24 Ogos 2011

Nak raya dah ye..

Aku rasa macam baru semalam sahur hari pertama puasa. tup tap tup tap..dah nak raya lagi 5 hari.

Tahun nie nampaknya terpaksa mengingkari perjanjian yang dibuat. Kalau ikutkan tahun nie raya kat belah Azam. Tapi sebab ada benda yang tak boleh dielakkan Azam cakap kena raya dulu kat sini. Jangan cakap aku hasut Azam suruh raya kat sini. Demi Allah aku tak penah cakap apa2 pun. Aku tau Azam nak raya kat sini dulu pun sebab Azri tanye bapaknya tahun nie raya kat mana. Selalunya keputusan balik belah Azam ker tak semua bergantung pada dia aku tak pernah cakap apa2. Dia ajak aku ikut kalau tak duduk diam2 kat rumah sudahhhhhhhh.

Gembira nak raya?..ada yang sakan membeli belah ye, suka aku tengok. ker jeles erkkk.. Aku?..persiapan anak-anak yang penting. Kuih raya 6 jenis je sebab balang ada 6 je. Kerepek tempe, kerepek pisang, almond london, blueberry tart, batang buruk &_________(tak tau lagi kacang2 kot). Duit raya pun dah tukar.

Belanja raya bergantung ngan duit gaji semata-mata jadi belanja kena berhemah supaya tak terbabas. Karang ada yang teguk air masak je sepanjang bulan..huahuahua. Masih menahan diri dari mengeluarkan simpanan yang tak seberapa tue. Harap-harap Allah lapangkan rezeki aku. amin.



Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: