29 Julai 2011

Jadual Puasa anak-anak

Kecewa gaklah Malaysia kalah dengan Agregat 6-4,huhuhuhu. Pada aku silap percaturan masa kat singapo, penjaga Gol takut bola..huhuhuhu..Tapi adatlah ada menang ada kalah. Aku tak tengok semalam sebab taknak sakit jantung..hahhahaha..

Aku ingat masa Piala Suzuki, bila Malaysia gol je aku jerit sampai lompat2..hahhahah...Aqil terkejut nangis2 dia ketakutan..hahhahahha..macam tuelah tiap kali gol..aku jerit suka aqil nangis ketakutan...aishhhhh..apa pun tak boleh budak nie.. Tu tahun lepas punya citer, minggu lepas aku tengok Malaysia lwn Singapo..pastu jerit gollllll...aqil pun ikut jerit golllll..sampai lompat2 peluk aku..hahhahah..over pulak budak nie. Anak2 aku yang lain menyengih je nengok gelagat ibunya yg over..hahhahahha...

Minggu depan kita dah puasakan?. Aku dah pesan kat anak-anak suruh diorang puasa penuh tahun nie. Tahun lepas aku buat jadual & bagi reward cikit setiap kali diorang berjaya puasa. Sapa puasa boleh beli makanan yang dia suka. Duit raya adalah sehari puasa = RM2. Duit tue sebenarnya duit belanja sekolah diorang jugak...malah aku untung lagi sebab sehari diorang belanja sekolah RM4, nie aku keluarkan sehari RM2 je tue pun kalau puasa...ngeh ngeh ngeh...bijak mak ko nie.

Aku pun dah beli horlick..anak2 terpedaya ngan iklan liza hanim ngan anaknya tue, layankanlah.

nie Azri punya...aku lekat kat dinding ..senang nak tengok

nie Fahmi punya..banyak gak yang rompong....asal cuti je dia tak tahan dugaan sebab tengok aqil makan..hahhaha...
Barang-barang nak sambut puasa tak beli lagi. Azam cakap sabtu nie. Tapi kalau shopping hari sabtu takde plastiklah...susah cikit, kadang-kadang tak ingat nak bawak plastik dari rumah.

Ini telah menjadi SEJARAH

28 Julai 2011

Buku lagi

Buku nie adik aku beli dulu kat ganu sana pastu dia letak kat blog dia. Aku kalau tengok buku-buku kisah realiti nie memang seboleh-bolehnya aku nak dapatkan. Aku tengok logo tue logo GALERI ILMU. Sebelum nie aku beli buku Kembara Atiq Waziq pun kat GALERI ILMU, beli secara online. Buku selamat sampai walaupun GALERI ILMU hantar melalui pos biasa sebab dia bungkus buku tue cantik-cantik supaya tak rosak. Boleh kalau nak hantar pakai poslaju tapi kena bayar lebihlah. Kalau beli cara pos biasa bayar harga buku je.

Ini buku kisah benar yang ke4 jadi koleksi aku. Kat dalam buku nie banyak dia share doa2 amalan seharian.

Sedikit dari buku ANAKKU BRAIN TUMOR

Daripada Seorang anak yang cergas sejak lahir, Baihaqi, 9 tahun, berubah lesu selepas mendapat sakit kepala yang berterusan selama seminggu hinggalah disahkan menghidap brain tumor. Isyah menempuh episod paling sukar dalam hidupnya dengan ketiadaan suami yang berada di luar negara.(Suaminya adalah salah seorang anggota kumpulan nasyid RAIHAN yang bernama Che Amran)

Pembedahan segera mampu menyelamatkan Baihaqi tetapi ia ada risikonya. Sanggupkah mereka menanggung risiko atau ada pilihan lain? Keputusan perlu segera dibuat kerana terlewat bermakna nyawa anak menjadi taruhan!

Aku baru baca suku tapi dah terasa betapa kuatnya semangat ibu ini. Menguruskan seorang anak sakit dengan 7 lagi anak-anak yang perlu di beri perhatian tanpa suami disisi.

Ini telah menjadi SEJARAH

27 Julai 2011

Taman astakona

Boleh aku salah kira jadual keje Azam. Aku ingatkan dia cuti sabtu ahad lepas rupanya dia cuti ahad isnin lah pulak. Aku dah terlanjur ambik off sabtu tue, kalau tau aku tukar minggu nie...hampeh betul. Penat je aku merajuk ngan dia sabtu lepas sebab gas abis..hahahhahha...gas abis pun marah laki

Hari ahad pagi-pagi mengemas rumah sikit-sikit pastu tengok Azam rajin pulak menyapu daun-daun kering depan rumah sampailah ke taman depan nie. Taman nie banyak sampah tau. Semak tengok. Tapi azam sapu separuh je. Jadilah dari takde.


Nampak bersih cikit...

Budak nie tengah tunggu aku bersiap nak pegi sarapan, carik lauk kat pasar & ambik nenek. Lepas tue aku takde idea dah nak karang citer..hahhahhaha..
ngada betul buat muka macam tue...

Ini telah menjadi SEJARAH

26 Julai 2011

Bijik masuk hidung

rasa nak geget je budak nie...
Petang Jumaat aku ambik dia macam biasa. Kat tangan dia aku perasan dia pegang bijik peluru pistol mainan, tangan sebelah pulak pegang duit syiling 10 sen. Masa tengah tunggu abang dia keluar dari sekolah dia duduk belakang pastu Fahmi pun sampai. Tiba-tiba Fahmi jerit "ibu, aqil masukkan peluru kecik tue dalam idung dia..dah masuk!". Terloncat aku dengar. "Aqil! sapa suruh masukkan" sambil tengok hidung dia. Aqil dah cemek-cemek nangis kena sergah.


Sila tengok gambarajah yang disertakan. Sebelum dia nangis peluru tue kat kawasan A dan kalau ada tutup pen ker lidi ker konpem boleh keluarkan peluru tue tapi sebab ibu dia dah panik kasi anak nangis tersedu-sedu ngan pernafasan yang tak stabil jadinya peluru tue dah tersedut masuk ke kawasan B, sangkut kat tulang hidung tue. Lagilah aku panik!.

Terus talipon Azam (Azam kat tempat keje masa nie ) ngadu ngan dia macam nak nangis..huhuhuhu. Azam suruh pegi klinik terus, dia tunggu kat sana. Aqil siap terbersin2 tapi benda tue tak keluar pulak sebab dan sangkut. Aku suruh dia hembus dia pegi sedut..huhuhu ngeri aku. Bila dah tak boleh aku suruh dia duduk diam2 je. Sampai klinik ramai orang pulak. Cakap ngan Azam minta dulu, kira kes kecemasan nie aku risau benda tue naik ke kawasan C. Kawasan C tue kemek cikit keturunan hidung kemek nak buat macam mane.....takut sangkut kat situ lagi naya nak keluarkan.

Masuk kat bilik rawatan, doktor suruh aku duduk pastu kepit dia kat celah kangkang(keadaannya mcm kena peluk dari belakang). Dahlah aku pakai baju kebaya aritu aduhai susah nak kangkang. Azam plak ditugaskan pegang kepala dia kuat-kuat> Doktor cakap jangan bagi dia bergerak takut hidung dia terluka sebab doktor nak tarik peluru tue keluar. Aqil dah nangis2. Alat yang doktor tue gunakan macam lidi panjang lebih kurang 20cm hujungnya bulat berlubang. Jolok tak sampai seminit dah terkeluar dah..fuhhhhhhhhh...lega..
nielah rupa bijik peluru tue...
Sampai sekarang kalau tanye aqil "aqil doktor buat apa kat aqil". Dia jawab "dokte cucuk". "aqil nak buat lagi tak?". "nanak"..hahahahaha. Pastu tanye dia lagi "mak(pengasuh) cakap apa, aqil masukkan peluru dalam hidung?". Dia cakap "nanti mak pukul"..maksudnya kalau dia buat lagi pengasuh tue pukul dia...hahahhahha....bagussssss..

Azam masuk keje balik. Aku ngan anak-anak balik rumah sampai rumah dah dekat 7.30 malam. Pang pung pang pung sound effect. Siaplah aku masak asam pedas ngan sayur nie.  Teringin sangat nak makan asam pedas. Ingatkan dah tak tercapai dah nak masak asam pedas nie sebab balik lambat..huhuhuhu...tapi sebab teringin punya pasal sanggup..penat pun penatlah janji dapat makan asam pedas.


Ini telah menjadi SEJARAH

25 Julai 2011

Gambar yang boleh merobek naluri keibuan aku.

Paper metro jumaat lepas. Tengoklah betapa kesiannya diorang. Kebuluran!. Kat Malaysia nie makanan sampai dibuang-buang. Kat rumah aku sendiri anak-anak termasuk aku sendiri kadang-kadang selalu tak menghargai makanan!. Nak makan bukak peti ais macam-macam ada. Takde makanan kat rumah pegi kedai pilih je nak makan apa. 

Kalaulah diorang dekat sini aku tak sayang nak bagi beras dll, terutamanya anak-anak kecil. Ya Allah..sedihnya tengok. Betapa bertuahnya duduk kat Malaysia nie. Huru hara tang politik je...Kadang-kadang malu nak cakap diri sendiri susah sebab ada orang yang lebihhhhhhhhh..susah lagi..


Ada sebab aku kenapa snap gambar nie. Teringat aku rotan fahmi sebab dia dah abiskan duit saku dia dalam masa satu hari.  Azam bagi dia RM10, sepatutnya belanja tue boleh tahan 3 hari..paling teruk pun 2 harilah. Aku biar je Azam bagi sorang RM10 sebab aku nak tengok diorang boleh manage tak duit banyak tue. Azri lulus. Fahmi gagal. Aku siasat apa yang dia beli. Fahmi cakap dia beli Nasi ayam, meehoon 2, cendawan goreng, ayam goreng (aku kira dia guna dalam 7 inggit sekolah pagi je) ngan pensil lepas tue baki yang lain dia tak ingat dia beli apa(lagi 3 ringgit tak dapat dikesan). Hangin betul aku. Cara dia makan tue macam tak makan seminggu. Aku cakap "ko nie fahmi badan kecik tapi makan macam bela hantu raya"...nie ngikut acik ateh kolah nie makan kuat badan kerempeng je.. Pastu yang aku geram dia beli pensil yang memang ada berkotak-kotak kat rumah tue. 

Aku rotan dia dulu sebelum bapaknya rotan. Aku rotan ikut keperluan kalau bapaknya rotan ikut kesetanan..huhuhuhu. Bila aku dah rotan takdelah bapaknya rotan. Aku kesian gak kat dia sebenarnya, tue sebab aku rotan dulu. Meleleh jugaklah air mata dia tapi dia diam je tak berani cakap sebab tau salah. Esoknya aku tak bagi dia duit belanja. Tapi pagi-pagi Azam pesan suruh bagi jugak ckit duit belanja, takut anaknya pengsan tak makan..kihkihkih...tapi aku keraskan hati aku sebab aku nak dia tau apa yang aku cakap tue aku buat, yelah aku taknak beriya2 aku cakap aku tak bagi duit belanja sekali tiba masanya aku bagi jugak ..esok2 mungkin dia buat lagi sebab dia pikir dia tetap dapat duit belanja tue..kena marah ngan rotan sikit je takpe...

Tapi Fahmi nie mudah belanjakan duit tapi mudah plak dapatkan duit. Bagi jelah dia berapa ringgit konpem langsai. Dia pandai jual-jual barang yang dia taknak kat kawan2nya, yang aku pelik ada plak yang beli tue. Aritue masa aku tak bagi duit belanja dia bawak biskut chipsmores peket kecik. Pastu kawannya minta dia tak bagi kalau nak dia suruh beli..pastu kawannya ambik empat keping bayar 40 sen...hhhahaha..dapat gaklah dia beli kuih kat kantin..ayohai..anak-anak...aku dengar kesian ada kelakar pun ada..tapi nak buat macam mane denda tetap dilaksanakan.
 


Ini telah menjadi SEJARAH

22 Julai 2011

Mencari kasut sekolah dikala Orang mencari Kasut Raya..

Kasut anak-anak aku dah koyak rabak. Kesian pulak tengoknya. Macam makbapaknya tak mampu sangat nak beli Pastu masing-masing ada sepasang je kasut sekolah. Kalau hari hujan kesian anak-anak terpaksa pakai kasut basah. Itu pun Azam dah bising kat aku kenapa tak cakap kasut anak-anak ada sepasang je sorang..hehheheh..salah aku jugak?..Ingatkan nak cari kasut raya sekali..mmmm..kasut yang ada kat kedai tue tak memberansangkan nafsu betul. out dated!..hehhehe..

Dapatlah sorang 2 pasang. Beli murah-murah je. Tahun depan tak payah beli dah.
Dah lama Azri cakap nak kasut tali. Sebelum pegi tue pun dia dah cakap nak jugak kasut tali. Aku cakap "ibu boleh belikan tapi jangan susahkan ibu nak pasang tali kasut tue, kalau susahkan ibu jugak ibu campak je kasut tue.."..hahhahahha..zalim tak?. Tapi mula-mula aku ajarlah dia macam mane nak pasang & ikat tali kasut tue.

Setelah setengah jam mencuba mengikat tali kasut tapi tak berjaya..hahhahhaa..sebelah aku dah tolong ikatkan sebab nak ajar dia mengikat....
cuba lagi sekali...hari nie dah pakai pegi sekolah sebab dah pandai ikat. Punyalah seronok dia...kehkehkeh..
Gaji minggu depan ingat nak belikan beg sekolah pulak untuk anak-anak sebab beg sekolahnya pun dah uzur. Tahun nie memang diaorang tak beli beg, pakai beg tahun lepas so dah sampai masa beg tue di tukar. Aku dah jahit pun masih tak kelihatan kukuh...mmmm.

Ini telah menjadi SEJARAH

21 Julai 2011

Kadang-kadang dalam hidup nie tak banyak pilihan yang baik boleh kita ikut.

Poyo je tajuk...

Aku tau aku meletakkan keadaan aku, anak2 dan orang sekeliling dalam bahaya. Tapi aku takde pilihan yang baik. 

Samada anak2 aku yang lain masuk lambat ke sekolah atau biarkan aqil meraung tanpa henti sampai aku tak boleh memandu?...mmmm..

Memang gitulah aqil hampir setiap pagi. Aku angkat dia masa mata dia masih terpejam lena. Mulut pulak menggagau mencari nenen. Sampai rumah kakak pengasuh terus masuk buai sambunglah lena dia sampai pukul 10 kadang-kadang (ikut mood dia).
Tapi aku hargai nasihat yang diberi. Terima kasih.

Ini telah menjadi SEJARAH

20 Julai 2011

Betul kata pepatah...

Seorang mak boleh menjaga 10 anak tapi 10 anak belum tentu boleh jaga seorang mak.....

Aku tak cakap orang lain, tapi aku cakap diri aku sendiri sekarang nie. Sejak mak disahkan kanser dan menjalani rawatan kimo, aku mengharapkan semua ahli keluarga sama-sama jaga mak. Aku kerja+anak-anak masih perlukan perhatian, kayang & ateh jauh, abang ayeng lelaki dah tentu tak boleh nak masak isterinya pulak ada anak kecik jadi buat masa sekarang nie kakida adalah orang yang paling sesuai jaga mak sebab anak-anak dia dah besar tambahan pulak dia surirumahtangga sepenuh masa. Apa-apa keperluan mak aku cuba penuhi walaupun sebenarnya waktu dan bajet aku sangat terhad.

Setakat nie mak ok cuma bila kena kimo tue ada waktunya mak mabuk (muntah2+pening berpusing), Selera makan hilang tapi masih mampu mengurus diri sendiri. Muntah pun boleh pegi bilik air.

Bila hari minggu giliran aku pulak jaga mak. Kebanyakkan hari sabtu aku kerja jadi aku ambik mak petang sikit lepas aku selesai masakkan makanan mak atau kemas rumah sikit-sikit orang berkerja macam aku nie larat masa weekend jelah nak mengemas, tue tu pun cincai boncai je. Buat masa sekarang kitaorang control pemakanan mak, ambik makanan yang tinggi antioksida. Susah sikit nak masakkan mak sebab bukan semua benda mak suka nak makan, maksud aku yang tinggi khasiatnya. Kalau hari-hari makan makanan yang direbus je muak pulak mak. Aku blend kan jus buah mak taknak minum, durian belanda tak boleh masuk baunya dia tak tahan, brokoli mak cakap masuk mulut rasa bulu2, yang dia boleh telan pucuk ubi ngan daun meranti je.

Hampir sebulan jugak tetiap hari minggu mak ada kat rumah. Aku suka je mak kat rumah aku. Masa baru-baru mak kena kimo tue mak masih cergas lagi. Kebiasaan aku ngan Azam kalau hari minggu kebetulan Azam cuti atau keje malam kitaorang suka sarapan kat luar, jadi masa mak masih cergas mak masih boleh ikut kitaorang jalan-jalan kepasar pagi cuma sarapan aku siap-siap masak sebelum keluar sebab mak tak boleh makan sembarangan kat luar, kebersihannya tak terjamin.

Minggu lepas ahad Azam cuti jadi dia talipon aku tanye nak pegi mana-mana tak pagi tue. Aku cakap lebih kurang pastu terus letak talipon sambung sms..takut mak dengar nanti dia salah anggap plak. Mak tanya Azam nak apa. Aku cakaplah Azam nak ajak keluar jalan-jalan (maksudnya cari sarapan kat luar). Pastu mak cakap "kalau ko nak keluar ko hantar mak baliklah..mak tak larat nak ikut". huhuhuhu...Aku terpikir kalau aku hantar mak balik rumah sapa nak masakkan mak. Konpem nanti mak tak makan. Kalau makan pun agaknya nasi ngan ikan bilis. Mak nak masak mesti dia tak laratkan. 

Aku cakap ngan Azam kita keluar pegi pasar jelah sekejap. Pastu kalau nak jalan-jalan petang sikit, lepas aku masakkan mak dulu nanti mak boleh tapau makanan yang aku masak. Pagi-pagi mak dah sarapan. Jadi aku keluar jugak ngan Azam bawak aqil je anak-anak yang lain nak temankan nenek katanya. Azam ajak sarapan dulu, pastu pegi pasar beli lauk sikit terus balik terus masuk dapur cepat-cepat masak untuk mak sebab dah pukul 12 mesti mak lapar. Alhamdulillah mak makan 2 kali selang 2 jam je.

Sini suami sana mak. Ibaratnya diluah mati mak ditelan mati bapak. Tulahkan bukan aku tak sayang mak atau taknak jaga mak atau aku rasa mak menbebankan tapi aku ada komitmen lain jugak. Kalau aku sorang & jaga mak je insyaallah takde masalah kot.

Aku sangat-sangat berterima kasih ngan kakida sekeluarga sudi jaga mak. Budi baik dia aku adik beradik tak terbalas. Walaupun mak tue ada gelaran tambahan untuk dia tapi gelaran 'tiri' tue umpama ghaib. Terima kasih kak!.


Ini telah menjadi SEJARAH

18 Julai 2011

Pelesu rupanya..

Kalau baca berita-berita politik memang memeningkan kepala. Pasal berita pompuan no 1 negara beli cincin 24 juta ++ . Gigihlah aku nak cari berita penuh tapi tak jumpa cuma jumpa muka depan je
nak baca kat sini tulisan tak jeles...pelik bawah gambar tue tetiba 'LAMBANG PERPADUAN'..hahhahhha..sabo jelah
Rupa-rupanya berita pasal pengakuan pompuan nie menabung berita palsulah. Pandai orang nie buat. Nampak macam real je. Aku baca kat sini

Tapi kalau betul dia buat kenyataan macam nie memang tak heranlah, kat Malaysia nie memang orang2 besar suka bodah-bodohkan rakyat dengan kenyataan yang tak masuk akal.

Aku pelik apa yang seronok sangat pakai cincin sampai 24 juta, ada orang kelebet(tengok ngan kanta pembesar nak tau tulen ker tak) ker cincin tue kalau dia pakai. Padahal kalau dia pakai yang pelesu pun takde orang tau. Banyakkkkkkkkkkkkkk..duit diakan.................
mmmmmmmmm

Ini telah menjadi SEJARAH

Aku tak tau

Bila aku view kat tempat keje ok je..sekali aku view pakai hp mak semalam baru aku tau belog aku dah jadi goblok..huwaaaaaaaaaaaa..nape semua tulisannya terpotong...patutlah irfa tanye aku nape aku potong semua tulisan....

Aku tak tau nak betulkan macam mane sebab aku sekarang nie aku view semuanya ok je...aduhai..beloggggggggg...ker nak suruh aku tutup terus belog nie?


Ini telah menjadi SEJARAH

16 Julai 2011

Cerita pagi sabtu yang dinginnnnnnn..

Hari nie gigih aku bangun pukul 5.40 pagi nak masak nasi ayam. Ala tapi memang selalu pun aku bangun waktu macam tue. Nasi ayam menu yang senang dan digemari anak-anak. Mak ko pun tumpang senang..

Gigih masak nasi ayam sebab aku kena tinggalkan anak-anak kat rumah suruh Azam jaga. Kakak pengasuh minta cuti hari nie sebab nak buat kenduri ke 40 hari maknya meninggal. Nasib baik Azam keje malam, kalau dia keje pagi kenalah aku cuti jugak. Patutnya aku boleh je ambik off hari nie tapi aku nak off minggu depan je sebab azam pun cuti sabtu ahad minggu depan. Mana tau Azam nak bawak jalan-jalan..hahhaha..harapan. Dahlah tengah perang dingin ada hati minta laki bawak jalan-jalan. ada aku kisah..

Malam sebelum tido bahan-bahan aku dah sediakan. Pepagi terus..zasssssss...tenggek periuk rebus ayam. Blend bawang merah+bawang putih+halia, campak dalam periuk rebus ayam tadi. Sambil tue masukkkan baju2 sekolah dalam mesin. Pegi dapur balik Blend cili besar+bawang putih+halia didihkan. Sambil basuh beras. Tumis bawang merah+bawang putih+halia+kayu manis+bunga lawang ngan marjerin dah naik bau satukan ngan beras+ air rebusan ayam tekan butang cook kat periuk nasi. Keluarkan ayam yang dah rebus letak kicap goreng. Sambil-sambil tue potong timun ngan daun bawang. Air rebusan ayam tambah perasa + garam supaya rasanya jadi ummmmphhh..Siap sebelum pukul 7.

Mandi ngan aqil menyibuk je budak nie aku cakap nak mandi dia dulu masuk bilik air. Siap pakai baju sebelum 7.30. Sediakan semuanya kat bekas bertutup senang nanti diorang nak makan. Nasi pun dah masak. Azam pun dah balik. 7.50 aku gerak mencari rezeki..huhuhuhu. 

Sekian cerita pagi saya....

Ini telah menjadi SEJARAH

15 Julai 2011

Annissa

Aku tak penah tengok citer nie kat tv..sebab selalu pukul 10 aku dah belayar ke alam mimpi. Ntah aku pun tak ingat macam mane aku boleh terjebak nak tengok kat tonton. Scene paling lawak..hahhahahha..

Masa nie tengah bersenang lenang..tgh bincang pasal suami tipu yg hampir kantoi..
Sekali kawan baik dia sergah....dia punya terkejut tue..mcm real je..hahhahha..lawak tengok muka zamarul tue...hahhahaha..
merangkak atas bini!..hahhahaha..
terus melekap kat dinding..hahhahha..ape punya jantan da...berani buat berani tanggunglah...

Sinopsis

4 orang pompuan kawan baik bukak syarikat sama-sama. Sara, Balqis, Shila & Anna. Sara menghidap barah otak pastu keluar daripada company tue & mehilangkan diri. Shila mengsonglap duit syarikat berjuta-juta. Anna pulak satu2nya kawan yang dah kawin, suaminya Farid, doktor sahkan Anna mandul. Balqis pulak rupa-rupanya jadi isteri kedua pada suami Anna. Sampailah Balqis mengandung. Pastu Farid mengupah lelaki menyamar jadi suami Balqis supaya rahsia diorang tak terbongkar.

Masa mula-mula Sara yang dituduh ada skandal dengan Farid sebab Sara pegi tiba-tiba. dahlah tgh sakit, kena tuduh pastu kena lempang pulak tue..kesian. Balqis pulak walaupun dia dah kawin dengan Farid tapi masih memberi harapan pada Kamal. Nie pun kesian jugak. Kamal disuruh jadi pak sanggup masa balqis mengandungkan anak Farid..kecewa betul dia sampai accident. Anna pun kesian jugak dikhianati dengan 2 orang sahabat baik dan suami sendiri...huhuhuhu..

 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Aku tak habis tengok lagi baru sampai episod 16, mencurik masa rehat..hikhikhik..tue pun kena tengok line clear ker tak...wohaaaaaaaa..


Ini telah menjadi SEJARAH

Apa yang aku rasa

Aku tak berniat nak menyimbah  bara api dengan petrol. Tapi aku kena cakap apa yang aku rasa. Lepas nie terpulang apa penerimaan dia pada aku.

Dah lama sangat aku simpan.

"Minta Maaf bang, saya bukan nak sakitkan hati abang tapi...........saya pun manusia biasa ada hati ada perasaan."

Aku manusia biasa.

Ini telah menjadi SEJARAH

14 Julai 2011

Persiapan Raya 2011.hiks..malu betul buat tajuk nie..macam budak2 tak sabar nak raya..

Dalam N3 nie aku ada cakap pegi banting kan?..nielah sebabnya nape aku pegi banting...

murah & berbaloi..masuk tahun nie dah 2 tahun berturut2 pegi kedai nie..jahitan ok..kain pun ok...yang penting murah beli siap dari beli kain, jahit upah kat orang..
Beli baju raya anak-anak. Baju melayu kena carik awal2 senang semua saiz ada, kalau pegi time bulan puasa nanti hazablah ckit nak carik size..lagipun puasa tak laratlah nak mengusung anak2 ke kedai2 nie. Kalau baju2 kasual..tak payah bawak diorang aku boleh agak2 je saiznya. Anak2 lelaki bukan cerewet pasal baju..apa yang dibeli tulah yang di pakai.Tapi bawak budak laki pegi shopping takde perasaan Muka ketat je suruh fitting baju..aiyakkk..maknya yg lelebih. Mana muka tak ketat....tak boleh lari2 kat celah2 baju tue. Tapi nasib baik aqil ok je suruh try baju..malah terlebih pulak..abang2 nya punya baju dia yang nak try..hahhahaha..sabo jelah.

Aku punya baju raya pun dah selamat hantar dekat kakida. Hari tue masa aku pegi opis kat nilai singgah kat nilai square. Rembatlah 5 pasang kain ela....hahhaha..melampau tak?..tulah setahun sekali buat baju pun... aku suruh mak pilih satu..so baju aku ada 4 jelah..satu dah bagi mak buat baju raya gak.

Kuih raya pun aku dah tempah 2 jenis..tebiat apa ntah..tetiba tempah biskut2 nie padahal tiap2 tahun dalam balang kuih raya aku kerepek ngan kacang je..hahhahaa..gila tak glemerkan?.

Sekarang nak hilangkan rasa bersalah sebab dah buat persiapan raya nie... Insyaallah lagi beberapa jam tamatlah puasa ganti aku yang kelapan hari....hahhahhaha...beriya ngan baju raya kuih raya puasa ganti baru nak abis..ceh...



Ini telah menjadi SEJARAH

13 Julai 2011

Dia terasa KFC tu bapak dia punya...

Jumaat (8/7/11) lepas kitaorang ke banting. Selesai urusan, anak-anak ajak makan KFC, layankanlah..bapak korang tengah kaya. ibu nie mengikut aje..kehkehkeh. Padahal aku lapar nasik. Bila order yang ada nasik, nasik plak tak cukup..dapat 2 je..mmmm..yelah dah malam kata ko dah pukul 9.30.

Makan kat luar nie bila ada anak2 dibawah umur memang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi..meja kalau tak berkecah, suara klu tak macam tarzan..memang tak sah..hahhahaha. Tapi lama2 dah biasa dah...kadang2 aku dah tak kuasa nak jerit "jangan!" lantak koranglah nak buat apa..janji jangan jahanamkan harta restoran atau ganggu ketenteraman awam secara keterlaluan sudahhhhhhhh..eh tapi klu dengan Azam aku ok je bapak diakan garang..sekali kena jelingan..abis semuanya menunduk mcm kena minyak dagu..hahhahaha..

Tapikan aqil nie dia tak takut ngan bapaknya...yelah kan dia baru 2 ++, yang dia tau semua benda seronok..mmm..Hari tue kena rotan ngan Azam sian aku tengok...puncanya dia taknak pakai baju pastu aku acahlah dia panggil bapaknya suruh rotan. Azam pun ambik rotan acah2 dia. Sekali tue aqil buat apa tau..buat mcm gambo nie..hahhahha...

pinjam gambo yeeeee...

dia julurkan lidah kat Azam! Sambil cakap "taknak, taknak" dengan gaya mengejek.  Masa aku tengok tue aku nak tergelak...sekali..zapppppp..sedas kena rotan kat belakang badan dia. Meraunglah dia. Bengang jugak aku ngan Azam nie..haishhhhhhh..berbirat ok belakang dia, aku ambik minyak gamat sapu yang berbirat tue...sabo jelahkan. Aqil nie niat dia nak bergurau ngan bapaknya..tapi bapaknya kan barannnnnnnnn...

Tapi yang bagusnya sekarang, klu dia buat something yang menaikkan darah tunjuk rotan terus kecut...huahuahua..

Alamak dah terlajak pulak citer benda lain..hahhahaha...jomlah nonton  gambar2 yang ada nie...
..sukak-sukak dia aje....


yessssss..aura otomen dah meresap...


ambik ko..sampai naik ke meja....

dia buat poco2 atas meja......
patutlah aqil macam tak terkawal....rupa-rupanya bapak dia tengah lawan 'sapa dulu abis'  ngan Fahmi..hahhahaha..

Ini telah menjadi SEJARAH

06 Julai 2011

Aku panggil basikal nie Basikal Lanang atau lebih dikenali dengan Basikal tua

orang nie jual basikal nie tau...klu aku ada duit aku beli..hahahhaha..simpan buat pekasam kenang-kenangan...
Tadi dengar Sinar FM  pasal kenangan ngan basikal.

Pengalaman 1

Aku pun ada kenangan ngan basikal nie, yang paling aku ingat jatuh kat tepi batas orang tanam ubi..hahhahahha... nie semua abang sepupu aku punya pasal.

Masa tue aku sekolah rendah darjah berapa ntah tak boleh nak recall balik. Abang sepupu aku tue sekolah menengah, dia memang duduk kat rumah aku. Satu hari tue abang sepupu aku nak pegi rumah abang dia selang 2 jalan dari rumah aku kira jauh jugak, yang ada kat rumah masa tue tinggal basikal lanang tue je..macam dlm gambar kat atas tue. Kat gambar tue kira cantik jugak yang aku nak naik nie kira buruk gaklah ngan tayar pancitnya. Basikal tue basikal arwah atok agaknya. Arwah atok pun aku tak penah jumpa sebab dah meninggal sebelum aku dilahirkan lagi...

Abang sepupu aku tue jenis suka melayan perangai budak2 pastu suka buli2..hahhahha..bila dia nak pegi aku nak ikutlah..tapi dengan syarat aku kena bawak dia. Bayangkanlah aku yang kecik nie kena bawak basikal ada palang camtu pastu kena bawak dia plak. Kaki aku pun tak sampai nak cecah tanah klu naik basikal tue. Kaki abang sepupu aku jadi tongkat bila basikal tue tak seimbang...aku main kayuh jelah....hahhahhaha..memang kaw kaw kena buli.

Entah macam mane bila sampai satu jalan nie, basikal lanang tue jadi tak stabil melelong ke kanan ke kiri, aku dah jerit2 kat abang sepupu...suruh jaga basikal tue dari jatuh..pastu ntah macam mane dia turun tolak basikal tue laju2...aku ngan basikal berdesup terjun kat batas orang baru cacak kan batang upi..hahhahhahha.....baru aku nak bangun ada org jerit "hoiiiiii! abislah pokok ubi aku!...hahhahahha...kelam kabut aku nak naik dari tebing jalan tue...sambil sorong basikal...hahhahahha...takut siottt....Abang sepupu aku dah lari dulu kedepan pastu dia gelak2 kan aku..hahhahahha..hampeh betul!. Jahanam tanaman ubi orang tue kena lanyak ngan aku..huahuahuahua...tak sengaja :(

Pengalaman 2
hahhaha..belasah je ambik gambar nie...

Dulu basikal  ada satu je jadi aku ngan abg aku kena naik satu basikal. Abang aku pun jenis kaki buli punya orang. Dia cakap aku gemuk..poyolah aku dulu bukan obes pun cuma chubby2 montel je... wahahahhaha tak larat nak bawak aku, jadi kalau aku nak naik basikal dengan dia, aku yang kena bawak dia, Padahal aku nie adik apa salahnya kalau dia bawak aku je. Nie tak, satu perjalanan pegi sekolah tue kena bahagia 4..Mula2 dia bawak aku sampai satu kawasan nie pastu nanti aku pulak bawak dia, berenti lagi kat satu kawasan lain pastu dia bawak aku balik..pastu last sekali aku bawak dia sampai sekolah. Tapikan abang aku nie banyak makan semut kadang2 dia lupa berenti kat kawasan yang dah ditetapkan..hahhahaha..tau2 dia dah bawak aku sampai sekolah...hahahhahhaha..Bila dah sampai sekolah baru dia teringat "apasal ko tak cakap tadi suruh berenti"..hahahhahha.. "nasiblah, sapa suruh ko tak ingat"..hahhahhaha...takdelah berpeluh ketiak aku bawak dia. Fadan muka  dia kena bawak adik comel yang gemuk nie..hahhahahhah...;-)


Ini telah menjadi SEJARAH

05 Julai 2011

Tahun Bertenang

Sebenarnya itu sasaran aku tahun nie. Aku sasarkan tahun nie sebab tahun2 sebelumnya sangat huru hara rasanya hidup aku. 

2009..
aku mengandung pastu bersalin..bapak mentua sakit..anak masuk hospital..macam-macam lagilah..

2010..
Duit keluar banyak sebab kereta..pastu adik aku kawin dia yang kawin aku yang stress..hahahhahha.....macam-macam lagilah..

2011
Perancangan aku untuk tahun nie,  aku nak pegi cuti2 malaysia kat tempat2 yang best...beli barang best2...Cuti tahunan untuk cuti2 yang terancang je..kumpul duit balik...

Tapi betullah ayat nie KITA MERANCANG ALLAH YANG TENTUKAN. Aku tak tau nak cakap apa dah..tak sangka Allah nak uji aku sampai macam nie. Mak Kena kanser. Penyakit yang sangat digeruni. Jadi perancangan aku tinggal perancangan..duit keluar macam air, cuti tahunan sekarang nie tinggal 4 hari je sampai hujung tahun.

Niat aku satu je aku nak sembuhkan mak..bawa mak mana dia nak pegi, bagi dia makan apa yang dia nak makan..ubatkan dia walauapa pun...Cuti, duit semuanya boleh diuruskan..insyaAllah.Moga Allah lapangkan Masa aku untuk buat semua nie. Allah dah takdirkan..dan doa aku.. supaya diberikan jalan yang mudah untuk menguruskan semuanya.

Moga mak Sembuh seperti sediakala.Amin.amin.amin.





Ini telah menjadi SEJARAH

04 Julai 2011

Cameron Highland ditanggal 5 bulan 6 tahun 2011

Mula-mula azam plan nak pegi CH masa cuti sekolah dengan balik hari tapi aku bantah. Aku tak suka bercuti yang terkejar2. Lepas tue dia bising kata cuti sekolah tak bawak anak pegi mana2. Lepas tue pulak kawan keje dia suruh join diorang kat genting highland sana...Aku segannnnnnnnnn...jadi aku pikir baik pegi CH..balik hari pun balik harilah..belasah aje.

Dari rumah pukul 5 pagi..sampai tapah pukul 8 camtu terus suruh anak2 mandi kat perhentian tapah. 

Ini kira pengalaman ke 2 seumur hidup aku ke CH. Hazab gila nak naik CH nie. Fahmi dah pening2 mengerang-ngerang macam pompuan nak bersalin..hahhahahha..tengok GPS kat bawah nie pun boleh tau mcm mana hazab jalan nak ke CH. Aku memang salute gila pada orang yg suka naik CH nie.
nie kira ok lagi.. ada tue lagilah teruk jalannya...dah macam ular kena palu

Lata iskandar..lalu je tak singgah pun...


..singgah jap..kasi mabuk2 ular kena palu.. hilang..hahahhaa..




aduhailah mamat nie..sibuk menalipon..kawannya..betul ker kawan bang?

gambar paling romantik abad ini!..ko ada?..hahhahhaha..apa pun tak boleh


kita minum dulu..teh tarik 4...karipap 4 harganya 25 inggit!...tapi teh tariknya sedapppppppppp...banget tiba2 keluar indonnya..
Lepas tue singgah kat ladang strawberi tapi takleh petik sendiri...salah masuk tempat...dah namanya pegi time cuti umum+cuti sekolah..semua tempat penuh..dengan  jalan jamnya memang pakej lengkap untuk datangkan stress..Orang cuti2 nak tenangkan pikiran nie memenatkan pikiran..hahhahahha..fadan muka!..

Aqil suka makan strawberi coklat!...walaupun rasa strawberi tue masam2 ckit..

orderlah pancake aiskrim+strawberi..klu orang jawa cakap lempeng.. rasanya pun mcm lempeng..yg buat sedap tue ada aiskrim je...

ko nak?...

Lepas tue kitaorang dah tak tau nak redah kemana..yang teringat nak carik sayur2 buah2 cikit untuk di bawa pulang. Balik kiaorang lalu simpang pulai..Azam masa tue dah pancit gila jadi untuk keselamatan sejagat aku drive turun..huhuhuhu..yang paling best aku terpaksa pangku aqil yang tido sambil nenen aku..huahuahua..ngerilah jugak nak turun tue..tapi tawakal jelah...mata tak boleh hilang fokus..kena concentrate kat jalan je...hampir2 give up....yang lain semuanya dah tertido kemabukkan....

Azam sampai perhentian simpang pulai.. habis..muntah kayak..hahhahhaha...aduhai. Memang percutian yang meletihkan!. Tobat nak naik CH lagi buat masa nielah..

On the way balik..singgap mana2 perhentian memang penuh umattttttttttt...nak kencing pun kena beratur..dengan jalan jemnya lagi..huaaaaaaaaaaa...hazablah..

Sebab nasib tak menyebelahi kitorang..ayat yang terpaksa dicakap.."apa yang seronok sangat naik CH tue..tak paham betul orang suka naik CH"..hahhahahhaha..ayat sangap

Kat bawa nie gambar2 yang konon kretip dari aku..hahhahahhha...



Pengajaran dari citer nie..lain kali kalau nak bercuti perancangan kena teliti..kalau main redah ginilah nasibnya...huahuahua.........

Sekian cerita CH saya...

Ini telah menjadi SEJARAH