22 Februari 2011

Demam itu indah

Minggu lepas ahad 13/2/2011 aku ada dinner company. Sabtu aku dah rasa lain macam kat badan tapi masih gigih balik kerja pegi carik baju dinner kat GM Klang. Sampai rumah mak terus melepek terus. Badan terasa sangat panas kepala nyut nyut. SAKIT!.

Parah. Sampai ke petang aku tak boleh bangun. Mak talipon Azam. Balik keje Azam terus balik rumah mak. Bila dia pegang aku..terkejut dia sebab badan aku panas sangat dan yang sangat menakjubkan aku tak rasa panas + siap berselimut tanpa pasang kipas pun. Padahal aku nie jenis yang tak tahan panas. Azam cakap kena pegi klinik masuk ubat bontot. Jadah apa tua bangka nak masuk ubat kat bontot. Aku cakap kat azam pengsan doktor yang nak masukkkan ubat bontot klu tengok bontot aku yang berkerak tue..hahhahhaha..Cis buat lawak betul.

Ahad tue aku pegi jugak dinner lepas telan upmol 650 ubat apa ntah doktor bagi kat aku macam takde efect langsung kat badan aku tapi aku paling selekeh..hahhahah..pakai baju kurung je sebab malas nak gosok baju yang aku beli...huahuahua..janji aku datang tunjuk muka. Selera makan memang outlah. Sekarang dah baik baru teringat udang goreng tue..nyum nyum...hampeh!

Azam suami terbaik. Layanan masa aku demam first class. Tolong basahkan dahi aku. Layan aku makan..buatkan milo. Jaga sikunil aqil. Nasib baik masa aku demam jatuh hari off dia. Kalau tak sila lah ko layan diri ko sendiri..hukhukhuk..

Dinner aku dapat kipassss lipas..kuikuikuikui..Masa dinner ada yang tanye aku tak bawak kamera ker..ehehhe..sebab apa tau diorang tau aku nie  mana2 pun bawak kamera..macam pelik pulak tiba2 dalam event besar mcm nie aku tak aktif main flash..hahhahaha....mood takde nak main2 tangkap gambar..so redha je tahun nie paling tak meriah ngan gambar


Ini telah menjadi SEJARAH

11 Februari 2011

Zaman tue dah berlalulah wei...



Tiba-tiba ada org say hai pulak kat fb. Ngeri!. Pulak tue nak berkenalan?..sorry wei..zaman-zaman nak berkenalan dah berlalu. Aku pun bukan single nak kena carik kenalan baru buat laki kecuali pompuanlah tue pun tengok gak pompuan yg mcm mana. Lelaki aku taknak!...aku rejek sebab totally aku tak kenal langsung itu orang plus mukanya tak bleh blah..hahhahha...klu ensem bleh gak aku pertimbangankan..hahahha..dasar!

Ini telah menjadi SEJARAH

10 Februari 2011

Menara Kolumpo (CNY 2011)

Lepas Habis ronda-ronda Taman Burung. Aku ajak Azam pegi Menara Kolumpo..teringin bebenor rasanya nak nengok pemandangan dari atas tue. Set GPS...tak sampai 15 minit sampai dah.  
Tiket naik ke Menara nie agak  mahal mencekik darah jugak..Dewasa 38 ringgit kanak-kanak 28 ringgit. Aqil free lagi. So kiralah berapa RM yang telah dilaburkan semata-mata nak naik Menara Kolumpu tue yang tak sampai 20 minit pun kat atas...Huahuahua... Tapi oklah memberi pengalaman menarik jugaklah....ayat Azam "takpehlah sesekali"....bila mengenangkan duit yang perlu dibayar kat tiket tue...hahhahahha

Ketinggian nak ke pelantar pemandangan adalah 276 meter. Telinga ko siap terdengung kena telan air liur banyak kali..ehehheh...Fahmi tengah kepekakkan telinga..hahahhahaa..


Aku dapat capture masa lif turun pada ketinggian 200 meter.

Azam saje sabotaj gambar-gambar aku kat atas menara tue. Habis semuanya gelap..cis betul..alasan dia ada cahaya matahari. Gambar-gambar kenangan adalah seperti dibawah:- hahahhah..poyozzzzzzz









Nie pulak gambar-gambar pemandangan dari atas pelantar pemandangan.








Dah jom anak2 kita turunlah...yang ada kat atas tue cuma kedai cenderahati ngan  5 set binokular automatik yang boleh tengok benda jadi besar..kalau tuju kat pool hotel tue boleh nampak orang mandi berbikini dengan jelas.... silap gaya..sterch marks kat perut pun bleh nampak..ekekkekek...

Cantik tak kubah nie?. Kubah nie direka berdasarkan kesenian senibina masyarakat islam tradisional bercirikan gaya muqarnas. Rekaan nie berasal dari Iran.info dari pamplet yang dibagi..apa ko pikir aku nak hapal2 info nie..tolongggglah..hahhahhah.. Hiasan nie ada kat pintu masuk ruang legar lif. Memang cantik. bling.. bling..

Sebenarnya dengan harga tiket yang dibayar masa nak naik pelantar pemandangan tue ada 3 lagi tempat menarik perlu dilawati. Kira pakejlah..1+3. belasahlah labuuuuuuu....apa yang menarik kat KL tower Animal zone nie..Jom kita terjah..memang dasar kawan2 ngan binatanglah...hahhahaha kebetulan yang bagus mana2 je mesti tengok binatang.. Menarik jugaklah dalam tue, walaupun tempatnya kecik je..

Macam-macam binatang ada kat dalam nie. chipmunk pun ada, cute gila. Lupa plak nak ambik gambar.



Tu jer yang larat di fokus...klu camera kat azam memanglah..tunggu dicakap baru nak ambik...hampeh..

Tempat nie pulak dapat naik kuda. Kanak2 dapat naik kuda single klu orang dewasa dapat naik kereta kuda(yang nie aku malas nak tunggu). Bagi anak2 jelah naik kuda.

Ala dia naik takat dua pusing yang tak sampai pun 5 minit. hahahhha..jadilah buat geli2 bontot kat atas kuda tue..


Tempat akhir sekali..adalah..Pameran F1. Masuk sekejap je ambik gambar keluar balik. Sebenarnya kat dalam nie ada game tapi untuk org tinggi jelah sebab kena masuk kat kete F1 tue. Takat anak2 aku tue memang tak lepaslah ketinggian yg ditetapkan, so malas nak tunggu...

Jomlah kita balik..dah petang nie..perut pun dah kebulur dah nie....Badan pun dah penat. Aqil pun dah mula nak meragam sebab tak cukup tido..ehehhehhe..
Alhamdulillah perancangan terkejut yang sangat menjadi. dan yang paling menjadi poket hampir rabak ..hahhahaha Walaupuan keluar rumah agak lambat & sempat pegi 2 tempat je. Jadilah dapat bawak anak-anak, mana tau nanti cikgu sekolah Azri ngan Fahmi suruh buat karangan pengalaman cuti sekolah..bolehlah dia citer hahhahha..ada lagi ker cikgu2 suruh buat karangan macam nie?.. teringat pulak zaman2 sekolah dulu..tajuk karangan yg wajib..muahahhahha...

Lain kali nak terjah Muzium negara & Tugu negara pulak. Tunggu ada cuti panjang biar org2 KL balik kampung baru boleh terjah KL lagi. silap gaya kena tunggu raya cina tahun depan..hahhahahha..


Ini telah menjadi SEJARAH

09 Februari 2011

Taman burung Kolumpo (CNY2011)

Kenapalah kemalasan melanda dengan teruk nie!. Banyak peristiwa2 yang patut aku catat kat sini ..akhirnya cerita pun basi dan aku tak sampai hati nak hidangkan kat sini. Hanya memori aku tempat simpanan yang layak untuk cerita2 basi tue..hukhukhuk...

Abis dah citer malas2 nie. Nie nak citer pasal percutian free 4 hari 4 malam kat rumah sendiri..ahaks. Sebagai memenuhi permintaan mak budak, Azam bawaklah kami anak beranak pegi KL. Fuyooo..pegi KL..advance dah Azam..pestime nie sebab ada bantuan minah GPS..ehehheheh..kalau tak ko jangan mimpilah tayar kete nak jejak ke jalan2 kat KL tue..

Korang tau tak, percutian yang menarik bagi orang2 yang ada anak dibawah 12 tahun ialah dengan melihat binatang2 secara live. Tu sebab aku kalau bercuti lebih minat pegi Z00, Taman Rama-Rama, Taman Buaya...

So, TAMAN BURUNG adalah pilihan yang bagus..aku rasa. Seronok betul jalan2 kat KL time cuti panjang nie. Jalan tak sibuk, salah jalan boleh main celok2 je..ohhooooo.. Kat TAMAN BURUNG yang ramai pelancong asing je.

Azam beratur beli tiket. Harga tiket boleh tahan mahal kalah masuk Z00. Dewasa 20 ringgit & kanak-kanak 10 ringgit. Aqil free.
Keterujaan!. Anak2 happy makbapak 24 kali happy. Kira berbaloi baloilah masuk sini. Kawasannya besar, cantik & terurus. Burungnya jinak2. Cuma kena hati2 takut taik burung jatuh dari langit..hahhahaha..

Kolam ikan pun ada banyak gak tapi sedikit kecewa sebab masa tue semua mesin beli makanan ikan rosak.

Gambar-gambar kenangan kat Taman Burung. untuk tatapan cucu cicit..hahahhahha..

biarkan anak tue merayap sendiri sampai nak masuk dalam sangkar burung..hahhahah..makbapak tetap pose romantik..bluekkkkk..

couple poyo..hahhahha..siap warning anak lagi kalau ambik gambar nie tak cantik siaplah..hahhaha..





eksen je budak nie pegi kejar2 burung sekali burung tue patah balik nak patuk dia. terus terkejuzzzzz..hahhaha...lawak tengok muka aqil panik...burung tue besar dia oo..

Gambar-gambar burung yang sempat di fokus oleh camera.









 Gambar Landskap betul ke aku eja nie..belasah yang cantik


lelaki bertopi tue bukan maskot landskap taman burung ye..hahhahha..tu laki aku..



Alamak tak banyak rupanya landskap yang cantik2 yang sempat difokus oleh kamera. Tapi kat dalam tue memang cantik tertarik ko memang debom..bagi akulah.

Habis dah lawatan ke Taman Burung. Lepas nie ke.....???




Ini telah menjadi SEJARAH