31 Oktober 2011

Aku tak berkenan betul!

Baru-baru nie kawan aku dapat anak ke4. Keempat-empat anaknya pompuan. Belum ada rezeki lagi nak dapat lelaki. Aku pasti dia sentiasa berdoa untuk dapat anak lelaki. Ketentuan Allah sapa dapat halang?.
Aku sangat paham perasaan kawan aku tue sebab aku pun dalam situasi yang sama. Tapi bila anak tue keluar lelaki ker pompuan takde beza pun tetap sayang sampai mati!.

Apa yang aku tak berkenan orang sekeliling yang terima berita nie. Ada sorang kawan nie bila tau kawan aku tue dapat baby gegirl lagi ayat pertama yang keluar dari mulut dia "kesian ye". 

Kesian?..pasal apa nak kesian. Anak dia sihat sempurna. Kenapa perlu kesian!. Patutnya ucapan pertama dia tahniah!. Kesian tue perkataan yang menunjukkan rasa simpati, kenapa nak simpati kat kawan aku tue. Sebenarnya yang patut kesian kat orang yang cakap tue sebab kawin dah 4 ker 5 tahun anak sorang pun takde!. Kesian kesian kesian..

Komen Bos botak aku lagi best "salah teknik tue masa buat" ..dem u bos botak! haha kureng aje ayat dia.


Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

HappyIrfa berkata...

ni jenis 'mulut longkang' kat mana2 pun ada..haishhhhh geram weh

Cikja berkata...

Memanglah irfa..aku hampir2 nak cakap "takpe janji sihat sempurna ..ada jugak anak daripada takde anak langsung"..nasib sebelum cakap tue aku terpikir dia takde anak lagi....huhuhu.....