03 November 2011

Sentaphatimaknak

Tengah menyibuk-nyibuk kat facebook. Terlihat satu komen kat status tetttttt. komennya ->beauty care,interior design or diy..you masukkan sekali ohkehh. tp kisah2 lara hati,rindu2 berjauhan,makan2 di tesco mmg boring la nk baca dlm blog2 org lain pom. ahaha.

Citernya, tettt tue suruh kasi cadangan apa nak tulis kat belog dia. Jadi kawan dia komen macam kat atas tue. Sebab aku dah tua & memiliki belog sendiri yang aku tulis ikut sedap tekak aku je jadinya aku terasa hatilah apa yang dia komen tue.haha. Kesiankan jadi orang tue nie macam tue pun terasa hati. Pepatah cakap sapa makan cili dia rasa pedas.hahaha.

Tu sebab aku malu nak bagitau kat sapa-sapa aku ada belog cuma orang-orang tertentu je tau pastu kalau diorang terserempak ke belog aku tue nasiblah kan untuk aku promote belog aku nie oh malunyaaaa sebab isinya alahaiiiiiiii kesian.haha. Laki aku pun tak lalu nak baca,  kalau terserempak masa bukak lappy dia terus tekan X kijamkan?

Orang cakap kalau nak bagi info mesti benda yang kita pakarkan. Aku nie apa nak dipakarkannya. Masak?...hampeh, jahit? haremmmm, kecantikan? karang ada yang suruh aku mengucap pulak, fesyen? nanti ada yang cakap kat aku cermin dulu seluruh badan ko. mmmm. Deko rumah? konsep rumah aku pun 'carca merba', lagi nak sekolahkan orang deko rumah ada yang makan pelempang karang..hukhukhuk.

Tapi sebagai manusia yang hidup secara sederhana aku suka baca belog pasal kisah mereka dan keluarga mereka. Itu realitinya walaupun mungkin citer tue hanya 20% kisah sebenarnya. Senang citer belog yang macam diari. Sebab aku suka ambil pendekatan, yang baik jadikan teladan yang buruk simpangkan. ahah. Orang cakap tepuk dada tanya selera.

Pengkomen tue cakap makan kat tesco pun nak letak kat belog. Kalau belog aku nie bukan takat makan kat tesco je aku letak, makan sambal belacan kat rumah pun aku suka gebangkan muahaha.

sedap tak? nyum nyum...
Nak jadi blogger mesti berpegang pada prinsip BLOG AKU SUKA HATI AKULAH, ADA AKU KISAH. wahahahhaha. Tak suka boleh blah!.

ok tak?



Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

HappyIrfa berkata...

EH!lebih kurang sama je ngan entri aku semalam.tapi gitu le kesahnya..dah itu kehidupan kita takkan aku nak citer yg aku sopim kat paris semalam dinner malam tadi kat brazil.konfem tipu la

Cikja berkata...

ekekeke..betul2..