15 Ogos 2011

Dah kena rasuk

Dengan hantu mengemas..hiks.

Penat tapi seronok plak tengok rumah bling2. Bukanlah bling-bling sangat habuk tetap bermaharajalela tapi yang penting kemas. Ada lagi beberapa benda yang aku nak alih-alihkan mengikut kesesuaian. Rasa nak balik sekarang je..hahhahahha. Banyak jugak yang aku berrrrrr (buang), nanti klu Azam tanye mana barang tue mana barang nie aku jawab ntah tak tau..boleh?..hahhahahah. Pagi tadi lepas sahur sempat lipat kain yang dah seminggu terperuk kat bakul ngan atas sofa. Tapi tengoklah rumah kemas boleh bertahan berapa lama..hiks..silap gaya belum raya rumah dah sepah2 balik...kekekeke.

Rasa nak raya tue takde tapi sebab Azam dah buat sesuatu kat dapur jadi semangat nak kemaskan rumah tue meluap-luap. Tak sabar nak tunggu Azam off pastu settlekan benda tue..mesti hasilnya bombbbbbbbb!.

Semalam  aku adik beradik  dapat buka sama2 cuma kurang satu keluarga je, keluarga kayang, sempat masakkan keluarga tercinta nasi ayam atas permintaan. Bila tanye diorang sedap ker tak, diorang cakap "kalau lapar semua sedappp..janji kenyang"..hahhahhahampeh tul diorang. Sikit pun taknak ambik hati aku penat masak..eh penat ker?. Mak cakap sup aku kurang rasa, sambal merah pun kurang rasa gak..huhuhu..yelah mana nak sama ngan mak masakkan? air tangan aku lain, air tangan mak lain.


Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: