31 Januari 2011

Suspek kedua .....kenapa aku sakit belakang macam nak bersalin?

Macam bibir Angelina Jolie tak?..hahhahahha..hampeh!..

Sejak aku puasa ganti minggu lepas (dapatlah 3 hari), aku perasan sakit belakang aku dah hilang..totally hilang terus.

Apa kaitannya ngan bibir aka mulut aku?

Betullah makanan nie kadang-kadang boleh jadi racun pada badan kita kan? Aku nie jenis perut sentiasa penuh. Sarapan tak penah skip, lunch tak penah skip, makan malam pun tak penah skip sebab aku bagi alasan anak aku menyusu badan padahal anak aku menyusu malam je pun pastu aku makan bukan setakat nak kenyang tapi makan macam ada perewang akak bela hantu raya ohho.  Bahananya aku sakit belakang mungkin sebab tulang belakang aku dah tak boeh tampung berat badan aku sendiri senang cerita terlebih beban!.

Tekad aku kena jaga makan. Plan aku bila aku dah habis bayar hutang puasa lepas nie aku boleh shopping barang2 raya tanpa rasa bersalah..ohho.... aku akan teruskan puasa sunat pulak isnin khamis. InshaAllah. Aku tak pandai nak kawal apa yang  aku makan hari-hari,  aku gantikan dengan puasalah, senangkan?.

Sebenarnya nie pun salah satu kaedah nak turunkan berat badan aik parijah nak kurus ker?. ohho..teringin gaklah nak kurus balik..ehehehhe..

Selingan sedikit pasal puasa ganti..

"ibu, hari nie ibu puasa lagi ker?"

"puasa"

"ibu, puasa 30 hari ker?"

"taklah, ibu puasa ganti"

"puasa ganti tue apa?"

"abang, ingat tak orang pompuan sebulan sekali Allah kasi cuti sembahnyang?..macam tue jugak dengan puasa. Masa puasa sebulan tue ada hari yang ibu cuti puasa. Kalau cuti sembahyang tak payah ganti tapi kalau cuti puasa kena ganti.."

"ooo, masa ibu kena sakit perut tue ye"

"iya.."

"bestlah jadi pompuan..abang nak jadi pompuanlah..nanti ada cuti sembahyang"

"abang nak rasa sakit bersalin macam pompuan?"

"taknak"

"dah tu mcm mana nak jadi pompuan, kalau abang taknak rasa sakit bersalin sebab pompuan kena mengandung pastu keluarkan baby pulak"

"tak jadilah nak pompuan jadi lelaki jelah.."

Haahhahahhaha..macam2 budak nie...ala bang ko suruh sunat pun asyik berdolak dalih je ada hati nak jadi pompuan yang kena sakit bersalin tue..mmmm...

Ada anak lelaki macam nielah takleh aku nak citer hari berdarah orang pompuan. Aku takut dia lagi konpius. Kena kasi ajar ayat yang mudah dia paham.



 Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: