09 Februari 2011

Taman burung Kolumpo (CNY2011)

Kenapalah kemalasan melanda dengan teruk nie!. Banyak peristiwa2 yang patut aku catat kat sini ..akhirnya cerita pun basi dan aku tak sampai hati nak hidangkan kat sini. Hanya memori aku tempat simpanan yang layak untuk cerita2 basi tue..hukhukhuk...

Abis dah citer malas2 nie. Nie nak citer pasal percutian free 4 hari 4 malam kat rumah sendiri..ahaks. Sebagai memenuhi permintaan mak budak, Azam bawaklah kami anak beranak pegi KL. Fuyooo..pegi KL..advance dah Azam..pestime nie sebab ada bantuan minah GPS..ehehheheh..kalau tak ko jangan mimpilah tayar kete nak jejak ke jalan2 kat KL tue..

Korang tau tak, percutian yang menarik bagi orang2 yang ada anak dibawah 12 tahun ialah dengan melihat binatang2 secara live. Tu sebab aku kalau bercuti lebih minat pegi Z00, Taman Rama-Rama, Taman Buaya...

So, TAMAN BURUNG adalah pilihan yang bagus..aku rasa. Seronok betul jalan2 kat KL time cuti panjang nie. Jalan tak sibuk, salah jalan boleh main celok2 je..ohhooooo.. Kat TAMAN BURUNG yang ramai pelancong asing je.

Azam beratur beli tiket. Harga tiket boleh tahan mahal kalah masuk Z00. Dewasa 20 ringgit & kanak-kanak 10 ringgit. Aqil free.
Keterujaan!. Anak2 happy makbapak 24 kali happy. Kira berbaloi baloilah masuk sini. Kawasannya besar, cantik & terurus. Burungnya jinak2. Cuma kena hati2 takut taik burung jatuh dari langit..hahhahaha..

Kolam ikan pun ada banyak gak tapi sedikit kecewa sebab masa tue semua mesin beli makanan ikan rosak.

Gambar-gambar kenangan kat Taman Burung. untuk tatapan cucu cicit..hahahhahha..

biarkan anak tue merayap sendiri sampai nak masuk dalam sangkar burung..hahhahah..makbapak tetap pose romantik..bluekkkkk..

couple poyo..hahhahha..siap warning anak lagi kalau ambik gambar nie tak cantik siaplah..hahhaha..





eksen je budak nie pegi kejar2 burung sekali burung tue patah balik nak patuk dia. terus terkejuzzzzz..hahhaha...lawak tengok muka aqil panik...burung tue besar dia oo..

Gambar-gambar burung yang sempat di fokus oleh camera.









 Gambar Landskap betul ke aku eja nie..belasah yang cantik


lelaki bertopi tue bukan maskot landskap taman burung ye..hahhahha..tu laki aku..



Alamak tak banyak rupanya landskap yang cantik2 yang sempat difokus oleh kamera. Tapi kat dalam tue memang cantik tertarik ko memang debom..bagi akulah.

Habis dah lawatan ke Taman Burung. Lepas nie ke.....???




Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

sya berkata...

kak sya pun tak penah gi taman burung ni..walaupun selalu lalu

Fariza berkata...

Kak sya: selalu lalu kak sya? ada anak bawah umur nie seronoklah kak sya..esok2 klu diorang dah besar taknak agaknya klu pegi tempat2 cam nie..