26 Ogos 2011

Setelah bertahun aku menyanyi lagu yang bertajuk "catlah bang"..

Akhirnya direalisasikan dengan Azam. Sakit mata tengok warnanya tak senada tambah pulak keadaannya yang sangat aku tak puashati. Mula-mula aku ingat nak letak merah hitam putih. Rasanya macam semak plak bila lebih 3 warna.

Sebelum

Nak tukar semua kabinet tue mesti makan ribu raban, cat je nie kosnya lebih kurang RM100 je. Hasilnya pun boleh tahan cantik. tapi jangan tengok dekatlah sebab yang cat pun sangat pro..hahhahhha.. Janji dah seragam. Mata pun tak sakit.huhuhuhu..

Selepas

Ini telah menjadi SEJARAH

24 Ogos 2011

Nak raya dah ye..

Aku rasa macam baru semalam sahur hari pertama puasa. tup tap tup tap..dah nak raya lagi 5 hari.

Tahun nie nampaknya terpaksa mengingkari perjanjian yang dibuat. Kalau ikutkan tahun nie raya kat belah Azam. Tapi sebab ada benda yang tak boleh dielakkan Azam cakap kena raya dulu kat sini. Jangan cakap aku hasut Azam suruh raya kat sini. Demi Allah aku tak penah cakap apa2 pun. Aku tau Azam nak raya kat sini dulu pun sebab Azri tanye bapaknya tahun nie raya kat mana. Selalunya keputusan balik belah Azam ker tak semua bergantung pada dia aku tak pernah cakap apa2. Dia ajak aku ikut kalau tak duduk diam2 kat rumah sudahhhhhhhh.

Gembira nak raya?..ada yang sakan membeli belah ye, suka aku tengok. ker jeles erkkk.. Aku?..persiapan anak-anak yang penting. Kuih raya 6 jenis je sebab balang ada 6 je. Kerepek tempe, kerepek pisang, almond london, blueberry tart, batang buruk &_________(tak tau lagi kacang2 kot). Duit raya pun dah tukar.

Belanja raya bergantung ngan duit gaji semata-mata jadi belanja kena berhemah supaya tak terbabas. Karang ada yang teguk air masak je sepanjang bulan..huahuahua. Masih menahan diri dari mengeluarkan simpanan yang tak seberapa tue. Harap-harap Allah lapangkan rezeki aku. amin.



Ini telah menjadi SEJARAH

20 Ogos 2011

Berat yang terbeban part 2

Hari nie dah hari ke 20 kita puasa. Alhamdulillah.

Berat badan aku dah statik dari puasa ke7 ari tue. huawaaaaa...hilang 2 kg je agaknya tue pun hilang air. Lemak tetap statik kat situ.. oittttt lemak! susah betul ko nak dihapuskan degil bebeno.

nie berat yang terbeban pagi semalam puasa ke 19.
Mula2 dayet dulu sahur aku dengan segelas nestum 3 in 1 + minun air kosong. Buka bedal laksa semangkuk..dekat seminggu gak aku buat mcm tue sampai naik muak..hahhahah. Sekali dah takde perubahan aku bedal nasik. Azam siap cakap  dengan muka pelik"eh ibu makan nasik?". Aku jawab "apasal plak salah ker?"..sentap jugaklah aku..hahahhaha. "takdelah ajaib betul, selalu taknak makan nasik". muahahhahaha..

Sekarang memang dayet aku ntah kemana larinya tak larat nak kejar..hahhahhaa..lantaklah baju kebaya tue!.

Ini telah menjadi SEJARAH

15 Ogos 2011

Dah kena rasuk

Dengan hantu mengemas..hiks.

Penat tapi seronok plak tengok rumah bling2. Bukanlah bling-bling sangat habuk tetap bermaharajalela tapi yang penting kemas. Ada lagi beberapa benda yang aku nak alih-alihkan mengikut kesesuaian. Rasa nak balik sekarang je..hahhahahha. Banyak jugak yang aku berrrrrr (buang), nanti klu Azam tanye mana barang tue mana barang nie aku jawab ntah tak tau..boleh?..hahhahahah. Pagi tadi lepas sahur sempat lipat kain yang dah seminggu terperuk kat bakul ngan atas sofa. Tapi tengoklah rumah kemas boleh bertahan berapa lama..hiks..silap gaya belum raya rumah dah sepah2 balik...kekekeke.

Rasa nak raya tue takde tapi sebab Azam dah buat sesuatu kat dapur jadi semangat nak kemaskan rumah tue meluap-luap. Tak sabar nak tunggu Azam off pastu settlekan benda tue..mesti hasilnya bombbbbbbbb!.

Semalam  aku adik beradik  dapat buka sama2 cuma kurang satu keluarga je, keluarga kayang, sempat masakkan keluarga tercinta nasi ayam atas permintaan. Bila tanye diorang sedap ker tak, diorang cakap "kalau lapar semua sedappp..janji kenyang"..hahhahhahampeh tul diorang. Sikit pun taknak ambik hati aku penat masak..eh penat ker?. Mak cakap sup aku kurang rasa, sambal merah pun kurang rasa gak..huhuhu..yelah mana nak sama ngan mak masakkan? air tangan aku lain, air tangan mak lain.


Ini telah menjadi SEJARAH

10 Ogos 2011

Time masak je aku berekor..

walaupun suka mendatangkan stress tapi dia jugak menghilangkan stress...hehhehehe..

Erk aku bukan binatang jadi-jadian tau, si aqil nielah asal aku masuk dapur je merengek-rengek "ibu! aqil nak nenen ibu"..cakap ulang-ulang..huhuhuhu..

Paling teruk semalamlah, aiyok sampai naik hantu gak aku..hahahhaha...hilang dah sabo aku. Dalam kete dia dah buat hal suruh patah balik rumah mak dia nak ambik kete mainan yang tertinggal. Pujuk-pujuk tak jalan. Masuk dalam rumah nak berdukung plak taknak letak..aiyoyo rebeh bahu ibu ko nie aqil!. 

Bila aku turunkan, dia mengekor je aku, sambil tarik baju. Hampir2 aku tersungkur. Macam mane nak bertindak pantas, belakang baju kena tarik ngan budak nie. Nangis2 nak nenen padahal baru je lepas nenen kat kete sepanjang jalan. Bukan taknak bagi tapi aku kejar masa..huhuhuhu...dah dekat pukul 7 tau, nak masak nasik nak goreng ikan, nak buat sambal bilis laki lagi..amma..

Pastu bila aku tak layan dia nak nenen,  minta masuk buai plak. Layankan tapi aku cakap suruh dia buai sendiri..hahhahha..mcm dia selalu buat kat rumah mak dia. Dia bantai nangis jerit2 suruh aku buai jugak..aduhaiyo...Aku biarkan je, dah nak siap  masak..huhuhuhu..baru aku pujuk dia, tapi sebelum tue aku dah bagi sedas penampo kat tapak kaki dia..hahahhahah...geram tau.



Ini telah menjadi SEJARAH

09 Ogos 2011

Dialog sedih tapi muka ada senyum..hahhahaha.. Selamat dah peti ais nie perpindah tuan. Sedikit sejarah pasal peti ais nie. Peti ais nie adalah harta kedua Azam masa mula-mula keje dulu. Bayangkan dah berapa lama usia Peti ais nie. 15 tahun ada kot. Masih cantik & ok lagi. Oleh sebab peti ais nie berusia sangat jadi aku ngan Azam bagi je kat tuan baru nie tanpa ambik apa2 bayaran. Syaratnya cuma kena angkut sendiri je.

Sebab aku dah ada yang lain, terpaksalah aku serahkan yg nie kat tuan baru. Tak larat plak nak pakai 2 peti ais dalam satu masa. Paling best rumah aku jadi lapangggggggg....


Nak beli kabinet baru, nak beli kabinet baru, nak beli kabinet baru, nak beli kabinet baru..kehkehkeh..dah kena sawan kabinet plak. Nak tukar rak yang kat sebelah peti ais nie...azab aku tengok rak tue.....duit kemari ko..duit kemari ko..Menurun pulak dah..hahahhahha


Ini telah menjadi SEJARAH

08 Ogos 2011

Masak 3 benda

Tapi penatnya macam masak 20 jenis..hahhaha..tangan nak potong bawang pun menggigil-gigil macam kena parkinson. Tumit kaki macam nak tercabut rasanya...kehulur ke hilir. Dah katanya multitasking..semua benda nak buat dalam 1 masa...merasalah mcm kena parkinson...huhuhuhu...

presentation ok..rasa ntahlah...cikit pun aku tak rasa..cuma tanye anak2 ngan laki je..hahahha...sedap ker tidak..diorang cakap sedap (harap betul2 sedap...hiks)

udang goreng tepung..salah resepi..hahhaha..patutlah macam bantat je...sekali google resepi..letak soda bikarbonat..yang aku pegi letak baking powder..hahhahahha.....menderhakakan resepi betul!.
Satu lagi menu takde kat dalam gambar lupa plak nak snap. Aku buat tomyam campur. Jadilah 3 menu je kat atas meja. Alhamdulillah semuanya habis sampai ke sahur..eh ikan ada lagi cikit dah masuk dalam peti ais..karang balik boleh panaskan lagi. Tak baik membazir.

