14 Oktober 2011

Ada aje

oh dah 13 hari tak ada N3 baru..sebab malasssssss...boleh?
Boleh jelahlah kan belog aku. Sukahatiakulah..

Semalam umur aku naik lagi setahun dari 29 ke 30. Tua dah kan?. Sebulan sebelum masuk 30 aku dah beli safi rania gold hahaha. Paranoid ngan kedutan & kekusaman muka.  Sebelum nie aku rembat je mana yang aku suka. Sekarang pakai pakej lengkap satu jenama. Oklah aku suka ngan safi rania gold tue. Ringan kat muka pastu mudah meresap yang penting halal.


Macam biasalah Azam tetap kirim bunga walaupun aku dah cakap takyah bagi bunga, duit bunga tue aku nak beli kek mahal yg terketar-ketar tangan nak keluarkan duit dari purse. So memang aku tak sangka langsung dia nak bagi bunga tiba-tiba ada apek hantar plak kat opis alololo..suwetlah sangat.

Bila bunga naik opis riuhlah sekampung, tiba-tiba Mr.Tan suruh beli kek pulak. Aduhai sajelah korang nie nak kasi aku nervous tiup-tiup lilin. 


Sebelum tarikh keramat nie sebenarnya aku dah sambut beberapa hari yang lepas. Hari jadi aku kan sama bulan ngan atih jadi atih cakap "jomlah wei kita gembirakan hati sendiri buat makan2 cikit" loser punya ayat..hahaha. Sebab aku nie kakak yang baik aku ok jelah. 

Budak tue beriya nak jugak kek mahal tue, kebetulan aku menghala ke kundang sana balik  dari sana singgah banting belilah jugak. Sendiri besday sendiri urus majlis. Penat siot. Aku sorang-sorang terkejar-kejar carik bahan-bahan nak buat steam d bot, lepas maghrib beli KFC pulak. Pastu Atih call suruh cepat dia lapar, banyaklah dia punya lapar.hahaha. Aku nie tak rehat langsung dari pagi perghhhhh...Tak feeling langsung aku yang nak potong kek..hahaha.



Malam tadi kakida talipon, so suwetmacamgulagula. ekekekke..tergelak-gelak aku dengar dia ngan ain nyanyi. Punyalah seronok sangat sampai aku tak sedar aku panjat tiang buai aqil..hahhahhaha.


Terima Kasih semua!.

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

HappyIrfa berkata...

AKU PUN SAMA LA..BARU JE BELI SET SAFI RANIA TU.PENGARUSH IKLAN SUNGGUH.KOT LA NAK LAWA CAM RCW.

TAPI,,.TAK PASTI SESWAI TAK NGAN MUKA..TETIBA RASA KULIT KERING SGT.
TAPI DAH BELI KENA LA PAKAI SMPI ABIS//DAHLA TETIBA JE NAIK JERAWAT.SBLM NI XDE PUN/

JGNLA KERAN NAK LAWA...MUKA ELOK2 JADI MAKIN X LAWA.HUHU

Fariza berkata...

pengaruh iklan tak kesan sangat kat aku..hahahha..sebab aku tau RCW memang dah cantik tepek apa pun cantik..

aku terasa nak cuba sebab banyak belog2 review pasal safi nie..tue yang nak try..setakat nie aku pakai nampak serasilah irfa..selalukan aku kalau nak period jerawat banyak naik..tapi bulan lepas kurang, naik 2 bijik je...oklah..

agaknya ko tak serasi kot...