12 Mac 2011

Nie RAHSIA tau..jangan bagitau AZAM

Ntah kenapa, aku nie jadi orang takkan jadi beruk plak kan, beruk mana bleh buat belog? tak suka simpan duit banyak-banyak dalam wallet/purse/handbag dah sewaktu dengannya. Kadang2 dalam wallet ada 2 ringgit je...hahahahha belanja budak sekolah lagi banyak. Nak tengok tebal ckit wallet aku masa gaji tue pun hanya beberapa jam je..sebab lepas tue aku akan agih-agihkan duit tue selalunya untuk aku, aku tinggalkan dalam seratus je..hahhahhaha..kedekuttttttt.. Aku memang suka duit ala2 je sebabbbbbbbbbb..ada banyak kebaikkannya...Lagipun tempat keje aku dekat ngan bank. Agak2 aku nak pakai duit aku keluarkanlah seratus dua(jarang aku keluarkan lebih 200, kecuali time nak bayar duit mak ngan kakak pengasuh)

2 Hari lepas aku pegi GXXXT, dalam wallet ada 30 inggit plus plus. Bawak mak makan kat food court. Bila dah order + bayar duit makan duit aku tinggal 3 ringgit je. Sementara tunggu aku makan mak jalan2 kawasan sekitar. Lepas tue mak patah balik tempat aku makan "kak, beg2 kat situ semuanya mahal2 tak?. tapi ada diskaun 50% 70%". "ntahlah biasa2 je kot".

Bila aku abis makan mak ajak aku tengok lagi sebab tadi dia nak tanye malu. Aku pun gatal2 pegang2 tengok2 tanye2 harga..ok gak harganya..jenama pun biasa-biasa je. Ada satu beg tue aku berkenan pulak kalau ikut aku selagi handbag yang ada tak koyak atau jahanam, aku takkan beli handbag baru!  . Mak tanya aku "ko nak beli ker?". Aku jawab "takde duitlah"...hahhahha..jadah apa nak beli duit ada 3 ringgit je.  Nampak azam tengah otw ke arah aku menyerah diri nampaknya . Tanye Azam dia ada duit tak dalam..... aku cakap "pinjam boleh?" mula2 pinjam lepas tue aku cucuk jarumlah..hahahhaha..silalah abang lupa ayat pinjam tue ye..

Aku cakap nie kira bayaran dia dah sepitkan kepala aku kat cermin kete..hahahhahha..ada hikmahnya  kepala tersepit..hahhahahha..

yang penting aku dpt handbag baru!..suka suka suka.! esoknya aku dah rasmikan. Tapikan ada satu purse tue aku minat sangat tapi harganya lagi mahal dari handbag nie..huhuhuuhu..Azam offer nak belikan dulu tapi aku tolak..sebab gaji lagi 2 minggukan..taknaklah pakai purse baru nanti terasa sangap pulak sementara nak tunggu gaji. Sekarang nie aku dah terkenang2 itu purse. Budak salesgirl tue cakap pulak purse tue stok last..huahuahua. Aku cakap "nanti dah gaji akak datang sini lagi, kalau ada rezeki akak adalah lagi purse nie"..hahahhaha..sedih tak? drama lebih

Handbag sale 70%. Murah je tak sampai XXX pung. klu beli handbag mahal2 pun duit dalam ada 3 inggit buat apa..huahuahua

Ini telah menjadi SEJARAH

11 Mac 2011

Aku nie tak berapa nak kisah tapi asyik dicakap je..jadi rimas!

Aku sedar diri aku..


Yang paling gemuk aku.

Aku yang gemuk nie tak boleh puji orang kurus, nanti orang cakap aku nie jeles...so kejammmmmmmmmmm..!.. ko boleh baca apa yang aku pikir...six sence sangat ko nie. Padahal aku ikhlas betul puji orang tue. Pastu sibuk nak tau aku nie ada buat senaman ker tak..eleh ko pun baru je nak main2 badmintan jogging sikit2 dah nak berlagak! siap cakap klu setakat buat kerja2 rumah tue tak kira bersenam....sumpah aku menyampah betul!..

Hati aku jadi kecik tau. Rasa macam sangat berdosa bila jadi pompuan gemuk. Cuba cakap ada ker orang yang nak gemukl?. Laki aku pun tak bising orang lain yang tukang bising...nyampah!. Beranilah laki aku nak bising..hahhahhaha sebab dia pun sama tengok pelukkan aku tak muat muahahhahhaha..


Dengan ketinggian hanya 158cm, pastu berat 68kg sebenarnya statik je berat dari lepas bersalin sampai sekarang nie tak turun tak naik....Kalau ikut berat ideal sepatutnya maksimum berat badan aku 60kg aje.

Aku kesian ngan aqil klu aku diet, dah 2 hari aku tak makan nasi...bila dia nenen dia tak puas..."nenen abis, belah..belah"...klu dia isap belah kiri dia nak tukar belah kanan..mcm tulah sebaliknya..dia ingat susu kat nenen aku dah abis....sian kan?.

Aku sebenarnya tengah meng'usha' diet atkins, seronok plak baca belog2 pasal diet nie. Penah cuba setengah hari sebab klu petang mesti aku terbukak tudung saji kat rumah mak..hahhahahha memang ada pening2 ckit. Kena kuat semangatlah...Jadi TOLONG SOKONG AKU BERDIET.

Sekian, harap maklum.


Ini telah menjadi SEJARAH

03 Mac 2011

Mandi sungai sampai pengsan (Kalumpang Resort & Training Center) Hari Kedua

Sarapan pagi dah disediakan nie termasuk dalam pakej. So, pukul 8pagi kitaorang dah sampai kafeteria.bapak awal 

Lupa plak sebelum pegi sarapan kitaorang saje jalan2 kat belakang chalet tue..sajelah buat lawatan. Gambar pompuan gedik..hahahhha..baru bangun tido

 Nie Kat belakang chalet, sungai buatan....air mungkin dari sumber sungai gak kot..

Ada beberapa buat chalet lagi kat belakang chalet aku, nampak mcm besar ckit mungkin untuk family besar kot tapi nampak macam terbiar..tak taulah ok ker tak chalet tue. Tak silap aku chalet yang kat depan ada 3 buah semuanya ada orang yang kat belakang tak nampak orang pun.


Nielah sarapan pagi kitaorang. Nasi lemak. Makanan kitaorang dalam 2 hari nie semuanya  berhidang tau..sebab special guest....hahahha..silalah korang percaya..

Abis sarapan aku suruhlah diorang pegi mandi manda..menggantikan keterujaan yang terbantut semalam. Oh lupa nak bagitau sapa2 yang takut nak benarkan anak2 mandi sungai tanpa pengawasan bolehlah bagi anak2 mandi kat pool yang disediakan..so taklah risau anak dibawak arus sungai. Aku sebab dah fobia ngan sungai jadi tengok sungai pun aku taknak..hahahhaha...diorang kena redha jelah mandi kat sini.

Azam pun terpaksa mandi kat sini..hahhahahha..kesian...dah tu nanti sapa nak tengok aqil. Kira dalam gak kolam nie.



Diorang tengah berjemur sebab sejuk sangat..hahhahah..terketar2 bibir..cakap pun mcm ada vibrate kat mulut..


Nie jelah yang mampu aku buat..hahhahha..duduk tepi kolam diam2. Aqil tengah nenen tue. 

Aku tak lama temankan diorang mandi, aqil dah kesejukkan. Jadi aku balik chalet..mandikan aqil kasi nenen lagi tau2 dia dah tido. Azam ngan anak2 yang lain wah mcm banyak sangat anak ko parijah sambung mandi kat sungai pulak.

Rehat kejap kat chalet, pastu kemas2 apa yang patut sebab pukul 12 dah nak check out. Tapi sebelum tue makan tengahari dulu. Aqil dah macam anak Negr*..hahhahaha..bilalah nak pegi mesin rambut dia...rimas aku kerinting2..hahhahaha..

Menu kali nie Asam pedas ikan jeket, ayam goreng, kangkung tumis ngan buat tembikai. So apalagi jom makan..


Dah nak balik anak2 ajak pulak nak tengok bapak monyet, layankanlah...nampak plak itik ngan angsa. Suasananya memang tenanglah kat sini berapa kali aku ulang ayat nie.

Azam cakap "apasal ibu nampak gemuk, ker memang gemuk?" ..kuang ajak..hahhaha..sabo jelah..baju tue bila dah pakai mcm baju mengandung plak..mencik! salahkan baju lebih afdal

Nie betul2 nak balik nie. Jalan kat belakang aku tue jalan nak ke sungai..kanan kiri tue semua chalet.

Kalau korang pegi janganlah korang aspek 5 bintang tahapnya. Aku suka dengan suasananya nyaman, sejuk, tenang. Bising tue sebab pengunjung2 yang tak putus2 pastu diorang ada yang buat training kat sana. Kalau taknak menginap pun boleh masuk tapi kena bayar dewasa 10 inggit kanak-kanak 5 inggit.

Kos Keseluruhan aku kat sana, sewa chalet satu malam 200(dpt sarapan free) + makan yang di request 90 inggit, so semuanya 290 sahaja. Percutian bajet gitu. Tol pegi 11.60 balik 3.80..apasal balik lagi murah..sebab kitaorang konon nak lalu jalan dalam tapi macam sesat..hahhahahha...sabo jelah. Isi petrol 40 inggit 2 takuk je hilang.


TAMAT
Jumpa lagi di destinasi seterusnya...bajet bagus je...hahahhahah
Ini telah menjadi SEJARAH

02 Mac 2011

Mandi sungai sampai pengsan (Kalumpang Resort & Training Center) Hari pertama

Punyalah susah nak booking tempat kat Kalumpang resort nie dari tahun lepas usaha nak pegi asyik full aje.

Kebetulan awal minggu lepas try call ada plak satu chalet kosong. Apalagi booking terus. Maklumat korang boleh dapat kat sini

Sabtu balik kerja terus berdesup ke arah Tanjung Malim. Sampai Tanjung Malim hujan pulak tapikan sebab kalumpang nie area Selangor jadi bila sampai tanjung Malin patah balik lah kiranya..sekali kat kalumpang tak hujan. Syukurrrrrr..

Tol Tanjung Malim..bintik2 tue gerimis.


Jalan nak masuk Kalumpang Resort. Kalaulah malam2 suruh lalu kat sini sumpah takut. Macam tak sangka kat dalam tue ada resort & sungai yang cantik. Jalannya hanya muat satu kereta je, kalau berselisih ngan kereta lain pandai2 lah ko nak ketepi..



Nielah resort yang berjaya ditempah, kitaorang dapat yang kanan tue. Memang suasana kampung betul. Chalet nie kat luar kawasan sungai kiranya pagar lain2 dibina plak kat lereng bukit. Nyaman je. Kalau nak ke sungai jalan kaki lebih kurang 7 minit bergantung pada tahap kelajuan korang berjalanlah..nie aku agak2 je korang tak akan terasa kot berapa lama..sebab mata sibuk melilau...

nielah rupa dalam chalet tue dia bagi 3 katil bujang. 2 katil bujang tue sama taraf jadi aku rapatkan. Cukup2lah aku anak beranak tido. TV ada astrok ye. Ada bilik air sekali. Malam2 tido ko tak payah pasang aircond ngan kipas memang sejuk gila. Kitaorang bawak ubat nyamuk..ekekkekeke..

Punggah beg naik chalet, tukar2 baju terus jalan kaki pegi sungai...Memang teruja betullah. Azri nie tugas dia jaga aqil, dia memang boleh diharapkan.


Masuk je ke pintu nak ke sungai anda akan digamit oleh seekor monyet yg sedikit agresif..cewahhhhh...ayat tak boleh belah..

Gambar ada efek kabus...jangan tertipu tue asap org buat bbq tue..ahaks. Kalau dapat chalet dekat dengan sungai nie lagi best.....



Tengoklah gambar kat atas tue OVER betul azam...hahhahah..mengalahkan anak2. Tapi tulah, keceriaan tak bertahan lama. Lebih kurang 15 minit aku berendam tiba-tiba badan aku naik gatal2 macam kena ulat bulu terasa badan aku kebas tebal perit sakit. Cepat2 aku naik ke tepi lepas tue pandangan aku jadi kelam..rasa nak pitam. Aku panggil Azam..bila ingat2 balik lawak pulak. Aku suruh azam panggil orang sebab aku tak boleh nak bangun dah..tapi aku nak pegi dari tempat tue jugak, jadi azam pimpin aku sekali kedebuk...kaki mcm takde tulang dah..gelap dah pandangan mata aku...aku ingat hidup aku sampai takat tue je.

Aku diusung ke jambatan. Azam panggil2 nama aku. Aku dengar tapi tak boleh respon. Lepas 2 3 minit macam tue aku sedar dah...fuhhhhhh..nasib baiklah. Masa kejadian tue aku tak sempat nak ucap terima kasih dekat satu kakak nie ngan family dia. Susah payah angkat aku yang gemuk nie ketempat selamat..hukhukhukhuk...

Pekerja2 kat resort tue hantarkan seorang tukang urut & bagi aku selimut ngan tuala. Tukang urut tue indon..tangan dia masa mengurut tue macam besi...diorang bagi aku minum air halia suam...pastu baru aku boleh bangun...

Dah boleh bangun apa lagi jalan laju2lah balik chalet..hahhahha..malulah wei..mandi sungai sampai pengsan..hahhahahha..badan dah siap2 bungkus ngan selimut kepala plak tutup ngan tuala..wakakkakak...maluuuuuuuuuuuuu...

Aku tanye Azam berapa org angkat aku. Azam cakap 4 orang. Aku cakap nape ramai sangat angkat aku..Azam cakap "berat tau tak..". Eh berat ye..hahahhahha..perasan ringan pulak parijah nie..

Kesian anak2 ngan Azam..terencat kegembiraan diorang nak mandi sungai sampai kecut. Fobia dah aku ngan sungai. Bolehlah klu nak pegi lagi tapi aku duduk tepi jelah. Tulah kan aku punya excited tue macam susah aku nak gambarkan bila dapat pegi sana, tiba-tiba bila dah mandi sapa sangka jadi macam tu pulak. Tu sebab orang tua2 cakap jangan seronok sangat...mmmmm...

nielah satu2 gambar yang ada sebelum aku pengsan..hahhahha..sabo jelahhhhhh..versi azwan dlm hantu kaklimah balik rumah

Yang nie lepas dah pengsan..hahhahha..kepala masih ada kesan2 weng sikit. Fahmi plak jatuh masa nak balik chalet tue kesian dia luka lututnya..aiayakkkkk...macam2 hal pulak.

Tapi bila dah lama sikit, aku dah ok dah..dah boleh jalan2 sekitar kawasan jajahan..kahkahkahkah..tak serik. Layanlah anak2 nak tengok mini zoo katanya..nie memang zoo yg sangat mini takat ada 2 3 ekor burung , itik, angsa ngan monyet..tue je pun...






Aqil nie kalau disuruh buat acara bebas memanglah  pelik2 yang dia suka explore...tau2 dia pegi panjat jip nie pulak..hahhahhaa...Azam suruh dia turun dia taknak...apakah?..
Pukul 8 malam kita ada dinner...yang nie azam yang siap2 reqeust kat resort nie sebab malaslah nak keluar carik makanan lagipun ngan jalan nak masuk tadi macam misteri nusantara je..seram..makan je kat kafeteria nie..senang.
Menu biasa-biasa je. Ikan kembung goreng, ayam masak merah, taugeh masak lemak ciliapi, ulam2 sambal belacan ngan buah oren...bolehlah buat alas perut...ayat macam tak redha jekan..hahhaha..jahat.

Malam takde aktiviti apa2..just rehat2 layan anak2 kat chalet. Nak keluar pun gelap, ada bunyi-bunyi yang erkkkk...ker aku je yg dengar Azam selamba je. Kat kafeteria tadi tue ada sesi karaoke sampai pukul 12tengah malam..so kitaorang dengar sayup2 je suara org nyanyi.


Masa aku tido lagi sekali aku kena gatal2 tue..habis kaki aku perit, kebas tebal..hukhukhuk..tapi nasib baik kena kat kaki je tak naik ke badan. Aku ingat aku nie memang alergic kat air sungai tuelah sebab bila balik aku mandi air paip biasa terus surut rasa kebas ngan gatal2 tue..


Nanti aku sambung hari esoknya

Ini telah menjadi SEJARAH