Tapikan beli makanan siap ngan masak sendiri..masak sendiri lagi banyak kos...aku rasalah ngan penatnya lagi..huhuhuhu.. tapi kalau tak masak kesian anak beranak asyik makan makanan dari luar, nak jugak bagi diorang rasa peluh2 tangan aku..hahhahahha...

Ini telah menjadi SEJARAH

Berat yang terbeban

Oh baju kebaya..aku merinduimu...
Konon-konon aku dayetlah puasa nie, harapan aku moga-moga hilang 7-8 kg. Boleh ker?...kehkehkeh..atau ada tak sesiapa yang nak lemak aku cikit, aku bagi FOC je...hiks..

timbang yang belum terbeban dengan badan aku...jarum kat 0.

timbang setelah terbeban dengan badan aku, saje je letak lepas sahur ngan lepas buka..hahhahhaa..padahal takde beza pun. nie berat puasa ke4...

Puasa ke 7, maksudnya selepas 3 hari dari timbangan pertama..hukhukhuk..berganjak jugak jarum tue kekiri, ada beza gak timbangan pagi ngan petang nie..walaupun hari yang sama....petang-petang banyak  kalori dah terbuang..huhuhuhu...

Sebab timbang tue dah uzur asyik dinaikkan dengan mak gajah..hahhaha..jadi timbangannya ada ralat ckit. Selalu aku timbang berat pakai timbang nie, berat aku dalam lingkungan 68-70kg. Hari tue aku timbang kat sepital (masa mak masuk wad kat depan bilik mak ada timbang digital) berat aku 71.++kg..hahhahhahaahmpeh betul!, cepat-cepat aku turun dari timbang digital tue..ngeri siot mengalahkan tengok hantu live rasanya.  Masa aku mengandung pun sama gak..aku tengok takat naik 1/2-1 kg je..sekali timbang kat klinik naik sampai 2-4kag..gila betul..hahahaha

Walaupun aku tak tau berat betul aku, jadilah tengok ada pergerakkan jarum ke kiri.Moralnya aku kena beli timbang baru. Takdelah aku tertipu ngan timbang hazab nie..keh.

Ini telah menjadi SEJARAH

05 Ogos 2011

Lemak makin banyak, duit makin susut..hukhukhuk..


Agak-agak kalau darab dengan 30 hari berapa kos buka puasa aku sekeluarga?..huhuhuhu..Takyah nak snap gambar juadah boleh dikatakan hampir setiap hari menu yang sama je. kalau masak sendiri bangga gak nak ambik gambar...kehkehkeh.Siput sedut+murtabak Fahmi punya. Azri ikan sambal. Aku punya laksa. Kuih-kuih beli kalau teringin. Azam aku masakkan sambal bilis, tahanlah  2 3 hari..keh. Sebelum puasa dah beli tembikai sebijik stok seminggu. Air pun bancuh sendiri. Kalau beli air sebungkus tak cukup sekarang air sebungkus je dah RM2...huhuhu. Semalam aku buat milo ais blend..sedappppppppp..eh terpuji diri sendiri plak.huk. Selalunya makanan nie kalau tak abis aku simpan dalam peti ais, sahur panaskan je tambahlah telur goreng 2 bijik biar seimbang eh...senang keje..woha!.

Tu pun aku balik keje terus singgah taknak bawak anak-anak, kalau bawak diorang hurmmmmm..mau lebih RM30 karang. Pagi-pagi aku dah tanye nak buka apa. Azam plak keje pagi memang tak sempatlah nak membeli. Kalau beli dengan azam pun boleh tahan banyak jugak..hahhaha..azam jenis rambang mata tengok makanan huhuhuhu..

Ingat-ingat sikit pada yang tak ada...

Ini telah menjadi SEJARAH