23 September 2011

Jus untuk nenek

Tajuk tue boleh buat cerekarama..kehkeh.

Mak aku kan kena kanser paru-paru tahap 4. Kalau tengok keputusan PET SCAN memang menyedihkan+menggerunkan. Kanser tue dah merebak ke tulang pelvis mak belah kanan.

Tapi kitaorang usaha untuk rawatan mak. Mak sangat2 nak buat kimo. Padahal itu adalah pilihan terakhir & ramai pesakit kanser yang mak jumpa nasihatkan mak buat kimo. Lepas tue bila aku google ada banyak rawatan alternative untuk kanser nie cuma kena tau serasi ker tak. Kadang-kadang kalau silap ambik ubat pun boleh menyebabkan keadaan jadi teruk.

Dari situ aku banyak cari maklumat pasal kanser. Paling penting diet sesuai untuk pesakit kanser. Apa yang boleh makan apa yang tak boleh makan semua aku kena tau dan aku siap2 print bagi kat mak, suruh kakak baca, kongsi info ngan adik aku. Lepas tue bila dah kimo apa yang patut mak buat & apa yang patut mak makan sebab selalunya lepas kena kimo kesihatan mak akan jatuh mendadak.

Makanan yang paling mak kena pantang sesangat GULA. Banyakkan makan sayur, ikan, kekacang & buah. Air kosong pun kena minum banyak.

Selain kimo, mak ambik jugak vitamin C (sekarang mak ambik multivitamin). Selalunya bila dah seminggu lepas kimo mak terus makan B17 pulak. Setiap kali mak makan B17 nie, mak kena minum jus nenas, betik atau epal hijau atau mak boleh makan macam tue je buah-buahan tue baru boleh makan B17 (info lanjut boleh google).

Ari tue bila habis 2 pusingan kimo mak buat CT SCAN dan ada berita baik, doktor cakap paru2 mak dah macam biasa cuma kanser masih ada lagi cikit2. So, doktor teruskan lagi 2 pusingan kimo lepas tue kena buat CT SCAN lagi sekali..tengok macam mane keadaan seterusnya. Mudah-mudahan mak bebas kanser.Amin.

Sebenarnya nie gambar masa Ramadhan aritue. Lepas sahur aku  buatkan mak jus epal hijau. Anak-anak lepas sahur taknak tido, sibuk nak tolong buat jus, so aku relakan. Tengok jam kat rice cooker tue...bukti pepagi buat memproses epal ijau.


Kebetulan plak azam beli blender jus nie, terperuk je sampai berhabuk pakai sekali masa baru2 beli lepas tue terbiar ko disana. Bila buat jus pakai blender nie memang terbaiklah hasilnya sebab tak campur air langsung betul2 pati buah tue yang keluar dan sebenarnya tulah yang paling bagus.


Tapi aku dah lama tak tanye mak dia masih amalkan tak minum jus nie sebab mak tue kalau takde sapa nak buatkan takdelah dia minum. Blender tue aku dah hantar ke rumah mak. aku cakap ngan azam pinjam dulu...hiks..
 
Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: