24 Oktober 2011

Belog yang memberi semangat

Asalnya nak cari orang jual toto online, akhirnya membawa aku ke satu belog yang aku rasakan boleh dijadikan semangat. Kadang2 kita perlu melihat kebawah supaya kita sedar masih berpijak dibumi yang nyata. Ada orang yang lebih 'susah' dari kita.

Tahu tak masa mula-mula mak disahkan kanser, aku rasa aku yang akan mati tak lama lagi. Hilang seluruh semangat hidup aku. Susah aku nak gambarkan perasaan aku masa tue. Paling kelakar mak yang kena tenangkan aku. Mak cakap "anak-anak mak kena kuat, kalau ko macam nie macam mana mak nak kuat, anak-anak mak syurga mak". Lagilah aku nangis sampai bengkak2 mata...:(

Berhari-hari aku google pasal sakit mak. Sampaikan membawa aku ke belog kawan2 yang senasib. Ada yang aku baca jadikan semangat aku kuat untuk mak, ada jugak yang aku baca membuatkan aku menangis dan rasa down sangat!.

Akhirnya aku terima kenyataan MATI ITU PASTI, bukan orang sakit je boleh mati sesiapa boleh mati penyakit hanya penyebab.
 
P/s -> toto tilam tau bukan toto nombor ekor...

Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: