20 Julai 2011

Betul kata pepatah...

Seorang mak boleh menjaga 10 anak tapi 10 anak belum tentu boleh jaga seorang mak.....

Aku tak cakap orang lain, tapi aku cakap diri aku sendiri sekarang nie. Sejak mak disahkan kanser dan menjalani rawatan kimo, aku mengharapkan semua ahli keluarga sama-sama jaga mak. Aku kerja+anak-anak masih perlukan perhatian, kayang & ateh jauh, abang ayeng lelaki dah tentu tak boleh nak masak isterinya pulak ada anak kecik jadi buat masa sekarang nie kakida adalah orang yang paling sesuai jaga mak sebab anak-anak dia dah besar tambahan pulak dia surirumahtangga sepenuh masa. Apa-apa keperluan mak aku cuba penuhi walaupun sebenarnya waktu dan bajet aku sangat terhad.

Setakat nie mak ok cuma bila kena kimo tue ada waktunya mak mabuk (muntah2+pening berpusing), Selera makan hilang tapi masih mampu mengurus diri sendiri. Muntah pun boleh pegi bilik air.

Bila hari minggu giliran aku pulak jaga mak. Kebanyakkan hari sabtu aku kerja jadi aku ambik mak petang sikit lepas aku selesai masakkan makanan mak atau kemas rumah sikit-sikit orang berkerja macam aku nie larat masa weekend jelah nak mengemas, tue tu pun cincai boncai je. Buat masa sekarang kitaorang control pemakanan mak, ambik makanan yang tinggi antioksida. Susah sikit nak masakkan mak sebab bukan semua benda mak suka nak makan, maksud aku yang tinggi khasiatnya. Kalau hari-hari makan makanan yang direbus je muak pulak mak. Aku blend kan jus buah mak taknak minum, durian belanda tak boleh masuk baunya dia tak tahan, brokoli mak cakap masuk mulut rasa bulu2, yang dia boleh telan pucuk ubi ngan daun meranti je.

Hampir sebulan jugak tetiap hari minggu mak ada kat rumah. Aku suka je mak kat rumah aku. Masa baru-baru mak kena kimo tue mak masih cergas lagi. Kebiasaan aku ngan Azam kalau hari minggu kebetulan Azam cuti atau keje malam kitaorang suka sarapan kat luar, jadi masa mak masih cergas mak masih boleh ikut kitaorang jalan-jalan kepasar pagi cuma sarapan aku siap-siap masak sebelum keluar sebab mak tak boleh makan sembarangan kat luar, kebersihannya tak terjamin.

Minggu lepas ahad Azam cuti jadi dia talipon aku tanye nak pegi mana-mana tak pagi tue. Aku cakap lebih kurang pastu terus letak talipon sambung sms..takut mak dengar nanti dia salah anggap plak. Mak tanya Azam nak apa. Aku cakaplah Azam nak ajak keluar jalan-jalan (maksudnya cari sarapan kat luar). Pastu mak cakap "kalau ko nak keluar ko hantar mak baliklah..mak tak larat nak ikut". huhuhuhu...Aku terpikir kalau aku hantar mak balik rumah sapa nak masakkan mak. Konpem nanti mak tak makan. Kalau makan pun agaknya nasi ngan ikan bilis. Mak nak masak mesti dia tak laratkan. 

Aku cakap ngan Azam kita keluar pegi pasar jelah sekejap. Pastu kalau nak jalan-jalan petang sikit, lepas aku masakkan mak dulu nanti mak boleh tapau makanan yang aku masak. Pagi-pagi mak dah sarapan. Jadi aku keluar jugak ngan Azam bawak aqil je anak-anak yang lain nak temankan nenek katanya. Azam ajak sarapan dulu, pastu pegi pasar beli lauk sikit terus balik terus masuk dapur cepat-cepat masak untuk mak sebab dah pukul 12 mesti mak lapar. Alhamdulillah mak makan 2 kali selang 2 jam je.

Sini suami sana mak. Ibaratnya diluah mati mak ditelan mati bapak. Tulahkan bukan aku tak sayang mak atau taknak jaga mak atau aku rasa mak menbebankan tapi aku ada komitmen lain jugak. Kalau aku sorang & jaga mak je insyaallah takde masalah kot.

Aku sangat-sangat berterima kasih ngan kakida sekeluarga sudi jaga mak. Budi baik dia aku adik beradik tak terbalas. Walaupun mak tue ada gelaran tambahan untuk dia tapi gelaran 'tiri' tue umpama ghaib. Terima kasih kak!.


Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

HappyIrfa berkata...

betul cakap ko.aku pun ada terpikir,skrg ni alhamdulillah..
mak ayah masih sihat.esok lusa x tau lagi.aku ada 6 beradik.4 duk sini (n9) 2 duk kg masih skolah.
kalau mak ayah tak sihat..sapa yang boleh jenguk mereka..sbb tu bila adik lelaki cakap nak duk kg,aku setuju je..atleast ada org boleh jenguk mereka.

org tua kalau tak sihat..akan jd lebih sensitif

Fariza berkata...

irfa kalau yang jaga orag yang sama je padahal ada lagi yg lain2 mesti ada yang terasa jugak...mmmmm...

betul perasan orang tue sakit memang sensitif...