22 Oktober 2011

Krisis

Krisis ngan wishlist. Boleh?

Sepanjang aku hidup, jarang aku sasarkan sesuatu untuk dapat sesuatu. Faham?. Takpe biar aku je paham.  Ada duit beli takde duit pendam je dalam hati sampai terbawak2 dalam mimpi haha. Takdenya aku nak kumpul duit dah cukup duit baru beli. Kirim salamlah.hiks.

Jom tengok apa yang aku pendam dalam hati sampai terbawak-bawak dalam mimpi.

1- Sandwich maker
Hahaha. Takde benda lain ker nak idam dalam hati?. Syoklah kalau dapat, buat sandwich makan panas-panas. Mabeles tau. Pastu ada air kopi sekali perggghhhh nikmat dunia betul!. Padahal benda nie bukan mahal pun tapi entah kenapa susah pulak nak dibeli.


2- Mixer
Tak kiralah yang ada stand ker tak. Dulu dah ada, Azam belikan masa bertunang hahaha. 11 tahun dulu. Konon tue nak tunjuk kat tunanglah rajin buat kek. Padahal harammmm. Dah kawin pastu pindah rumah, baru benda tue aku pakai. Pakai  2 3  kali je kot, waktu lainnya habuk yang bermaharajalela kat mixer tue. Masa Aqil belum ada aku rajin gak buat kek. Macam-macam kek aku try, resipinya google je. Sekarang nie takde maknanya nak buat kek bagai. Masak pun malas hahaha. Dah tue sekarang nie ter idam dalam hati pasal apa?. hiks sebabnya aku teringin nak buat pavlova. :P. Lagipun besi pemutar tue dah karat.
 3- Mesin jahit
Benda yang satu-satunya aku tak pendam dalam hati, aku dah penah cakap kat Azam nak beli mesin jahit tapi dia tak bagi. Azam cakap nanti jadi tukun *eleh kedek tau. Aku mengidam sangat nak jahit menjahit. Aku bosanlah kalau time weekend asyik-asyik mengadap FB je. *percayalah. Aku nak cuba sesuatu yang baru dalam hidup baru mencabarkan. POYO!. Tapi bila Azam cakap nanti jadi tukun tak berani beriya-iya aku nak beli nanti betul-betul jadi tukun tak ker kena bebel 40 hari 40 malam.hiks.

4-Microwave cum Oven
Aku tak taulah apa beza microwave ngan oven yang pasti aku dah ada oven tapi macam tak best je yang dah ada tue, nak yang baru. Boleh?  Microwave takde lagi. Oven yang ada seperti biasalah tempat habuk bermaharajalela.ekeke. Aku nak benda nie sebab aku sukalah. Microwave boleh bakar Pavlova tak?. Tiap-tiap tahun masa  annual dinner company ada je Microwave nie  2 3 bijik jadi lucky draw tapi satu pun tak penah sangkut. Kalau dapat free lagi bestkan.

 5-Tablet PC
Wishlist yang nie memang tak agak-agak. Macam bagussssssss je nak tablet PC. Oh, aku dah tengok harga ipad2 ngan samsung galaxy tab 10.1 tue. ipad2 lagi murah dari samsung tapi ipad ada berapa version ntah, aku google latest sampai 4 tapi kat Malaysia ada sampai 2 je ker..hahhaha. apa-apa jelah.




6- Camera compact berciri DSLR.
Memang dah ada camera compact tapi bukan berciri DSLR. Aku taknak beli DSLR sebab gabak sangat, susah nak bawak. Kalau macam nie senang nak masuk henbeg. Mula-mula aku berkenan LumixGF3 tue sebab tengok iklan lumix mcm best je lagipun aku memang pakai lumix macam dah sebati ngan jiwa raga tapi bila compare ngan Sony NEX-C3, Sony punya lagi berbaloi beli lebih ringan pastu  spec lebih bagus. Harga kedua-duanya pun lebih kurang je. Eh, nie citer wishlist ke apa nie, siap nak compare2 barang. Dasar mata rambang!.
7- Kaunter Bar (kitchen kabinet)
Cantikkan kabinet kat gambar nie. Berkenan betul aku. Tapi jangan melampau sangatlahkan. Aku cuma nak kaunter bar tue je. Dah terbayang-bayang dah kalau kaunter bar tue terletak kat dapur aku mesti besttttttttt. 


Kalau ikutkan hati terpendam ada lebih kurang 100 wishlist rasanya tapi bila aku pertimbangkan balik aku tolaklah yang 93 benda tue. Dapatlah 7 wishlist aku buat masa sekarang nie. Agak-agak aku boleh dapat tak semua yang diatas.

Nak try submit kat Azamlah..hahhahaha..tambah botaklah dia.hiks

Ini telah menjadi SEJARAH

7 ulasan:

HappyIrfa berkata...

EH!
SIYES MMG TERKEJUT..WISH LIST KO SEBIJIK CAM WISH LIST AKU.

BAB MESIN JAHIT TU PUN MMG SAMA..LAKI AKU KATA 'BETUL KE NAK MENJAHIT NI?'DGN MUKA X PERCAYA LA TU..HUHU

PINJAM ENTRI BOLEH?HEHE

HappyIrfa berkata...

AKU NAK SAVE AS GAMBAR KAUNTER BAR PUN XBOLEH KER?HUHU..KEDEK LA KO..TAKPE.AKU CARI SENDIRI LA

(MAJUK)

Parijah berkata...

ekekkek..ko nak pinjam ker wishlist aku..aku email kat ko nak?..hahhahha..kasi aku email addres ko.....

aku kan perasan bagus..saje gatal tangan buat entry kat dalam nie tak boleh kena cilok..hiks..

HappyIrfa berkata...

takpe..saja je.aku pun ada buat yg block takleh copy tu.sampai la aku ada buat entri utk mintak bantuan derma ikhlas utk budak sakit.tapi rg xleh copy entri aku.terus aku buang .hehe

aku gurau je tadi..jgn amek ati yer

Parijah berkata...

oh yelah klu letak N3 mintak derma susah pulak org nak copykan?...aku tak ambik hatilah irfa...aku dah anggap ko mcm kawan yg selalu aku jumpa bergurau semua.....

HappyIrfa berkata...

terharu..huhu.bila nak dating ni?kalau jumpa konfem kelu tak terkata

Cikja berkata...

konpem nyelah..hehhe..ada rezeki satu hari nanti mesti kita jumpa puny..