10 November 2011

Tempat lepak


Sejak akhir-akhir nie kepala aku ada bergoyang-goyang sikit kadang-kadang rasa nak pitam boleh berpeluh-peluh tiba-tiba. Nape ye?. Aritue pegi klinik check tekanan darah ok je normal kata tuan doktor. Makan rasa mual tapi tak muntah, nafsu makan pun macam orang membela..ahahaha. Oh jangan suspek aku mengandung pulak ye. Kalau ikut firasat aku, aku tak mengandung sebab...biarlah aku simpan sendiri..ehhehehhe...

Tempat aku menghabiskan masa bila kat opis muahahhaa.. lepak kat facebook. Syok o masuk page nie. Page nie page tertutup pastu semua pompuan, jadi ko tau betapa happeningnya..wallah..hahhahah..aku boleh gelak sorang-sorang macam orang gila depan PC baca komen-komen kat sini. Semangat je diorang nak kurus ada yang share menu diet, cara-cara senaman, ada yang gigih diet pastu bila berjaya tue aku kagum siottttt. Kental betul diorang. Banyak jugak yang pasrah..hahahhaa. Aku jadi pemerhati je. Nak join jiwa tak kental..ehehhehe..


Tempat kedua nie aku suka tengok gambar-gambar je. cantik-cantik belaka semuanya. Sejuk mata memandang. Tapi aku tak berapa minat hiasan macam nie apply kat rumah aku sebab aku PEMALAS..hahaha..boleh?. Aku penah baca kat satu majalah, wartawan tanya tuan rumah yang apply konsep ENGLISH SYTLE nie kat rumah dia, bile masa dia bersihkan rumah semua. Kalau ikut logik orang berkerjaya mana sempat nak buat tue semuakan. Tuan rumah tue cakap setiap hari dia akan tido 2 pagi pastikah semua barang2 hiasan dia tak berhabuk & bersawang. Fuhhhhhhh..gigih kan?. Aku kagum dengan diorang semua yang suka hiasan macam nie.


Yang terbaru aku join page GENG MESIN JAHIT, pun best jugak. Ada yang buat tutorial nak buat baju, beg, tudung n macam -macam lagilah yang berkaitan mesin jahit nie. Semua tak kedekut ilmu, walaupun diorang  semua nie jadikan jahitan nie satu bisnes. Ada yang buat kutu nak beli mesin jahit. Waaa..bilalah idaman aku nie boleh dapat.


Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

HappyIrfa berkata...

geng nak kurus..teringat geng atkins diet kat fb.lama x bukak sbb fb kena block/huhu.

geng kurus aku jugak tak kurus2 hehe