31 Januari 2011

Suspek kedua .....kenapa aku sakit belakang macam nak bersalin?

Macam bibir Angelina Jolie tak?..hahhahahha..hampeh!..

Sejak aku puasa ganti minggu lepas (dapatlah 3 hari), aku perasan sakit belakang aku dah hilang..totally hilang terus.

Apa kaitannya ngan bibir aka mulut aku?

Betullah makanan nie kadang-kadang boleh jadi racun pada badan kita kan? Aku nie jenis perut sentiasa penuh. Sarapan tak penah skip, lunch tak penah skip, makan malam pun tak penah skip sebab aku bagi alasan anak aku menyusu badan padahal anak aku menyusu malam je pun pastu aku makan bukan setakat nak kenyang tapi makan macam ada perewang akak bela hantu raya ohho.  Bahananya aku sakit belakang mungkin sebab tulang belakang aku dah tak boeh tampung berat badan aku sendiri senang cerita terlebih beban!.

Tekad aku kena jaga makan. Plan aku bila aku dah habis bayar hutang puasa lepas nie aku boleh shopping barang2 raya tanpa rasa bersalah..ohho.... aku akan teruskan puasa sunat pulak isnin khamis. InshaAllah. Aku tak pandai nak kawal apa yang  aku makan hari-hari,  aku gantikan dengan puasalah, senangkan?.

Sebenarnya nie pun salah satu kaedah nak turunkan berat badan aik parijah nak kurus ker?. ohho..teringin gaklah nak kurus balik..ehehehhe..

Selingan sedikit pasal puasa ganti..

"ibu, hari nie ibu puasa lagi ker?"

"puasa"

"ibu, puasa 30 hari ker?"

"taklah, ibu puasa ganti"

"puasa ganti tue apa?"

"abang, ingat tak orang pompuan sebulan sekali Allah kasi cuti sembahnyang?..macam tue jugak dengan puasa. Masa puasa sebulan tue ada hari yang ibu cuti puasa. Kalau cuti sembahyang tak payah ganti tapi kalau cuti puasa kena ganti.."

"ooo, masa ibu kena sakit perut tue ye"

"iya.."

"bestlah jadi pompuan..abang nak jadi pompuanlah..nanti ada cuti sembahyang"

"abang nak rasa sakit bersalin macam pompuan?"

"taknak"

"dah tu mcm mana nak jadi pompuan, kalau abang taknak rasa sakit bersalin sebab pompuan kena mengandung pastu keluarkan baby pulak"

"tak jadilah nak pompuan jadi lelaki jelah.."

Haahhahahhaha..macam2 budak nie...ala bang ko suruh sunat pun asyik berdolak dalih je ada hati nak jadi pompuan yang kena sakit bersalin tue..mmmm...

Ada anak lelaki macam nielah takleh aku nak citer hari berdarah orang pompuan. Aku takut dia lagi konpius. Kena kasi ajar ayat yang mudah dia paham.



 Ini telah menjadi SEJARAH

21 Januari 2011

Aqil 2 tahun sudah.......

20/1/2011
Balik pukul 3ptg aku terus beli kek haramjad abg jon tak bagi cuti wel wel. Balik rumah dulu tolong mak buat kluban(kerabu). Nak buat nasi ambeng sempoi. Takde arrange party2 melotop buat cara kampung je...hahhahhaa..kesiankan ?..Takde dalam sejarah aku buat party besday nie. So anak2 pun aku tak layan klu nak buat party nie..setakat beli kek buat makan2 ringkas ok. eh tu bukan party ker?..hahahhah

Excited Aqil nak tiup lilin..ehehhe. Baru idupkan api lilin dia dah tiup..hahhahha..berapa kali da nak idupkan. Separuh kek disponsor oleh Atih..




Ok, baru boleh tiup. Dah 2 tahun aqil rasanya macam baru semalam ibu dokong aqil dengan sebelah tangan. Sekarang kalau nak dokong aqil memerlukan kudrat & kederat yang banyak..ehehehhe..


Potong time. Kalau dah namanya budak2 teruja je bila ada acara potong2 kek niekan. Tak terkecuali budak paling kecik separuh badan masuk gambar tue..ekekkekkek. Fahmi nie paling over asyik dia je gila kuasa nak potong kek orang aritu kek besday azam pun dia nak tolong potongkan. Pastu siap posing macam kek tue kek besday dia..hahahhaha..



