13 September 2011

Raya ketiga, keempat, kelima dan keenam.

Takde pegi mana-mana pun, balik perak sebab ada kenduri kahwin. Tue sebab Azam tukar plan tahun nie. Kena raya kat sini dulu baru balik perak. 


Aku kalau ikutkan tak nak ikut balik..erkk..tapi memikirkan kesian Azam nanti kalau saudara mara dia tanye mana aku, masaklah nak jawab kenapa aku taknak balik biarlah rahsia bak kat siti nurhaliza.....huahuahua...

Nak kemas beg pun malas. kalau menhantu macam aku nie asal nak balik kampung suami je mesti lemah2 badan..wahahhahhaha..Kena plak aku cirit je. asal makan berak asal berak makan. Sampai takut nak makan. 2 hari gak aku kena cirit. Azam suruh telan pil chi kit teck aun, taknak aku geli nak telan pil bijik2 kecik macam telur katak..eeeeeee..

Dari rumah lepas zohor sampai perak dekat pukul 6.30 ptg jalan plak so goooooooooooood..tak jem pun tapi laluan utara ke kl..jem oo..aku membayangkan karang balik hari ahad mesti hazablah bontot kitaorang.

Mak mentua den dah siap tempah homestay. Ala sebelah rumah je pun kalau kentut pun boleh dengar, tapi kentut Azamlah. Kentut aku bunyinya sopan sikit..muahhahahhaha...

Nikahnya lepas sembahyang Jumaat. Malam ada tahlil ngan main gendang kat sana aku tak tau diorang panggil apa tapi lebih kurang macam cempuling (warisan jawa)
.nie kalau gebang kata Azam nikah lagi pun orang boleh percaya..cubalah ko bang kalau nak rasa kena kerat 18..hahhahahha...Azam wali penting tue...

Hari Sabtu hari bersanding. Pagi tue ada khatam quran, marhaban ngan cukur jambul anak sepupu azam.

pertama kali memotong jambul budak..terasa aku dah tuwek..wallah. Selamatlah kalau suruh aku gunting memang aku tarah abis..hahahhahhaa...
Azam plak mencemar duli...nerves tue..hahhahhaa...
inilah budak yang kena tarah rambutnya...baru 2 bulan dah mcm budak 6 bulan..debab gila. Susu ibu memang berkhasiat!...ekekkekek..
Azam memang jadi orang penting hari tue..aku stok duduk2 tepi je. Remaja2 yang tengah bergumbira tue semua sepupu2 Azam, dah namanya remaja jadinya happening betul.
Paling kesian akulah, gambo den sikit bebeno. Takde sapa yang sudi nak ambik gambo aku. nie pun suruh Azam ambik dia cakap "nak jugak?". nyampah betul aku, bukan dia tak tau muka akulah patutnya kena banyak sebab aku nak jaja kat belog..hahhahahhaha...

ye ye ngantin sampai...maaf aku tak boleh mempertontonkan gambo pengantin....takut kena zassssssssss...
ada nasyid tau..tak mainlah karaoke2, nyanyian melalaikan. Sumpah sedap2 suara adik adik nie...eh konpeden je adik adik...ekekekkeke
Majlis berjalan lancar je. Kaum kerabat Azam memang terbaikkkkkkk. Macam wonderpet "apa yang penting kerjasama!"....ekekkeke..

Ahad pepagi dah bertolak balik ke sarang eh, takdelah pagi sangat dalam pukul 11 rasanya. Nasib jalan tak jem..yang jem toilet kat rnr nak membuang pun keje Q panjang ya amat. Nasib bukan nak tercirit..kohkohkoh...Selamat sampai kat rumah pukul 3.30 ptg.  Fenattttttttttttttnya nengok kain kayan kotor 29 bakul!...hahahhha. tue standradlah kalau baru balik jalan jauh kain baju kotor musti berkoyan-koyan. nasiblah ko wak tos mesti tak berenti aku kerjakan ko..huahuahu



Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: