27 April 2011

Seperti dijatuhi hukuman mati mandatori

Kalau mengikut gambaran  CT SCAN, mak dikesan  menghidap kanser paru-paru tahap 3.  YA ALLAH betapa besar ujian yang datang. Dan paling sedih ini adalah pengalaman ke2 setelah abah aku jugak meninggal kerana Kanser paru-paru. 
 
Depan mak aku tak boleh menangis, aku kena kuat depan mak sebab aku taknak dia luntur semangat untuk lawan penyakitnya.

Aku sangat berharap rayuan dan doa aku adik beradik di perkenankan oleh ALLAH. Supaya mak diberi kesembuhan & dipanjangkan umur. amin.amin.amin.

Semuanya bermula pada tarikh 20/3/2011...X ray yg dibuat menunjukkan kelainan pada paru2 mak. Kemudian set pulak 21/3/2011 untuk jumpa doktor seterusnya. Masa nie mak dah mengah+letih+lesu tak bermaya. Batuk tak berhent tapi tak pulak batuk berdarah malah berkahak pun takde. Kena pulak buat ujian TB...set balik appointment 2 minggu kemudian. 


3/4/2011 mak pegi klinik swasta, buat X ray lagi sekali..doktor cakap paru-paru mak ada ketumbuhan & suruh refer doktor pakar. Mak talipon aku menangis, aku sabarkan mak..aku cakap esok kita jumpa balik doktor kat Hospital banting. 

4/4/2011. Jumpa doktor tengok result TB..clear..darah pun ok. Doktor cakap mak sihat!. Hangin!. Ko tak tengok mak aku nie jalan pun tak larat..lesu...pucat. Aku cakap kat doktor mcm mane plak takde apa-apa doktor sebab result x ray nampak mcm paru2 mak ade yang tak kena. Doktor suruh aku ambik result X ray 20/3/2011 kat bilik xray. Bila dah dapat doktor tenung lama2..siap panggil kawan dia. Pastu setkan appointment untuk jumpa pakar. Doktor tue sendiri tak berani nk cakap apa2. Dia cakap klu nak tau kena buat CT Scan. Sampai kat klinik pakar nurse setkan appointment 1 bulan ++ baru boleh jumpa pakar. Oh! membara sungguh aku. 

Aku cakap kat mak kita buat kat swasta jelah senang. Mak pun setuju. 11/4/2011 Aku bawak mak pegi Hospital private. Kebetulan ada surat dari klinik swasta tue ngan x ray sekali so..doktor tengok..terus buat CT Scan. Sebelum tue doktor dah cakap. Ini Kanser maglinan..masa tue mak tak dengar. Aku ngan kakak dah macam kucing beranak..berdebar2.

Masa nak tunggu result CT Scan. Mak nangis kena cucuk sebab nak masukkan ubat. huhuhuhu..sedih je..Keputusannya positif mak kena kanser. Benda tue dah merebak ke kelenjar (tahap permulaan) barah tue pulak dah sebesar 3.6cm (lebih kurang). So doktor letakkan mak pada tahap 3. Allah je yang tahu hati aku masa tue. Mula2 doktor nak refer kes nie ke HKL tapi aku minta hantar ke PPUM. Benda nie kena buat seberapa segera. Aku ingat nak pegi besoknyalah tapi mak cadangkan survey dulu jalan ke PPUM, esok takdehlah sesat barat. Mula2 tue aku mcm tak setuju sebab aku tak berapa berani. Kebetulan sampai kat kete aku tengok GPS ada dlm kete..aku cakap kat mak bolehlah pegi PPUM. Set GPS terus menghala. Alhamdullilah Allah permudahkan semunya. Takdelah susah sangat nak pegi PPUM tue lagipun kakak aku ada..dia jadi GPS kedua aku..hukhukhuk.

