06 September 2011

Raya 2011_bahagian pertama

Aku dapat cuti seminggu. Tahun nie pulak mak tak sihat jadi memang mak pencen dah masak-masak nie. Seumur hidup aku berkeluarga tak penah lagi aku masak-masak untuk raya selalu aku tapau je dari rumah mak..huwaaaa. 

Nampaknya aku kena masak gaklah sikit. Kesian plak anak-anak ngan Azam kalau aku tak masak. Jadinya Hari Isnin pagi-pagi lagi aku dah ajak azam pegi Pasar Perwira. Belilah 2 kilo tulang lembu, 1 kilo daging, Ayam seekor pastu  Paru sekilo...wah dah macam mak-mak anak sepuluh..ekekkekek.. Nasi impit lepas sahur dah masak siap-siap. Kacang tanah dah goreng tinggal blend je.

Sebelum buka semuanya dah siap. Kuah kacang, Daging Masam Manis, Sup Tulang, tumis Sayur, Goreng ayam ngan paru. Sempat bagi ckit kat mak ngan Kakida. Kelas haku!. Kakida cakap boleh banjir nie sebab aku tak penah monjong dia..nie kira first time..kahkahkah..

PAGI RAYA

nak pegi masjid.


Balik dari masjid, sesi maaf-maafan pulak. Tahun nie tiada airmata dititiskan ..wallah... Kalau tak abis mekap ku...kehkehkeh..

pelukan kasih..cheewwwwwah...azri tak sempat nak capture masa salam..hampeh..

Selaku anak sulung dia kena mulakan...Aku tak tau apa pandangan Aqil bila tengok sesi salam-salam nie sebab dia menepek je kat Azam..hahahhahha...jeles ke tengok orang peluk2..aiyak..
Fahmi nie kuat bergurau orangnya..tue pun training banyak kali apa nak cakap...hahahhahha..
yeyeh..aqil puyak..*read pulak*

turn minta maaf ngan ibu pulak
cepat cium ibu!
bucuk2 ibu...

adik beradik plak..Aqil pemerhati...hahahhaha...

Habis sesi salam-salam, bersarapanlah kami semua. Patutnya makan sebelum pegi sembahyang..al maklum  diorang nak cepat ke masjid postponelah saparan lepas balik masjid.

Sebahagian juadah ehsan jiran sebelah..hiks...
Lepas nie ke rumah mak pulak... adik beradik dah menunggu disannnaaaaaaaaaa ...tahun nie aku dapat beraya ngan kayang. Selalu berselisih je. yelah kalau ikutkan tahun niekan aku nun kat perak sana...dah bertukar giliran dapatlah jumpa kayang.

Sambung....

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Acik Erna berkata...

assalam ct selamat hari raya aidilfitri

Fariza berkata...

Waalaikumsalam kak erna. Selamat hari raya jugak untuk akak sekeluarga..