25 Julai 2011

Gambar yang boleh merobek naluri keibuan aku.

Paper metro jumaat lepas. Tengoklah betapa kesiannya diorang. Kebuluran!. Kat Malaysia nie makanan sampai dibuang-buang. Kat rumah aku sendiri anak-anak termasuk aku sendiri kadang-kadang selalu tak menghargai makanan!. Nak makan bukak peti ais macam-macam ada. Takde makanan kat rumah pegi kedai pilih je nak makan apa. 

Kalaulah diorang dekat sini aku tak sayang nak bagi beras dll, terutamanya anak-anak kecil. Ya Allah..sedihnya tengok. Betapa bertuahnya duduk kat Malaysia nie. Huru hara tang politik je...Kadang-kadang malu nak cakap diri sendiri susah sebab ada orang yang lebihhhhhhhhh..susah lagi..


Ada sebab aku kenapa snap gambar nie. Teringat aku rotan fahmi sebab dia dah abiskan duit saku dia dalam masa satu hari.  Azam bagi dia RM10, sepatutnya belanja tue boleh tahan 3 hari..paling teruk pun 2 harilah. Aku biar je Azam bagi sorang RM10 sebab aku nak tengok diorang boleh manage tak duit banyak tue. Azri lulus. Fahmi gagal. Aku siasat apa yang dia beli. Fahmi cakap dia beli Nasi ayam, meehoon 2, cendawan goreng, ayam goreng (aku kira dia guna dalam 7 inggit sekolah pagi je) ngan pensil lepas tue baki yang lain dia tak ingat dia beli apa(lagi 3 ringgit tak dapat dikesan). Hangin betul aku. Cara dia makan tue macam tak makan seminggu. Aku cakap "ko nie fahmi badan kecik tapi makan macam bela hantu raya"...nie ngikut acik ateh kolah nie makan kuat badan kerempeng je.. Pastu yang aku geram dia beli pensil yang memang ada berkotak-kotak kat rumah tue. 

Aku rotan dia dulu sebelum bapaknya rotan. Aku rotan ikut keperluan kalau bapaknya rotan ikut kesetanan..huhuhuhu. Bila aku dah rotan takdelah bapaknya rotan. Aku kesian gak kat dia sebenarnya, tue sebab aku rotan dulu. Meleleh jugaklah air mata dia tapi dia diam je tak berani cakap sebab tau salah. Esoknya aku tak bagi dia duit belanja. Tapi pagi-pagi Azam pesan suruh bagi jugak ckit duit belanja, takut anaknya pengsan tak makan..kihkihkih...tapi aku keraskan hati aku sebab aku nak dia tau apa yang aku cakap tue aku buat, yelah aku taknak beriya2 aku cakap aku tak bagi duit belanja sekali tiba masanya aku bagi jugak ..esok2 mungkin dia buat lagi sebab dia pikir dia tetap dapat duit belanja tue..kena marah ngan rotan sikit je takpe...

Tapi Fahmi nie mudah belanjakan duit tapi mudah plak dapatkan duit. Bagi jelah dia berapa ringgit konpem langsai. Dia pandai jual-jual barang yang dia taknak kat kawan2nya, yang aku pelik ada plak yang beli tue. Aritue masa aku tak bagi duit belanja dia bawak biskut chipsmores peket kecik. Pastu kawannya minta dia tak bagi kalau nak dia suruh beli..pastu kawannya ambik empat keping bayar 40 sen...hhhahaha..dapat gaklah dia beli kuih kat kantin..ayohai..anak-anak...aku dengar kesian ada kelakar pun ada..tapi nak buat macam mane denda tetap dilaksanakan.
 


Ini telah menjadi SEJARAH

4 ulasan:

♥♥ SiTi fadila♥♥ berkata...

cetttt aku pulak kena ...marahkn nyamuk kelambu dibakar...hahahaha...mane de kerempeng skrg..hantu raye aku dah lari dari tuan..hahahahaa

Fariza berkata...

larik?..kat fahmilah kot...hahhahahha..

HappyIrfa berkata...

aku penah buat camni kat si kakak.
kat skolah dia mmg dh bayar rm50 sebulan utk makan tghhari..so aku cuma bg rm2 je kalau2 dia nak beli apa2 yg dia teringin.aku bagi rm5 konon utk 2 hari.tapi dibantainya abes dalam masa 1 hari..mmg aku angin sungguh.skrg dah besar..bagi rm2..pakai rm1 je.suka menyimpan pulak dah..so kalau gi mana2..dia akan cakap kakak nak beli ni,kakak ada duit ;-)

Fariza berkata...

Aku memang sedikan diorang tabung, kalau belanja ada baki terus masuk tabung...sekarang fahmi dah pandai sebelum pegi sekolah dia dah siap2 masukkan dalam tabung dulu...bakinya baru dia belanjakan.....