28 Julai 2011

Buku lagi

Buku nie adik aku beli dulu kat ganu sana pastu dia letak kat blog dia. Aku kalau tengok buku-buku kisah realiti nie memang seboleh-bolehnya aku nak dapatkan. Aku tengok logo tue logo GALERI ILMU. Sebelum nie aku beli buku Kembara Atiq Waziq pun kat GALERI ILMU, beli secara online. Buku selamat sampai walaupun GALERI ILMU hantar melalui pos biasa sebab dia bungkus buku tue cantik-cantik supaya tak rosak. Boleh kalau nak hantar pakai poslaju tapi kena bayar lebihlah. Kalau beli cara pos biasa bayar harga buku je.

Ini buku kisah benar yang ke4 jadi koleksi aku. Kat dalam buku nie banyak dia share doa2 amalan seharian.

Sedikit dari buku ANAKKU BRAIN TUMOR

Daripada Seorang anak yang cergas sejak lahir, Baihaqi, 9 tahun, berubah lesu selepas mendapat sakit kepala yang berterusan selama seminggu hinggalah disahkan menghidap brain tumor. Isyah menempuh episod paling sukar dalam hidupnya dengan ketiadaan suami yang berada di luar negara.(Suaminya adalah salah seorang anggota kumpulan nasyid RAIHAN yang bernama Che Amran)

Pembedahan segera mampu menyelamatkan Baihaqi tetapi ia ada risikonya. Sanggupkah mereka menanggung risiko atau ada pilihan lain? Keputusan perlu segera dibuat kerana terlewat bermakna nyawa anak menjadi taruhan!

Aku baru baca suku tapi dah terasa betapa kuatnya semangat ibu ini. Menguruskan seorang anak sakit dengan 7 lagi anak-anak yang perlu di beri perhatian tanpa suami disisi.

Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: