27 April 2011

Seperti dijatuhi hukuman mati mandatori

Kalau mengikut gambaran  CT SCAN, mak dikesan  menghidap kanser paru-paru tahap 3.  YA ALLAH betapa besar ujian yang datang. Dan paling sedih ini adalah pengalaman ke2 setelah abah aku jugak meninggal kerana Kanser paru-paru. 
 
Depan mak aku tak boleh menangis, aku kena kuat depan mak sebab aku taknak dia luntur semangat untuk lawan penyakitnya.

Aku sangat berharap rayuan dan doa aku adik beradik di perkenankan oleh ALLAH. Supaya mak diberi kesembuhan & dipanjangkan umur. amin.amin.amin.

Semuanya bermula pada tarikh 20/3/2011...X ray yg dibuat menunjukkan kelainan pada paru2 mak. Kemudian set pulak 21/3/2011 untuk jumpa doktor seterusnya. Masa nie mak dah mengah+letih+lesu tak bermaya. Batuk tak berhent tapi tak pulak batuk berdarah malah berkahak pun takde. Kena pulak buat ujian TB...set balik appointment 2 minggu kemudian. 


3/4/2011 mak pegi klinik swasta, buat X ray lagi sekali..doktor cakap paru-paru mak ada ketumbuhan & suruh refer doktor pakar. Mak talipon aku menangis, aku sabarkan mak..aku cakap esok kita jumpa balik doktor kat Hospital banting. 

4/4/2011. Jumpa doktor tengok result TB..clear..darah pun ok. Doktor cakap mak sihat!. Hangin!. Ko tak tengok mak aku nie jalan pun tak larat..lesu...pucat. Aku cakap kat doktor mcm mane plak takde apa-apa doktor sebab result x ray nampak mcm paru2 mak ade yang tak kena. Doktor suruh aku ambik result X ray 20/3/2011 kat bilik xray. Bila dah dapat doktor tenung lama2..siap panggil kawan dia. Pastu setkan appointment untuk jumpa pakar. Doktor tue sendiri tak berani nk cakap apa2. Dia cakap klu nak tau kena buat CT Scan. Sampai kat klinik pakar nurse setkan appointment 1 bulan ++ baru boleh jumpa pakar. Oh! membara sungguh aku. 

Aku cakap kat mak kita buat kat swasta jelah senang. Mak pun setuju. 11/4/2011 Aku bawak mak pegi Hospital private. Kebetulan ada surat dari klinik swasta tue ngan x ray sekali so..doktor tengok..terus buat CT Scan. Sebelum tue doktor dah cakap. Ini Kanser maglinan..masa tue mak tak dengar. Aku ngan kakak dah macam kucing beranak..berdebar2.

Masa nak tunggu result CT Scan. Mak nangis kena cucuk sebab nak masukkan ubat. huhuhuhu..sedih je..Keputusannya positif mak kena kanser. Benda tue dah merebak ke kelenjar (tahap permulaan) barah tue pulak dah sebesar 3.6cm (lebih kurang). So doktor letakkan mak pada tahap 3. Allah je yang tahu hati aku masa tue. Mula2 doktor nak refer kes nie ke HKL tapi aku minta hantar ke PPUM. Benda nie kena buat seberapa segera. Aku ingat nak pegi besoknyalah tapi mak cadangkan survey dulu jalan ke PPUM, esok takdehlah sesat barat. Mula2 tue aku mcm tak setuju sebab aku tak berapa berani. Kebetulan sampai kat kete aku tengok GPS ada dlm kete..aku cakap kat mak bolehlah pegi PPUM. Set GPS terus menghala. Alhamdullilah Allah permudahkan semunya. Takdelah susah sangat nak pegi PPUM tue lagipun kakak aku ada..dia jadi GPS kedua aku..hukhukhuk.

Dah alang2 survey jalan teruskan jelah masuk ke PPUM. Sampai PPUM, abg ipar aku dah tunggu kat sana. Acara tolak menolak pun bermula dan akhirnya sampai kat Klinik Onkologi tue pun diorang akan call utk datang jumpa doktor. Nasib baik pegi masa tue jugak kalau tak rugi cuti aku sehari. Dalam keadaan kritikal nie cuti sangat berharga. Settle kat PPUM patah balik ke hospital Private tue lagi sekali sebab doktor tue ada bagi antibiotik (untuk radang paru2) kat mak utk 2 hari je. PPUM pulak minta tempoh seminggu utk set appointment. So nak mintak tambah ubat tue bagi tempoh seminggu. Doktor tue pun kagum tengok kitaorang dari klang pegi PPUM pastu patah balik ke Klang balik....huhuhuhu.. Aku kat highway speed bleh tahan..huhuhuhu...

Sampai sekarang nie pun mak masih ber appointment lagi ngan PPUM..jumpa pakar tue jumpa pakar nie. Aku dah tak terdaya nak dengar apa2 khabar buruk dari doktor. Nasib baik ada yang boleh ganti aku..huhuhhuuhu...

Bila dikhabarkan berita tue, hidup aku rasa kosong sangat. Hidup aku memang huru hara. Sampai kena tegur ngan Azam aku dah mcm orang putus asa..termenung sana termenung sini. Terpikir kat kepala hotak aku nie mcm mana nak buat yang terbaik untuk mak supaya mak tak menderita kerana kanser tue. Hanya Allah je yang tahu betapa hancurnya hati aku. Lagi2 hari2 aku pandang muka mak..aku rasa sayu sangattttttttttt...

Mak ! walaupun apa pun terjadi aku akan tetap usaha untuk ubatkan mak. Mak mesti kuat!. Ya ALLAH aku meminta rahmatMU...Sembuhkan penyakit ibuku dan panjangkanlah Umur ibuku, janganlah biarkan dia derita kerana kanser. Amin.amin.amin.


Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Acik Erna berkata...

assalam Fariza..semoga mak fariza dirahmati dan fariza adik beradik boleh buat yang terbaik untuk mmembantu mak..insyaallah.

Fariza berkata...

Acik erna: Amin. Terima kasih banyak2 kak..sudi mendoakan. Insyaallah memang kitaorang sedaya upaya buat yg terbaik untuk mak.