Dah alang2 survey jalan teruskan jelah masuk ke PPUM. Sampai PPUM, abg ipar aku dah tunggu kat sana. Acara tolak menolak pun bermula dan akhirnya sampai kat Klinik Onkologi tue pun diorang akan call utk datang jumpa doktor. Nasib baik pegi masa tue jugak kalau tak rugi cuti aku sehari. Dalam keadaan kritikal nie cuti sangat berharga. Settle kat PPUM patah balik ke hospital Private tue lagi sekali sebab doktor tue ada bagi antibiotik (untuk radang paru2) kat mak utk 2 hari je. PPUM pulak minta tempoh seminggu utk set appointment. So nak mintak tambah ubat tue bagi tempoh seminggu. Doktor tue pun kagum tengok kitaorang dari klang pegi PPUM pastu patah balik ke Klang balik....huhuhuhu.. Aku kat highway speed bleh tahan..huhuhuhu...

Sampai sekarang nie pun mak masih ber appointment lagi ngan PPUM..jumpa pakar tue jumpa pakar nie. Aku dah tak terdaya nak dengar apa2 khabar buruk dari doktor. Nasib baik ada yang boleh ganti aku..huhuhhuuhu...

Bila dikhabarkan berita tue, hidup aku rasa kosong sangat. Hidup aku memang huru hara. Sampai kena tegur ngan Azam aku dah mcm orang putus asa..termenung sana termenung sini. Terpikir kat kepala hotak aku nie mcm mana nak buat yang terbaik untuk mak supaya mak tak menderita kerana kanser tue. Hanya Allah je yang tahu betapa hancurnya hati aku. Lagi2 hari2 aku pandang muka mak..aku rasa sayu sangattttttttttt...

Mak ! walaupun apa pun terjadi aku akan tetap usaha untuk ubatkan mak. Mak mesti kuat!. Ya ALLAH aku meminta rahmatMU...Sembuhkan penyakit ibuku dan panjangkanlah Umur ibuku, janganlah biarkan dia derita kerana kanser. Amin.amin.amin.


Ini telah menjadi SEJARAH

11 April 2011

Pengasuh yang tip top...

Ok, aku masih ingat lagi Password..ehehhehhe..malas dah nak update. Perkembangan aku yang dah memang kembang nie...Diet atkins aku dah kelaut..muahahhahahampeh!.

Ok sekarang kita pegi pada tajuk asal.

Bukan senang sebenarnya nak carik pengasuh yang sangat komited chewah perkataan taknak kalah. Selalunya kalau jumpa pengasuh bagus, orang yang hantar anak pulak tak bagus (pengalaman kakak & makcik aku) pastu sebaliknyalahkan. Ini kira pengalaman aku yang kedua hantar anak kat orang yang bukan saudara. Dulu Azri mak aku yang jaga, Fahmi dengan Aqil nie memang aku hantar kat pengasuh yang takde kena mengena dengan pertalian darah.

Pengasuh Fahmi dulu tua dah umur dalam 60++ kot tapi sebab dia nak jaga aku ok je. Bila dah tua jaga pun ala kadar je (lagi2 part kebersihan), aku paham penatkan jaga budak nie lagi2 anak kita nie cerewet..huahuahua..masa nie aku tak demand asalkan anak aku sihat sudahhhhhhhh...lagipun aku yang pilih, so redha adalah terbaik. Nak pegi keje pun senang hati. Tapi bagusnya makcik nie dia rela hati basuhkan baju ngan kain lampin (masa kecik fahmi nie kulitnya sensitif kena pakai lampin kain tue baru ok) tiap2 pagi aku cuma bawak anak je, kira ok jugaklah. Sampai umur dia nak masuk 4 tahun aku dah tak hantar sebab aku hantar Fahmi pegi sekolah. Mak aku take over pulak sebab cuma setengah hari je.

Masa aku mengandungkan aqil aku mintak kat mak carikan pengasuh sebab permohonan nak jadi surirumahtakbertangga tak lulus..ekekkekke. Calon-colannya ada 3 orang yang 2 tu aku reject atas sebab-sebab undian tak cukup tertentu. Aku pilih pengasuh yang sekarang nie.

Masa pertama kali masuk rumah pengasuh nie..aku dah suka dah sebab rumah dia luasssssssssss barang kat rumah dia sangat minimum.  Pengasuh nie tak berapa  cerewet..bila-bila waktu kita hantar pun dia terima contoh klu aku keje shift dia boleh je jaga anak aku. Harga pun resoanable. Masa dia nak jaga aqil tue dia memang dah jaga anak orang umur lebih kurang 3 ++ tahun kot tapi budak nie datang on off. Sekarang nie langsung dah tak datang. Jadi dia jaga aqil sorang je sekarang. Pengasuh nie ada 6 orang anak tapi semua dah besar2 paling kecik darjah 1. Aqil kat sana jadi kesayangan, yang paling best bukan kat dalam rumah pengasuh tue je...satu lorong rumah pengasuh tue suka dengan dia. Alhamdulillah.

Pengasuh nie tak pernah cuti suka-suka hati dia. Kalau dia ada hal dia pas anak aku kat mak mentua dia jaga kejap (rumah warna hijau dalam gambar kat atas) atau kalau dia ada hal kecemasan dia bawak je aqil (aqil penah ikut balik kampung pengasuh). Kalau time raya dia ok je klu aku cuti takat 2 hari je pun. Tang tue aku suka sangat kat pengasuh nie. Pastu kakak pengasuh tue sporting gila kalau aku cuti hari tue pastu hantar aqil macam biasa dia tak kisah pun...tue yang kadang2 aku boleh dating ngan azam..ehhehhehe..

Masa aqil belum banyak gigi kakak pengasuh masakkan bubur nasi untuk aqil..dia tak berkira, tak penah pulak dia minta aku extra $$$. Sampaikan dia petik pucuk2 tepi rumah dia campur dalam bubur (pengasuh yg cakap kat aku)...oh my dot dot...pucuk apa dia bagi anak aku makan nie..hahhahhaha. Hasilnya sekarang aqil sangat suka makan batang sayur macam batang sawi batang kailan batang kangkung....pelik..kalau bagi daunnya alamatnya dia campakkan je..hahhahha. Sekarang bila aqil dah besar pastu pandai demand pulak makanannya..pengasuh tue layankan jugak. Aqil nie pulak ada tabiat tak boleh nampak periuk nasik...hahhahah..klu dia nampak je periuk nasik dia akan minta makan nasik..kadang-kadang pengasuh tue baru nak basuh periuk nak masak nasi untuk hari tue..dia dah nangis2 nak nasik tue dan dan tu jugak...terpaksalah kakak pengasuh mintak simpati dari mak mentuanya atau kakak iparnya kat belakang rumah sepinggan nasik untuk aqil..hahhahaha..sabo jelah. Pastu aqil nie suka sangat makan mee, pengasuh tue layankan juga dia belikanlah mee..masakkan. Aku tau aqil suka makan mee pun sebab pengasuh tue bagitau kalau tak aku pun tak tau aqil suka makan mee..huahuahua....

Sejak tahu lepas pengasuh tue buat part time tolong kawannya niaga kat tepi sekolah. Pengasuh tue bawak aqil sekali kalau dia pegi tolong kawannya tue.. yang aku pelik pengasuh tue cakap aqil diam je duduk kat kerusi, bagi dia mee sup semangkuk + air aqil dah suka sangat dah..Nanti klu budak2 sekolah keluar...sengih2lah dia dilayan ngan budak2 sekolah tue termasuklah ngan abang2nya(Azri ngan Fahmi).. Kawan kakak pengasuh ngan anak2nya pun suka ngan aqil....Kawan kakak pengasuh tue pun baik..apa yang aqil nak makan dia bagi je..tak payah bayar. Sampai kakak pengasuh tue cakap agaknya bukan banyak tolong jual tapi banyak tolong makan..erkkkk..Tapi selalu mak aku datang bagi duit kat aqil..buat beli jajan kat situ...ehehheheh...

Sebelum pegi tolong Kawannya meniaga..kena pegi kedai dulu carik lauk. Inilah aktiviti aqil hampir tiap hari..Pepagi dah naik motor. Tu sebab lengan aqil sekarang tan..kesan kena panahan matahari..hahahhahha...geseng!.

Banyaklah benda yang menyenangkan tentang pengasuh aqil nie,  aku nak citer semuanya mau 4 hari 4 malam tak abis2. Suami dia baik(layan aqil macam anak sendiri je gurau2..seronok aku tengok), makpak mentua dia baik..ah pendek kata panjang tak kata apa2...semuanya baiklah. Lepas nie klu aqil ada adik..aku nak hantar kat sini jugak..dah cakap ngan kakak pengasuh tue..hikkkssssss..tahun bila tak tau lagilah

Bila Kakak pengasuh nie baik, aku pun senang hati. Bila dah senang hati aku pun bertimbang rasa dari segi bayaran. Kadang2 ada dalam bulan tue aku ambik aqil lewat dari biasa aku bayar lebih ckit. Tiap kali raya ada sedikit saguhati aku bagi. Kalau aku cuti pun aku tak penah tolak duit bayaran dekat kakak pengasuh. Kadang2 klu aku singgah pasaraya sebelum ambik aqil aku belikan anak2 kakak pengasuh jajan sama mcm anak2 aku dapat.  Paling penting aku tak penah bayar lewat..kalau aku gaji 26hb kakak pengasuh akan dapat bayaran pada hari yang sama. Aku selalu beranggapan kalau aku sendiri tunggu2 gaji dari bos aku mcm tue jugak kakak pengasuh kan..mesti tertunggu2 bayaran dari aku..so aku takkan bayar lewat. AKu rasa sangat bertuah aqil kat sana..dia tak kurang kasih sayang...tue yang penting.



Ini port biasa aqil bila sampai rumah kakak pengasuh. Dengan aku2 sekali kena duduk kat sini layan2 kejap sebelum aku tinggalkan dia. Kalau mood dia baik..elok je masuk dalam rumah kakak penagsuh tak nangis..klu mood dia tak baik..meraung2 dia..taknak kena tinggal...aisshhhhhhh. Tapi dia nangis sekejap je..auta lebih, anak2 aku nie baik macam mane pun pengasuh tue..takde dia nak tinggal kat rumah pengasuh tue..kalau nampak aku memang meraunglah klu tak diambik..Fahmi dulu pun mcm tue gak..padahal semua orang layan dia baikkkkkkkkkk punyeeee. Tu aku pelik bila ada anak-anak yang nangis bila maknya nak ambik time balik dari rumah pengasuh.

Bila kakak pengasuh cakap jaga aqil nie senang tak banyak kerenah..Aku macam OMG...iye ker?..betul ker nie?...mcm tak percaya...hahhahha.. Kakak pengasuh suka jaga dia..makan tak banyak kerenah nak tido buai sendiri..eh nie betul tau..masukkan aqil kat buai bagi susu sebotol...nanti badan dia meliuk2 mcm ulat beluncas jadi buai tue akan turun naik mcm ada orang enjut..hhahaha...buai tue pulak sejengkal je dari lantai..nanti dia nak bangun senang..turun sendiri. Berdikari anak aku..hahhahaha...Tapi tue kat rumah pengasuh..klu kat rumah dengan aku jangan harap. Cerewet + manja + ngada2 ya amat budak nie. Memang pelik bin ajaib bila kakak pengasuh cakap aqil senang dijaga..hahahhaha...Bak kata azam dia taulah kat mana patut dia manja2..dengan orang manjanya lain. Alasan boleh diterima.

Ambik ko! sekali nak keluar n3..berjela-jela panjangnya..ekekkekke..hishhh..seminggu aku karang nie tau..hahhahaha..orang lain karang n3 macam nie 1/2 jam...kuangkuangkuang..


Ini telah menjadi SEJARAH