22 Julai 2011

Mencari kasut sekolah dikala Orang mencari Kasut Raya..

Kasut anak-anak aku dah koyak rabak. Kesian pulak tengoknya. Macam makbapaknya tak mampu sangat nak beli Pastu masing-masing ada sepasang je kasut sekolah. Kalau hari hujan kesian anak-anak terpaksa pakai kasut basah. Itu pun Azam dah bising kat aku kenapa tak cakap kasut anak-anak ada sepasang je sorang..hehheheh..salah aku jugak?..Ingatkan nak cari kasut raya sekali..mmmm..kasut yang ada kat kedai tue tak memberansangkan nafsu betul. out dated!..hehhehe..

Dapatlah sorang 2 pasang. Beli murah-murah je. Tahun depan tak payah beli dah.
Dah lama Azri cakap nak kasut tali. Sebelum pegi tue pun dia dah cakap nak jugak kasut tali. Aku cakap "ibu boleh belikan tapi jangan susahkan ibu nak pasang tali kasut tue, kalau susahkan ibu jugak ibu campak je kasut tue.."..hahhahahha..zalim tak?. Tapi mula-mula aku ajarlah dia macam mane nak pasang & ikat tali kasut tue.

Setelah setengah jam mencuba mengikat tali kasut tapi tak berjaya..hahhahhaa..sebelah aku dah tolong ikatkan sebab nak ajar dia mengikat....
cuba lagi sekali...hari nie dah pakai pegi sekolah sebab dah pandai ikat. Punyalah seronok dia...kehkehkeh..
Gaji minggu depan ingat nak belikan beg sekolah pulak untuk anak-anak sebab beg sekolahnya pun dah uzur. Tahun nie memang diaorang tak beli beg, pakai beg tahun lepas so dah sampai masa beg tue di tukar. Aku dah jahit pun masih tak kelihatan kukuh...mmmm.

Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

HappyIrfa berkata...

mesti dia dah lama teringin nk pakai kasut bertali tu :-)