18 Mei 2011

Solat versi Aqil..publish kali ke2 yang tak sama isinya..

Aku dah publish n3 nie, minggu lepaskan blogger error..bila bukak balik isnin lepas..pelik aku.... n3 nie masih kat draf pastu masih kosongggggggg..hampeh betul!..kenalah karang balik..yang sama cuma gambar penerangannya mungkin jadi lain.

Aqil nie baru 2 tahun 4 bulan...budak usia-usia nie kan kemahiran dia meniru sebelum dia membentuk identiti sendiri. Apa yang nak diharapkan pada solat budak yang masih nenen ibunya pastu bapaknya bising2 sebab dah 2 tahun lebih masih nenen lagi..hahhahaha..kecoh bapak ko qil!.

Masa aku tengah sembahyang dengar nampak sangat tak khusyuk aqil cakap ngan azri.. "abang ukak bang, nak ayang"..dia suruh azri bukak lampu bilik air sebab nak ambik air sembahnyang. Abis solat Aku jenguk dia kat bilik air...sopan dia siram kaki dia ngan air pakai gayung. Aqil ambik air sembahyang siram kaki je..muahhahahha..bantailah qil. Abis ambik air sembahyang aku bentangkan sejadah...



terus sujud gaya katak..muahahhaha..

duduk plak...nie tak taulah gaya apa...dia ulang 2 kali perbuatan kat atas tadi ngan nie..pastu

selesailah solat dia..huahuauaha

cubaan nak lipat sejadah..tapi tak berjaya ..hahhahha..sejadah tue pun lagi besar dari dia..
"abis dah ibu, aqil dah ayang dah"..hehhehhe..pandainya anak ibu..
Selalunya dia nie tukang selit je kat celah2 kalau nampak aku atau abang2nya sembahyang.. sekarang nie upgrade ckit siap ambik air sembahyang sekali.

Part tiru sembahyang nie  memang sejuk perut aku mengandungkan dia..tapi aku satu benda nie yang dia buat sampai aku terkedu!. Aqil nie ada tabiat suka bukak peti ais. Satu hari tue dia bukak peti ais..dah tengok lebih kurang dalam peti ais tue padahal setiap 10 minit agaknya bukak peti ais... Dia selamba je lari kedepan tak tutup peti ais tue balik. Aku jeritlah "aqil! tutup peti ais nie!". Pastu dia patah balik..dia pegi kat pintu peti ais tue..dia sepak sekuat hati dia sampai bergegar seluruh peti ais...lantas tertutuplah ai dengan tendangan aqil. Terkedu aku. Pastu aku cakap "amboi2 sapa ajar dia tutup peti ais camtu!". Dia boleh gelak2..cis..kurang asam punya anak. 

Aku ingat2 balik..mmmm rasanya takde aku tutup peti ais ngan kaki..selalu ngan pinggul aku je..hahahhaha...kena siasat nie sapa yang tutup peti ais ngan kaki...siaplah orang tue...

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

HappyIrfa berkata...

hahaha.tutup ngan bontot?
mcm biasa aku buat je

Fariza berkata...

hahhaha..ada geng rupanya...