Yummy tak kek nie? Aku kalau beli kek..biarlah decoration dia tak cantik tapi rasanya sedap baru puas ati. Tapi kalau deconya cantik rasanya pun secantik deconya tue kira bonuslink. Harap2 kek nie ada lagi dalam peti ais kat rumah mak..balik keje nanti aku nak membedal lagi.


Besday boy tengah merasa kek sendiri. Sedap tak aqil?. Dah 2 tahun nie perangai pun boleh tahan kekwatnya. Salah sikit melepuk orang je kerjanya. Ringan betul tangannya. Kaki pun lebih kurang sama. Kadang2 gerammm..grrrrrr..


Habis makan desert chewah desert katanya. Yang ditunggu-tunggu pun tiba. Makan nasi ambeng sempoi. Ingrediant nya kerabu mabeles, ikan masin bulu ayam, telur rebus, ayam goreng, tempe goreng & ikan goreng. Mesti gaduh2 lawak kalau makan nasi kat dulang nie sebab bila kita elok kumpulkan nasi+kerabu+cebis ikan masin...nanti ada je yang selamba ambik nasi kita..ehehhehe..tengok2 nasi dah tak jadi bukit..hahahhahha.."oit selamba je ambik" "eh, ko punya ye..tak perasan.."..hahhahah..memnag selalu jadi mcm nie. Meriah!!

Close up cikit. Makan atas daun pisang aka pelepah pisang..hahahhahha..pemalas lipas nak potong pelepah tue...


Tengok sampai terjulur pelepah pisang tue..hahahhaha...ganazzzzzz..Aqil berlakon je makan padahal dia makan  telur je, 3 bijik dia pulun sorang...


Nie aktiviti sampingan. Selamba jekan abang ayeng pakai tuala kalaulah tertanggal tuala tue tak ker haru. Nak buang separuh dahan pokok kuinin tue sebab dahannya dah jadi tempat monyet buat terjun tiruk kat bumbung rumah. Dah macam duduk kat utan ada monyet, padahal kilang kanan kiri. Monyet tue boleh masuk rumah tau..pastu habis semua makan2 atas meja silap gaya monyet tue boleh bukak peti ais.

Kena tarik dengan tali sebab takut dahan tue jatuh atas bumbung jahanamlah bumbung tue nanti. Tu pun ada yang penyek hujungnya..
Ini telah menjadi SEJARAH

18 Januari 2011

Suspek utama .....kenapa aku sakit belakang macam nak bersalin?

Agak-agak..... aqil buat apa kat atas aku tue. Gaya kegemaran dia bila nenen. Mengambil alih posisi bapaknya..hahhahahha. Dah macam pesalah jenayah gambar siap blur kan..ehehhehe...






Selalunya macam nielah. Sampai dia tertido atas aku. Gaya nie jugak dia apply masa tido malam. Lenguh tangan aku halang dari dia tergolek kebawah selalunya aku sendal ngan bantal kanan kiri.


Lagi beberapa hari aqil nak masuk 2 tahun badan pun boleh tahan. Maknanya selama 2 tahun dia tido atas aku (bukan sepanjang malam tapi boleh dikatakan 70% masa tido dia kat atas badan aku) tue sebab sekarang aku dah mengalami sakit2 badan sebab posisi tido yang tak betul. Dulu masa Fahmi dia suka sangat mengempeng aku (posisi aku mengiring aje sepanjang malam) pun aku mengalami masalah yang sama sakit belakang. Sadis betul...

Azam dah bagi hint..aqil dah 2 tahun so kena stop breastfeeding..huhuhuhuhu. Aku ok je tapi ...bila malam2 dia nak susu abang bangun buat susu yeeee....

So dari n3 nie aku nak simpulkan sebenarnya aku tak 'meteng' (mengandung). Aku kan suka je buat kecoh. Kasi test jantung Azam..ehehhehe....

Ini telah menjadi SEJARAH

15 Januari 2011

Bukan tak suka tapi tak sedia...........

Terbaca post akak nie. Aku harap aku tak jadi sampai macam tue sekali. 

Baru-baru nie aku diserang sakit belakang terutama pinggang yang agak menganggu. Ada sekali tue azam tegur aku "kenapa bu, sakit pinggang ker?" sebab dia nampak aku sambil jalan tapi tumbuk2 belakang ngan tangan multitasking kan?. Sumpah sakit macam tengah mengandung dan nak bersalin. Masa tu aku tak terpikirlah. Bila dah 2 3 hari masih jugak sakit..aku terpikir..gluppppppp..betul ker nie..terus sms Azam. Siap suruh dia pegi beli pregnancy test. Aku ngan Azam dah panik...gilo. Azam tanya aku....

"kalau ibu tak sedia, boleh buat apa?"

"buat apa?, takkan nak buang" maksud buang tue gugurkan...walawei tak pernah terlintas pun selama nie nak buat benda2 macam nie..

"hish, janganlah... sayang"

"dah rezeki Allah nak bagi terima jelah"

Macam2 persoalan kat kepala otak aku lakibini. Sapa nak jaga? cukup ker perbelanjaan? nie yang paling penting, boleh ker aku handle 2 orang anak kecik? yang besar takyah kira dah boleh urus diri sendiri dah. Sampai azam cakap berenti keje jelah jaga sendiri anak2 kat rumah..ohhoooo!...cita2 ku hampir tercapai.

Azam siap kira bila aku due..hahhahhahha...padahal ujian klinikal belum dijalankan ...hahhahahha..

Kalau ikut target aku sebenarnya..sekurang2nya lagi 2 tahun dari sekarang baru aku bersedia. Aqil pun dah besar mungkin dah tak nenen aku lagi masa tue. 

Agak-agak aku mengandung tak ye?....................

Ini telah menjadi SEJARAH

08 Januari 2011

Aku kongsikan peristiwa yang mencalar kemeriahan majlis.

Aku dah post kat fb tapi sekeping je. Kat sini lebih selesa bercerita dengan penuh perasaan. Kejadian ini dalam pukul 2 ker 3 petang macam tue. AKu tengok macam kecoh je aku pun kepochi sama nak tau apa bendanya. siap bawak kamera tue dalam hati boleh buat modal tulis belog kihkihkih..Sekali pegi tengok terus ternganga. 2 bijik kereta sekali kena. Kereta nie pulak kepunyaan adik beradik depan abang belakang adik (klu tak silap akulah) ipar pakcik aku yang punya. Aku ingat pecah je takde barang hilang sekali aku tanye...glupp..Henbeg ada kat dalam tue dengan duit cash RM1000 oooooo...patutlah kene pecah pencopet nie dah bau dah...pencopet nie deria bau dia macam anjing

Saksi yang tak berapa pasti cakap ada ternampak 3 orang budak melayu naik motor 2 bijik berlegar2 kat kawasan tue tapi takdelah suspek apa-apa. Yang paling best pencopet tue memang betul2 berani sebab kereta tue parking betul2 depan rumah orang hanya 3 ker 4 langkah je dah boleh masuk rumah orang tue. Pastu yang paling best lagi budak bangla jaga kedai sebelah yang kena marah + hampir kena belasah...hohohohoho.. sebab boleh tak perasan ada org pecahkan cermin kereta tue. Terketar-ketar budak bangla tue jawab "saya tak nampak bang, saya duduk dalam mana nak nampak".Tapi agaknya mana nak dengar dengan sound system karaoke yg kuat masa tue kan...




Ini kereta kedua yang kena. Cermin belakang yang kena pecah sebab dia nampak henpon mahal kat seat belakang tue..anggaran dalam RM1000 gak. Polis datang tak lama lepas tue. Polis cakap kat Pakcik aku, masuk kejadian nie dah 5 kes yang hampir serupa kat kenduri kawin kawasan sekitar kampung aku tue. hmmmmmmm..

Moralnya kita sebagai masyarakat jangan menggalakkan jenayah. Mangsa bagitau dia nak pegi kejap je kenduri tue jadi malas nak bawak henbeg jadi diselitkan bawah karpet kereta. Kalau ikut tempat yang aku tengok tue memang tak sangka ada beg kat bawah tue tapi klu dah namanya pencopet hidung anjing memang dia tau jelah.....


p/s seronok plak boleh bagi gambar2 besar nie..klu tengok muka orang bleh kira berapa kedut ngan jerawat batu yang ada..hahhahahhah

Ini telah menjadi SEJARAH

06 Januari 2011

Perkahwinan terakhir dalam keluarga aku-bah 3

Selamat bertemu lagi. Masuk bahagian ke 3 cerita ini. Tapi nanti rentetan peristiwa aku buat tajuk lain. syok sendiri nie.

Sorry ye sapa- sapa yang nak baca belog aku tiba-tiba dah tak dapat dikesan sebab aku dah tukar URLnya. Konon nak lebih komersil walaupun sebenarnya yang baca belog aku nie hanya 4-5 orang je sebulan..hahahhahha...kesian kakak parijah syok sendiri .

5 haribulan dopblas. Suasana pagi memang mendamaikan. Masa nie Baru pukul 8-9 pagi. Makcik-makcik yang merewang dah datang. Gigih makcik-makcik nie.



Khemah khas untuk karaoke. Tengah setting. Team karaoke yang supporting walaupun penyanyinya ada kedengaran hazabedah ckit..hahhahahha...





Khemah khas untuk masakan terbaik dari ladang. Jiran-jiran & sedara mara yang bergotong royong menjadikan majlis berjalan lancar dan sangat manis dikenang.




Khemah meletakkan cenderahati untuk tetamu. Kakak ipar yang gigih dapat 2 ringgit terus gigih ..hahhahahhaha.. nampak tak 2 ringgit kat dada berbentuk rama-rama tue..





Tengah susun lauk pauk untuk santapan tetamu. Alahai laki sapa yang rajin sangat tue. Bersongkok bagai hahahhahha...songkok pinjam plak tue..opsss....hahhahaha..







Sebahagian lauk pauk yang ada. Semuanya sedap-sedap. Sampai tak tau nak makan yang mana tak sempat pun nak rasa semua tak rasa tapi tau sedap..hahahha..penipu punya parijah nie... eh aku kan ada aura perasa hahhahha..bz aje..keadaan tetamu yang datang sama mcm malam tue. Bila dah penat ko hidang ayam golek pun aku tak heran ye ker kak parijah?









Sebelum tercekik sebab ramai tetamu datang baik kita mencekik dulu..hahhahahha...Ini patutnya sarapan tapi aku buat macam makan tengahari..hahahhaha..nasi minyak pagi2 celik. Tapi nasib baik aku makan nasi minyak nie pagi-pagi celik sebab lepas tue makan tengahari aku pukul 4 petang...fuhhhhhh..menggigil cacing2 dalam perut aku dan hampir terbunuh cacing tue..nasib dpt diselamatkan klu tak jadi pembunuh aku nie...hahahhahha.












Diorang bersanding pukul 12.00. Memang saje cepat2 takut hujan. Kalau hujan diorang bersanding kat bilik jelah gamaknya. diorang memang sukalah klu suruh duduk dalam bilik 




Mak menepung tawar anak terakhirnya. Sayu pulak aku tengok gambar nie kalaulah arwah abah ada............




Nie acara seterusnya. Acara tabur gula-gula dengan duit syiling. Ko tengok gambar yang aku bulatkan. Dia 2 orang jer kecoh lebih hahahha..over bapak2 budak nie. Diorang tue sepupu aku.





Kan aku dah cakap...tak sempat nak ditabur dia pegi seluk sendiri kotak tue..hahahhah..gelojoh tau..hahhahahha...Padahal anak2 sepupu aku nie relak je duduk tepi tengok bapak diorang nie meng-over. hahahhaha...Happening ooooo..syok abis..aku tukang jadi pompom girl jerit2 panggil budak2..hahahhah..DJ nak bagi mic aku malu nak ambik..hahahha..poyo lebih..





Cantik tak teratai kat parit tue?...gambar tak bermotif mcm nielah...ehehhehhe...saje nak mengasah bakat yang tak berapa nak timbul nie...sumpah gambar nie sampah jer...hahahhaha


nie pun gambar mengasah bakat..hahhahahha...oklah nie daripada gambar kat atas...hahahhaha.. comel2 belaka anak2 nie...terutama anak akulah..hahahhahahha..

 Oklah jumnpa di segmen lain ye..bye bye..lambaian ala2 mis world..muahahhahha..

Ini telah menjadi SEJARAH

05 Januari 2011

Aku takde mood lagi..

Aku takde mood lagi nak update ini belog....

Kalau nak ikutkan hidup aku 2 bulan kebelakangan nie sangat happening berani cakap tak happening?..tue dah kira tak mensyukuri nikmat kan? banyak benda aku nak cerita tapi mood tak mariiiiiii pulak.

Citer kawin Ateh pun tertangguh nie, aku ingat lagi 1 bahagian selesailah. Jiran suruh download lagu korea pun tak buat lagi nie dah nak masuk 3 minggu..hahahhaha..sorrylah jiran saya buat2 sibuk tak sempat nie.

Kerja aku pun kucar kacir sekarang nie maklumlah cuti panjang bebenor. Tapi masih under control lagi. kalau tak masakan aku ada peluang berfb & khatam belog2 wajib tonton kuikuikui.



Ini telah menjadi SEJARAH