15 September 2011

Tiada yang istimewa kala tarikh 9/9 menjelma

Padahal tahun nielah tahun ke 10. Sedih?. ntahlah tak tau nak cakap apa. Lagipun memang takde plan apa2 pun. Patutnya ambik cuti boleh spend time together2. 

Takdir plak hari tue aqil tak sihat. Kan aku ada citer malam sebelum tue dia merengek2 kata gigi dia sakit. Malam tue pun dia tido gelisah gak. Sekali bangun pagi aku tengok muka dia dah senget sebelah...berderau darah aku tengok muka dia camtu.

Tunggu azam balik rumah terus bawak aqil pegi klinik. Kat klinik nangis2 taknak masuk aduhailah..pastu nak dokong je..pastu nak ngan aku je..pastu rasa nak panggggggggggg je..hahhahaha....

Pastu aku terpaksa EL. Inilah cuti yang terakhir sekali aku ambik. Lepas nie kalau nak cuti lagi silalah UPL..hukhukhuk. Malam tue jugak Azam balik perak lagi sebab majlis bertandang tempat lelaki pulak. Aku buat keputusan taknak ikut alasannya  aqil tak sihat, asyik merengek je nanti merosakkan majlis orang je. Time dia tak sihat nie asyik nak tido buai pulak. Kalau kat kampung mana mau carik buaiiiiiiiii...

Dua harilah aku berperang ngan anak-anak kat rumah. Aduhai fenattttttttttt..macam ada anak sepuluh. Habis basuh pinggan basuh pinggan lagi lagi lagi..tak sudah sudah. Wak tos jangan citerlah memang tak berenti kerja. Membasuh je kerjanya. Lepas cadar, baju sekolah, pastu baju2 biasa, pastu kain2 lap, pastu kasut sekolah..hahahhaha...basuh kena peringkat-peringkat sebab ampaian tak cukup.

Masak, vacum, lap habuk, basuh lantai depan, mop lantai,basuh pinggan berapa banyak da basuh pinggan nie. Tapikan rumah aku sepahhhhhhhhhhh gak sebab banyak yang menyumbang ke arah penyepahan. Lantai dapur tetap melekit-lekit...hishhhhhhhhh..anak2 kalau kat rumah 20 juta kali buat air milo. Pastu kalau buat elok2 takpeh nie karang milo berterabur kat lantai susu tertumpah ..aishhhhhhhhhhhh...geram tau aku.

Jauhnya aku menyimpangggggggg....










oklah bai...

P/s : wak tos tue mesin basuh aku...

Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: