05 Julai 2011

Tahun Bertenang

Sebenarnya itu sasaran aku tahun nie. Aku sasarkan tahun nie sebab tahun2 sebelumnya sangat huru hara rasanya hidup aku. 

2009..
aku mengandung pastu bersalin..bapak mentua sakit..anak masuk hospital..macam-macam lagilah..

2010..
Duit keluar banyak sebab kereta..pastu adik aku kawin dia yang kawin aku yang stress..hahahhahha.....macam-macam lagilah..

2011
Perancangan aku untuk tahun nie,  aku nak pegi cuti2 malaysia kat tempat2 yang best...beli barang best2...Cuti tahunan untuk cuti2 yang terancang je..kumpul duit balik...

Tapi betullah ayat nie KITA MERANCANG ALLAH YANG TENTUKAN. Aku tak tau nak cakap apa dah..tak sangka Allah nak uji aku sampai macam nie. Mak Kena kanser. Penyakit yang sangat digeruni. Jadi perancangan aku tinggal perancangan..duit keluar macam air, cuti tahunan sekarang nie tinggal 4 hari je sampai hujung tahun.

Niat aku satu je aku nak sembuhkan mak..bawa mak mana dia nak pegi, bagi dia makan apa yang dia nak makan..ubatkan dia walauapa pun...Cuti, duit semuanya boleh diuruskan..insyaAllah.Moga Allah lapangkan Masa aku untuk buat semua nie. Allah dah takdirkan..dan doa aku.. supaya diberikan jalan yang mudah untuk menguruskan semuanya.

Moga mak Sembuh seperti sediakala.Amin.amin.amin.





Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

HappyIrfa berkata...

amin..
kamu anak yg baik.

Fariza berkata...

Mudah-mudahan irfa..