue. Lepas sahur aku  buatkan mak jus epal hijau. Anak-anak lepas sahur taknak tido, sibuk nak tolong buat jus, so aku relakan. Tengok jam kat rice cooker tue...bukti pepagi buat memproses epal ijau.


Kebetulan plak azam beli blender jus nie, terperuk je sampai berhabuk pakai sekali masa baru2 beli lepas tue terbiar ko disana. Bila buat jus pakai blender nie memang terbaiklah hasilnya sebab tak campur air langsung betul2 pati buah tue yang keluar dan sebenarnya tulah yang paling bagus.


Tapi aku dah lama tak tanye mak dia masih amalkan tak minum jus nie sebab mak tue kalau takde sapa nak buatkan takdelah dia minum. Blender tue aku dah hantar ke rumah mak. aku cakap ngan azam pinjam dulu...hiks..
 
Ini telah menjadi SEJARAH

22 September 2011

Doakan aku dapat kembar tiga pompuan

kehkehkeh..

nie bahana semalam jejalan secara maya terjumpa belog makbapak bapat anak kembar tiga yang paling best tue seiras pulak.fuhhhhhh..best betul!. Pastu bukan melalui ubat kesuburan macam IVF ker tapi secara semulajadi tue...mayank siok lor..


Angan-angan.

Kalau dapat kembar 3 pompuan cukuplah anak aku 6 orang. Boleh tutup kilang dah.

Ini telah menjadi SEJARAH

Tempat makan wajib

Selalunya sebulan sekali akan pegi sini. Dekat je dengan rumah aku. Anak2 pun suka. Sebenarnya ada satu hidangan je yang kitaorang anak beranak suka, pari bakar. Pari bakar dia memang terbaik  &  kalau dia bakar ikan takde hangus2 terbakar tue. Masak cantik je. Lembut isinya.

Hidangan yang lain2 tue biasa2 je. Air pun tak power sangat. Lagi satu kalau makan kat sini kesabaran korang kena penuh didada kalau tak lupakan jelah. Nak bakar ikan tue bukan sekejap tau. Tapi bila sampai hasilnya sedap dapatlah top up kesabaran yang dah nak hilang tue kehkeh....Kali nie aku belanja sempena..kahwin dah 10 tahun. Selalu azam belanja takde aku masukkan dalam belog nampak sangat nak meriak..haha 

Nama tempat tue.

nak menghabiskan masa...bujang2 dah anak aku..Kat bawah pangkin nie ada kolam ikan, besar2 ikannya...lekalah sikit anak2 sementara nak tunggu makanan nak sampai...tue aqil tengah tengok ikanlah tue.
kahkah..tak jadik langsung candid nya....oit! kaki sapa masuk plak dalam citer aku nie..
tak paham aku ambik gambar tangan kat dagu camtu, aqil pun nak tiru...tapi kurang jadi.

Pasangan yang dah tido setilam selama 10 tahun..

Aqil marah bila aku ambik gambar camnie..haha..dia suruh terus fokus kat dia je..poyo tau budak nie..
Puashati!...dia paling kacak lah nie..haha..

kahkah..pepatah ada mengatakan..'mak borek anak rintik'..snap guna timer nie..


ambik ko,  nak mengambarkan punyalah lama tunggu..sampai menggeleser kat bawah meja









Akhirnya......



Jom makan!..

Ini telah menjadi SEJARAH

15 September 2011

Tiada yang istimewa kala tarikh 9/9 menjelma

Padahal tahun nielah tahun ke 10. Sedih?. ntahlah tak tau nak cakap apa. Lagipun memang takde plan apa2 pun. Patutnya ambik cuti boleh spend time together2. 

Takdir plak hari tue aqil tak sihat. Kan aku ada citer malam sebelum tue dia merengek2 kata gigi dia sakit. Malam tue pun dia tido gelisah gak. Sekali bangun pagi aku tengok muka dia dah senget sebelah...berderau darah aku tengok muka dia camtu.

Tunggu azam balik rumah terus bawak aqil pegi klinik. Kat klinik nangis2 taknak masuk aduhailah..pastu nak dokong je..pastu nak ngan aku je..pastu rasa nak panggggggggggg je..hahhahaha....

Pastu aku terpaksa EL. Inilah cuti yang terakhir sekali aku ambik. Lepas nie kalau nak cuti lagi silalah UPL..hukhukhuk. Malam tue jugak Azam balik perak lagi sebab majlis bertandang tempat lelaki pulak. Aku buat keputusan taknak ikut alasannya  aqil tak sihat, asyik merengek je nanti merosakkan majlis orang je. Time dia tak sihat nie asyik nak tido buai pulak. Kalau kat kampung mana mau carik buaiiiiiiiii...

Dua harilah aku berperang ngan anak-anak kat rumah. Aduhai fenattttttttttt..macam ada anak sepuluh. Habis basuh pinggan basuh pinggan lagi lagi lagi..tak sudah sudah. Wak tos jangan citerlah memang tak berenti kerja. Membasuh je kerjanya. Lepas cadar, baju sekolah, pastu baju2 biasa, pastu kain2 lap, pastu kasut sekolah..hahahhaha...basuh kena peringkat-peringkat sebab ampaian tak cukup.

Masak, vacum, lap habuk, basuh lantai depan, mop lantai,basuh pinggan berapa banyak da basuh pinggan nie. Tapikan rumah aku sepahhhhhhhhhhh gak sebab banyak yang menyumbang ke arah penyepahan. Lantai dapur tetap melekit-lekit...hishhhhhhhhh..anak2 kalau kat rumah 20 juta kali buat air milo. Pastu kalau buat elok2 takpeh nie karang milo berterabur kat lantai susu tertumpah ..aishhhhhhhhhhhh...geram tau aku.

Jauhnya aku menyimpangggggggg....










oklah bai...

P/s : wak tos tue mesin basuh aku...

Ini telah menjadi SEJARAH

13 September 2011

Raya ketiga, keempat, kelima dan keenam.

Takde pegi mana-mana pun, balik perak sebab ada kenduri kahwin. Tue sebab Azam tukar plan tahun nie. Kena raya kat sini dulu baru balik perak. 


Aku kalau ikutkan tak nak ikut balik..erkk..tapi memikirkan kesian Azam nanti kalau saudara mara dia tanye mana aku, masaklah nak jawab kenapa aku taknak balik biarlah rahsia bak kat siti nurhaliza.....huahuahua...

Nak kemas beg pun malas. kalau menhantu macam aku nie asal nak balik kampung suami je mesti lemah2 badan..wahahhahhaha..Kena plak aku cirit je. asal makan berak asal berak makan. Sampai takut nak makan. 2 hari gak aku kena cirit. Azam suruh telan pil chi kit teck aun, taknak aku geli nak telan pil bijik2 kecik macam telur katak..eeeeeee..

Dari rumah lepas zohor sampai perak dekat pukul 6.30 ptg jalan plak so goooooooooooood..tak jem pun tapi laluan utara ke kl..jem oo..aku membayangkan karang balik hari ahad mesti hazablah bontot kitaorang.

Mak mentua den dah siap tempah homestay. Ala sebelah rumah je pun kalau kentut pun boleh dengar, tapi kentut Azamlah. Kentut aku bunyinya sopan sikit..muahhahahhaha...

Nikahnya lepas sembahyang Jumaat. Malam ada tahlil ngan main gendang kat sana aku tak tau diorang panggil apa tapi lebih kurang macam cempuling (warisan jawa)
.nie kalau gebang kata Azam nikah lagi pun orang boleh percaya..cubalah ko bang kalau nak rasa kena kerat 18..hahhahahha...Azam wali penting tue...

Hari Sabtu hari bersanding. Pagi tue ada khatam quran, marhaban ngan cukur jambul anak sepupu azam.

pertama kali memotong jambul budak..terasa aku dah tuwek..wallah. Selamatlah kalau suruh aku gunting memang aku tarah abis..hahahhahhaa...
Azam plak mencemar duli...nerves tue..hahhahhaa...
inilah budak yang kena tarah rambutnya...baru 2 bulan dah mcm budak 6 bulan..debab gila. Susu ibu memang berkhasiat!...ekekkekek..
Azam memang jadi orang penting hari tue..aku stok duduk2 tepi je. Remaja2 yang tengah bergumbira tue semua sepupu2 Azam, dah namanya remaja jadinya happening betul.
Paling kesian akulah, gambo den sikit bebeno. Takde sapa yang sudi nak ambik gambo aku. nie pun suruh Azam ambik dia cakap "nak jugak?". nyampah betul aku, bukan dia tak tau muka akulah patutnya kena banyak sebab aku nak jaja kat belog..hahhahahhaha...

ye ye ngantin sampai...maaf aku tak boleh mempertontonkan gambo pengantin....takut kena zassssssssss...
ada nasyid tau..tak mainlah karaoke2, nyanyian melalaikan. Sumpah sedap2 suara adik adik nie...eh konpeden je adik adik...ekekekkeke
Majlis berjalan lancar je. Kaum kerabat Azam memang terbaikkkkkkk. Macam wonderpet "apa yang penting kerjasama!"....ekekkeke..

Ahad pepagi dah bertolak balik ke sarang eh, takdelah pagi sangat dalam pukul 11 rasanya. Nasib jalan tak jem..yang jem toilet kat rnr nak membuang pun keje Q panjang ya amat. Nasib bukan nak tercirit..kohkohkoh...Selamat sampai kat rumah pukul 3.30 ptg.  Fenattttttttttttttnya nengok kain kayan kotor 29 bakul!...hahahhha. tue standradlah kalau baru balik jalan jauh kain baju kotor musti berkoyan-koyan. nasiblah ko wak tos mesti tak berenti aku kerjakan ko..huahuahu



Ini telah menjadi SEJARAH

08 September 2011

Raya 2011_bahagian ketiga

Dah janji pukul 9 pagi kumpul pastu terus gerak. Abang majid talipon pukul 9 kitaorang memang  dah nak gerak tapi nak pegi mamak nak isi perut dulu rindu ngan roti canai..hahhahaha. Abg Majid cakap diorang sekeluarga dah kenyang siap sendewa kat talipon kuang asam..hahhaha...So diorang tunggu kat banting je.

Makan lebih kurang berdesuplah kitaorang. Kebetulan pulak semalam masa kakida follow belakang kete aku dia cakap lampu brek ketiga kete aku tak menyala. Dah satu hal nak cari kedai repair dikala cuti PH nie. Dah jumpa diorang kat banting berkonvoilah sambil mata melilau kot2 ada kedai bukak. Akhirnya nampaklah satu kedai nie. Suruh diorang pegi dulu sebab kitaorang nak betulkan lampu brek tue. Kenalah 8 ringgit sebab mentol terbakar...

Sampai je diorang sarapan lagi..hahhahhaa...oh lupa nie kat rumah cikjah. Adik mak. Kayang dah sampai dari malam tadi.

gedik tul budak pompuan tue..hahhahhaha...

lagi sekali..hahhahhaha...pantang nampak kamera dihala kat dia...AQiL & AQiLAH



dia lagi!..hahahhhaha

ngan cik Hamzah tunggu cikjah mekap lama sangat kita posing dulu...hikssssssss..

Agak-agak tang mana yang hilang 3 kilo tue..hahhahaha..gemok tul pompuan nie!
Rumah kedua dituju. Rumah wak non kakak arwah abah. Tahun nie abang ayeng mencemar duli mengikut kitaorang pegi rumah wak non. Aku ngan kakida memang tiap2 tahun pegi kesini bila raya kedua. eh tu pun kalau giliran aku memang raya kat sinilah. Kalau raya kat perak tak dapatlah pegi gak.
itu toke nak belanja eskrim...toke yang pakai cap tue...tiap2 tahun memang gitulah...
melampau bedudak nie beraya sampai naik ke katil orang....aishhhhhhhhhh..siap lompat2 mcm katil tue mak bapak dia punya...hahahhahha..
Rumah ketiga tak ambik gambar plak. Dahlah rumah ketiga nie paling susah kitaorang nak datang raya. Asal nak datang je tuan rumah takde...hahahhah....Kali nie diorang cancel semua plan untuk hari tue semata-mata nak bagi kitaorang datang...wallahhhhhhh..makanannya pun sedapppppppppp....kihkihkih... sampai sekarang terasa-rasa kat tekak nie...hukhukhuk.
rumah abang sepupu aku nielah kitaorang raya. Dia nielah abang sepupu yang tolak basikal aku sampai ranap pokok ubi orang...hahhahahha...
Balik masing2 bawak haluan masing2. Kakida nak beraya belah abang majid plak. Abng ayeng aku ajak datang rumah aku. Sekejap je pun dia kat rumah aku.

ye ye..abis dah citer raya aku..Jadilah raya 2 hari je. Sebab esoknya nak balik perak. ada kenduri besar.

Ini telah menjadi SEJARAH

Rasa nak zzzzzzzzzzz...

ntah apa kena Aqil malam tadi, start pukul 12 tido gelisah! dalam pukul 1 lebih dah start merengek-rengek.  Naik buai turun buai, kejap2 minum air. Bagi nenen taknak. Ajak keluar bilik nak tido kat luar. Last2 kepala aku pun dah ting tong...sms Azam. Minta dia balik tengok Aqil...huhuhuhu..

Aqil mengadu gigi sakit pastu kejap-kejap sakit perut. Pastu kaki plak sakit. sapulah semuanya dengan minyak gamat kecuali giginya tapi masih gak merengek-rengek, sampai aku tertido kat bawah buai dia, tangan aku tak boleh lepas dari buai walaupun dia dah tido. Tak lama pastu Azam balik, dia pulak nak buai Aqil tapi budak tue taknak bapaknya buai!...huwaaaaaaaa...dah melelong kepala aku nie.

Azam tanye aku aku ada pegi mana2 tempat ke balik petang semalam. Aku cakap mana ada. dia yang balik makan malam tadi terus masuk bilik adalah. Terus Azam pegi dapur ambik air segelas. Jadilah dukun Azam malam tadi..ekekkeke..Sapu-sapukan air yang dah dijampi(ayat kursi ngan 3 Qul) tue kat kepala ngan sendi2 Aqil. Boleh gak dia tido walaupun masih merengek-rengek. 

Hujan lebat pulak pagi tadi, Azam masuk keje balik pukul 5.30 pagi. Aku tido-tido ayam sampai pukul 6.15 pagi..aduhaiiiiiiiiiiii....ngatuknyaaaaaaaa...nak EL cuti tinggal sehari...walawei.

Aqil nie dari kecik jarang meragam malam-malam. Seingat aku sepanjang aku besarkan dia baru 3 -4 kali je dia meragam malam. Kalau demam pun dia jarang meragam. Diam je melayan demamnya. Tapi walaupun meragam sangat jarang, naik angin gak aku...hahahhahha...lagi-lagi sekarang nie dia dah paham bahasa lagilah aku geram kalau dia nangis2 tanpa sebab..hahhahhaha...keji mak ko nie. Ada gak aku tertinggi suara. Kesian Aqil dpt mak tak sabar mcm sabariah *takde kene mengena* ..wohaaaaaa.


Dahlah aku nak layan mengantuk aku nie kejap....




byeee.


Ini telah menjadi SEJARAH

07 September 2011

Raya 2011_bahagian kedua

Sampai rumah mak, kayang dah beraya kat rumah wak sebelah. Tahun nie masuk rumah mak takde menuju ke dapur sebab dah kenyang..hahahhaha...amazing yo!.Kalau tak mesti aku anak beranak mencekek dulu masakan mak..wahahhaha..

tak sampai 5 minit duduk diorang balik....abg ayeng dah pegi rumah mentuanya..yang ada keluarga aku, kayang & kakida..Atih pun takde tahun nie.......
rasalah kuih raya  nenek..cantik kakmieza deco lapik kuih raya tue...walaupun balangnya RM1 je...hahhahaha..

tak dapat duit raya, dapat cium pun jadilah..wekekkekeke..

"Azri nape ko tahan napas mcm abah..hahahhahha...."

adik beradik pompuan ngan mak..tapi kurang satu orang...
Family aku ngan mak..masing2 mengantuk...kahkahkah..

menhantu2 lelaki mak...hahhahahha..pun kurang satu orang...

cucu-cucu mak yang tak cukup...2 tiada dalam gambar
nie rumah ketiga yang dilawati....eh ke 4 termasuk rumah nenek..
tahun nie warna baju family aku ngan family kayang tersama..hahahhha..pastukan raya rumah orang budak2 nie duduk berlonggok setempat...pastu saudara mara tanye aku "anak2 ko mana riza?"..hahhahhahha..masing2 ingat yang berlonggok tue anak2 kayang..

rumah ke5, dan yang pasti rumah paling lama kitaorang melepak..dari zohor membawak ke asar..hahhah siap tertido lagi..kehkehkehkeh...nie rumah kakida.

rumah ke 6...rumah paman lehen..

menuju ke rumah yang ke7 & ke8...fuhhhhhhhhh..bayangkan dalam masa satu hari je..

ajak kakak2 ku ke rumah aku pulak...kakida balik sebelum maghrib..kayang lepas maghrib terus pulang ke kampung mak...

Lepas kayang balik, aku ngan Azam pun keluar jugak ke banting rumah pakcik Azam. Kebetulan pakciknya nak kirim barang nak bawak balik perak nanti..jadi raya sekalilah. Sampai rumah dekat pukul 11 malam...OOO *read menguap*... ngantuk betul. Anak2 dah terbongkang dalam kete. Besok pepagi dah berjanji ngan adik beradik nak berkonvoi ke rumah makcik2 pulak.


Syoknya raya kali nie aku dapat tahan nafsu makan dengan jayanya..berat aku tak naik lepas dah turun beberapa kilo. eh ye ker tak naik...nak kena check balik nie
kehkehkeh..menyelit gak gambo timbangan nie..aku timbang malam tadi..


Nampaknya kena sambung lagilah citer raya untuk hari ke2 nie....

Ini telah menjadi SEJARAH

06 September 2011

Raya 2011_bahagian pertama

Aku dapat cuti seminggu. Tahun nie pulak mak tak sihat jadi memang mak pencen dah masak-masak nie. Seumur hidup aku berkeluarga tak penah lagi aku masak-masak untuk raya selalu aku tapau je dari rumah mak..huwaaaa. 

Nampaknya aku kena masak gaklah sikit. Kesian plak anak-anak ngan Azam kalau aku tak masak. Jadinya Hari Isnin pagi-pagi lagi aku dah ajak azam pegi Pasar Perwira. Belilah 2 kilo tulang lembu, 1 kilo daging, Ayam seekor pastu  Paru sekilo...wah dah macam mak-mak anak sepuluh..ekekkekek.. Nasi impit lepas sahur dah masak siap-siap. Kacang tanah dah goreng tinggal blend je.

Sebelum buka semuanya dah siap. Kuah kacang, Daging Masam Manis, Sup Tulang, tumis Sayur, Goreng ayam ngan paru. Sempat bagi ckit kat mak ngan Kakida. Kelas haku!. Kakida cakap boleh banjir nie sebab aku tak penah monjong dia..nie kira first time..kahkahkah..

PAGI RAYA

nak pegi masjid.


Balik dari masjid, sesi maaf-maafan pulak. Tahun nie tiada airmata dititiskan ..wallah... Kalau tak abis mekap ku...kehkehkeh..

pelukan kasih..cheewwwwwah...azri tak sempat nak capture masa salam..hampeh..

Selaku anak sulung dia kena mulakan...Aku tak tau apa pandangan Aqil bila tengok sesi salam-salam nie sebab dia menepek je kat Azam..hahahhahha...jeles ke tengok orang peluk2..aiyak..
Fahmi nie kuat bergurau orangnya..tue pun training banyak kali apa nak cakap...hahahhahha..
yeyeh..aqil puyak..*read pulak*

turn minta maaf ngan ibu pulak
cepat cium ibu!
bucuk2 ibu...

adik beradik plak..Aqil pemerhati...hahahhaha...

Habis sesi salam-salam, bersarapanlah kami semua. Patutnya makan sebelum pegi sembahyang..al maklum  diorang nak cepat ke masjid postponelah saparan lepas balik masjid.

Sebahagian juadah ehsan jiran sebelah..hiks...
Lepas nie ke rumah mak pulak... adik beradik dah menunggu disannnaaaaaaaaaa ...tahun nie aku dapat beraya ngan kayang. Selalu berselisih je. yelah kalau ikutkan tahun niekan aku nun kat perak sana...dah bertukar giliran dapatlah jumpa kayang.

Sambung....

Ini telah menjadi SEJARAH