10 Februari 2011

Menara Kolumpo (CNY 2011)

Lepas Habis ronda-ronda Taman Burung. Aku ajak Azam pegi Menara Kolumpo..teringin bebenor rasanya nak nengok pemandangan dari atas tue. Set GPS...tak sampai 15 minit sampai dah.  
Tiket naik ke Menara nie agak  mahal mencekik darah jugak..Dewasa 38 ringgit kanak-kanak 28 ringgit. Aqil free lagi. So kiralah berapa RM yang telah dilaburkan semata-mata nak naik Menara Kolumpu tue yang tak sampai 20 minit pun kat atas...Huahuahua... Tapi oklah memberi pengalaman menarik jugaklah....ayat Azam "takpehlah sesekali"....bila mengenangkan duit yang perlu dibayar kat tiket tue...hahhahahha

Ketinggian nak ke pelantar pemandangan adalah 276 meter. Telinga ko siap terdengung kena telan air liur banyak kali..ehehheh...Fahmi tengah kepekakkan telinga..hahahhahaa..


Aku dapat capture masa lif turun pada ketinggian 200 meter.

Azam saje sabotaj gambar-gambar aku kat atas menara tue. Habis semuanya gelap..cis betul..alasan dia ada cahaya matahari. Gambar-gambar kenangan adalah seperti dibawah:- hahahhah..poyozzzzzzz









Nie pulak gambar-gambar pemandangan dari atas pelantar pemandangan.








Dah jom anak2 kita turunlah...yang ada kat atas tue cuma kedai cenderahati ngan  5 set binokular automatik yang boleh tengok benda jadi besar..kalau tuju kat pool hotel tue boleh nampak orang mandi berbikini dengan jelas.... silap gaya..sterch marks kat perut pun bleh nampak..ekekkekek...

Cantik tak kubah nie?. Kubah nie direka berdasarkan kesenian senibina masyarakat islam tradisional bercirikan gaya muqarnas. Rekaan nie berasal dari Iran.info dari pamplet yang dibagi..apa ko pikir aku nak hapal2 info nie..tolongggglah..hahhahhah.. Hiasan nie ada kat pintu masuk ruang legar lif. Memang cantik. bling.. bling..

Sebenarnya dengan harga tiket yang dibayar masa nak naik pelantar pemandangan tue ada 3 lagi tempat menarik perlu dilawati. Kira pakejlah..1+3. belasahlah labuuuuuuu....apa yang menarik kat KL tower Animal zone nie..Jom kita terjah..memang dasar kawan2 ngan binatanglah...hahhahaha kebetulan yang bagus mana2 je mesti tengok binatang.. Menarik jugaklah dalam tue, walaupun tempatnya kecik je..

Macam-macam binatang ada kat dalam nie. chipmunk pun ada, cute gila. Lupa plak nak ambik gambar.



Tu jer yang larat di fokus...klu camera kat azam memanglah..tunggu dicakap baru nak ambik...hampeh..

Tempat nie pulak dapat naik kuda. Kanak2 dapat naik kuda single klu orang dewasa dapat naik kereta kuda(yang nie aku malas nak tunggu). Bagi anak2 jelah naik kuda.

Ala dia naik takat dua pusing yang tak sampai pun 5 minit. hahahhha..jadilah buat geli2 bontot kat atas kuda tue..


Tempat akhir sekali..adalah..Pameran F1. Masuk sekejap je ambik gambar keluar balik. Sebenarnya kat dalam nie ada game tapi untuk org tinggi jelah sebab kena masuk kat kete F1 tue. Takat anak2 aku tue memang tak lepaslah ketinggian yg ditetapkan, so malas nak tunggu...

Jomlah kita balik..dah petang nie..perut pun dah kebulur dah nie....Badan pun dah penat. Aqil pun dah mula nak meragam sebab tak cukup tido..ehehhehhe..
Alhamdulillah perancangan terkejut yang sangat menjadi. dan yang paling menjadi poket hampir rabak ..hahhahaha Walaupuan keluar rumah agak lambat & sempat pegi 2 tempat je. Jadilah dapat bawak anak-anak, mana tau nanti cikgu sekolah Azri ngan Fahmi suruh buat karangan pengalaman cuti sekolah..bolehlah dia citer hahhahha..ada lagi ker cikgu2 suruh buat karangan macam nie?.. teringat pulak zaman2 sekolah dulu..tajuk karangan yg wajib..muahahhahha...

Lain kali nak terjah Muzium negara & Tugu negara pulak. Tunggu ada cuti panjang biar org2 KL balik kampung baru boleh terjah KL lagi. silap gaya kena tunggu raya cina tahun depan..hahhahahha..


Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: