26 Julai 2011

Bijik masuk hidung

rasa nak geget je budak nie...
Petang Jumaat aku ambik dia macam biasa. Kat tangan dia aku perasan dia pegang bijik peluru pistol mainan, tangan sebelah pulak pegang duit syiling 10 sen. Masa tengah tunggu abang dia keluar dari sekolah dia duduk belakang pastu Fahmi pun sampai. Tiba-tiba Fahmi jerit "ibu, aqil masukkan peluru kecik tue dalam idung dia..dah masuk!". Terloncat aku dengar. "Aqil! sapa suruh masukkan" sambil tengok hidung dia. Aqil dah cemek-cemek nangis kena sergah.


Sila tengok gambarajah yang disertakan. Sebelum dia nangis peluru tue kat kawasan A dan kalau ada tutup pen ker lidi ker konpem boleh keluarkan peluru tue tapi sebab ibu dia dah panik kasi anak nangis tersedu-sedu ngan pernafasan yang tak stabil jadinya peluru tue dah tersedut masuk ke kawasan B, sangkut kat tulang hidung tue. Lagilah aku panik!.

Terus talipon Azam (Azam kat tempat keje masa nie ) ngadu ngan dia macam nak nangis..huhuhuhu. Azam suruh pegi klinik terus, dia tunggu kat sana. Aqil siap terbersin2 tapi benda tue tak keluar pulak sebab dan sangkut. Aku suruh dia hembus dia pegi sedut..huhuhu ngeri aku. Bila dah tak boleh aku suruh dia duduk diam2 je. Sampai klinik ramai orang pulak. Cakap ngan Azam minta dulu, kira kes kecemasan nie aku risau benda tue naik ke kawasan C. Kawasan C tue kemek cikit keturunan hidung kemek nak buat macam mane.....takut sangkut kat situ lagi naya nak keluarkan.

Masuk kat bilik rawatan, doktor suruh aku duduk pastu kepit dia kat celah kangkang(keadaannya mcm kena peluk dari belakang). Dahlah aku pakai baju kebaya aritu aduhai susah nak kangkang. Azam plak ditugaskan pegang kepala dia kuat-kuat> Doktor cakap jangan bagi dia bergerak takut hidung dia terluka sebab doktor nak tarik peluru tue keluar. Aqil dah nangis2. Alat yang doktor tue gunakan macam lidi panjang lebih kurang 20cm hujungnya bulat berlubang. Jolok tak sampai seminit dah terkeluar dah..fuhhhhhhhhh...lega..
nielah rupa bijik peluru tue...
Sampai sekarang kalau tanye aqil "aqil doktor buat apa kat aqil". Dia jawab "dokte cucuk". "aqil nak buat lagi tak?". "nanak"..hahahahaha. Pastu tanye dia lagi "mak(pengasuh) cakap apa, aqil masukkan peluru dalam hidung?". Dia cakap "nanti mak pukul"..maksudnya kalau dia buat lagi pengasuh tue pukul dia...hahahhahha....bagussssss..

Azam masuk keje balik. Aku ngan anak-anak balik rumah sampai rumah dah dekat 7.30 malam. Pang pung pang pung sound effect. Siaplah aku masak asam pedas ngan sayur nie.  Teringin sangat nak makan asam pedas. Ingatkan dah tak tercapai dah nak masak asam pedas nie sebab balik lambat..huhuhuhu...tapi sebab teringin punya pasal sanggup..penat pun penatlah janji dapat makan asam pedas.


Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

HappyIrfa berkata...

aduh,ngeri la..gila jauhnya biji tu masuk.saib baik tak de apa2..
harap dia takut nak buat lagi pasni