16 Julai 2011

Cerita pagi sabtu yang dinginnnnnnn..

Hari nie gigih aku bangun pukul 5.40 pagi nak masak nasi ayam. Ala tapi memang selalu pun aku bangun waktu macam tue. Nasi ayam menu yang senang dan digemari anak-anak. Mak ko pun tumpang senang..

Gigih masak nasi ayam sebab aku kena tinggalkan anak-anak kat rumah suruh Azam jaga. Kakak pengasuh minta cuti hari nie sebab nak buat kenduri ke 40 hari maknya meninggal. Nasib baik Azam keje malam, kalau dia keje pagi kenalah aku cuti jugak. Patutnya aku boleh je ambik off hari nie tapi aku nak off minggu depan je sebab azam pun cuti sabtu ahad minggu depan. Mana tau Azam nak bawak jalan-jalan..hahhaha..harapan. Dahlah tengah perang dingin ada hati minta laki bawak jalan-jalan. ada aku kisah..

Malam sebelum tido bahan-bahan aku dah sediakan. Pepagi terus..zasssssss...tenggek periuk rebus ayam. Blend bawang merah+bawang putih+halia, campak dalam periuk rebus ayam tadi. Sambil tue masukkkan baju2 sekolah dalam mesin. Pegi dapur balik Blend cili besar+bawang putih+halia didihkan. Sambil basuh beras. Tumis bawang merah+bawang putih+halia+kayu manis+bunga lawang ngan marjerin dah naik bau satukan ngan beras+ air rebusan ayam tekan butang cook kat periuk nasi. Keluarkan ayam yang dah rebus letak kicap goreng. Sambil-sambil tue potong timun ngan daun bawang. Air rebusan ayam tambah perasa + garam supaya rasanya jadi ummmmphhh..Siap sebelum pukul 7.

Mandi ngan aqil menyibuk je budak nie aku cakap nak mandi dia dulu masuk bilik air. Siap pakai baju sebelum 7.30. Sediakan semuanya kat bekas bertutup senang nanti diorang nak makan. Nasi pun dah masak. Azam pun dah balik. 7.50 aku gerak mencari rezeki..huhuhuhu. 

Sekian cerita pagi saya....

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

HappyIrfa berkata...

senang botul ko buat nasi ayam..seumur hidup aku tak penah buat nasi ayam .huhu

Fariza berkata...

senang jelah irfa..aku lagi suka buat nasi ayam...bahan satu boleh masak 2 3 hidangan...