23 November 2011

Tulang aku cedera rupanya..

Kesian kan tulang cedera pun aku tak tau. 

Dalam pada bizi kononnya tue sempatlah merayau belog ke belog.  Multitasking kate ko

2 tahun 10 bulan yang lalu, lepas aku lahirkan Aqil, Aku mengalami sakit kat tulang belakang tapi kat bawah sekali. Kalau orang jawe cakap kat berutu. Istilah yang betul ialah tulang ekor dan bahasa terbelit lidahnya sainsnya ialah COCCYDYNIA. Sumpah aku tak tau sebut . 

Bila baca artikel dari DR ZUBAIDI HJ AHMAD, pegawai perubatan senior di KUMPULAN PERUBATAN PENAWAR SDN BHD, rupanya aku  mengalami sakit tulang ekor nie. Boleh aku katakan sakit yang amat sangat. Kalau dah telentang memang hazab gila nak bangun nak pusing mengiring pun seksa, boleh menitis airmata. Kalau berdiri kat singki tulang aku boleh bunyi2 bila aku tukar posisi berdiri. Mak aku siap urut-urut tapi sakitnya sikit pun tak kurang. Masa tue tak terpikir langsung nak pegi Hospital dapatkan rawatan, aku pikir mungkin sakit biasa yang di alami bila lepas bersalin. Macam baru pertama kali bersalin plak..hahaha. Bersalinkan banyak tulang2 kita jadi sakit2.  Sangat jujur kat situ..ehehehe.

boleh korang bayangkan betapa sakitnya..hargailah ibu & isteri anda ..pesanan khidmat masyarakat.

Sakit nie takde ubat ye, pain killer je yang boleh kurangkan sakit, tue pun sementara je. Selalunya sakit nie akan baik sendiri dalam masa 6 hingga 8 minggu. Seingat aku, masa aku habis pantang, baru sakit tue beransur-ansur hilang. Bayangkan selama 44 hari aku tanggung sakit..fuhhhhh. Tapi masa tue aku cuma berharap takde yang serius terjadi kat tulang belakang aku. 
sakitnya memang kat area yang warna merah tue..tapi tue bukan bontot aku ye..harap maklum.

Masa aku darjah 6 (kalau tak silap) pernah aku ikut rombongan sekolah ke air terjun gabai, masa tue aku berdiri kat satu batu lepas tue tergelincir jatuh terduduk. Melecet bontot aku. Lepas tue baru aku sakit tulang ekor berbulan-bulan aku rasa. Sakit tue hilang beransur-ansur jugak. Tapi yang pasti lama sangat aku sakit kat tulang ekor tue.  Nak duduk seksa nak bangun seksa, duduk salah parking boleh bunyi tek tek tulang aku (bunyi macam kita letupkan jari lenguh) Aku citer nie pun tulang aku rasa ngilu..eeeeeee.. 
yang kat tengah tue normal. Kiri kanan tue tak normal.

Masa bersalinkan Azri ngan Fahmi setakat sakit pinggang biasa je. Ker masa aqil aku terlalu kuat meneran sebab budak tue aku teran sekali dah keluar. Punyalah kuat berusaha..huwaaaaaaaa. Tak tau pulak akan effect kat tulang ekor. Tau aku teran sopan-sopan. Masa tak boleh diundurkan parijah redha jelah . Atau sebenarnya tulang aku mereput atau bahasa indahnya Osteoporosis. erghhhhhh..susu pleaseeeeeeeee...oh kirim salam aku nak minum

Bila part yang last dalam artikel DR ZUBAIDI tue aku jadi seram. Seram nak beranak  lagi. Takkan kena ceserean. Eh, tapi patutnya aku dapatkan pengesahan dengan doktor dulu. Ini baru baca artikel dah pandai nak buat jangkaan sendiri..uhhuuu...bukan apa dulu nak jadi doktor tapi belajar tak pandai..hahahhaha..

Maklumat lanjut boleh baca artikel DR ZUBAIDI nie.


Baca banyak kali tajuk tue tetiba aku baca SUP TULANG EKOR..hahhahahhaampeh je.

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

HappyIrfa berkata...

GI CHECK LA..TANYA DOKTOR APA PERLUA KO BUAT?RAWATAN APA YANG PATUT KO BUAT.AKU KAN SAKIT BELAKANG TU ARI..GI FISIO SO FAR SEKARANG SAKIT TU JARANG2 JE DATANG..JANGAN DAH MELARAT BARU NAK CARI UBAT ..AKU CAKAP NI BUKAN APA..BADAN KITA NI NAK PAKAI LAMA

Cikja berkata...

irfa sekarang dah tak sakit dah just sakit pinggang biasa2 je. dah tualah katakan..:)

Tu sakit masa lepas aku bersalinkan aqil. Esok klu aku pregnant lagi mesti aku citer ngan doktor history aku..