06 Januari 2011

Perkahwinan terakhir dalam keluarga aku-bah 3

Selamat bertemu lagi. Masuk bahagian ke 3 cerita ini. Tapi nanti rentetan peristiwa aku buat tajuk lain. syok sendiri nie.

Sorry ye sapa- sapa yang nak baca belog aku tiba-tiba dah tak dapat dikesan sebab aku dah tukar URLnya. Konon nak lebih komersil walaupun sebenarnya yang baca belog aku nie hanya 4-5 orang je sebulan..hahahhahha...kesian kakak parijah syok sendiri .

5 haribulan dopblas. Suasana pagi memang mendamaikan. Masa nie Baru pukul 8-9 pagi. Makcik-makcik yang merewang dah datang. Gigih makcik-makcik nie.



Khemah khas untuk karaoke. Tengah setting. Team karaoke yang supporting walaupun penyanyinya ada kedengaran hazabedah ckit..hahhahahha...





Khemah khas untuk masakan terbaik dari ladang. Jiran-jiran & sedara mara yang bergotong royong menjadikan majlis berjalan lancar dan sangat manis dikenang.




Khemah meletakkan cenderahati untuk tetamu. Kakak ipar yang gigih dapat 2 ringgit terus gigih ..hahhahahhaha.. nampak tak 2 ringgit kat dada berbentuk rama-rama tue..





Tengah susun lauk pauk untuk santapan tetamu. Alahai laki sapa yang rajin sangat tue. Bersongkok bagai hahahhahha...songkok pinjam plak tue..opsss....hahhahaha..







Sebahagian lauk pauk yang ada. Semuanya sedap-sedap. Sampai tak tau nak makan yang mana tak sempat pun nak rasa semua tak rasa tapi tau sedap..hahahha..penipu punya parijah nie... eh aku kan ada aura perasa hahhahha..bz aje..keadaan tetamu yang datang sama mcm malam tue. Bila dah penat ko hidang ayam golek pun aku tak heran ye ker kak parijah?









Sebelum tercekik sebab ramai tetamu datang baik kita mencekik dulu..hahhahahha...Ini patutnya sarapan tapi aku buat macam makan tengahari..hahahhaha..nasi minyak pagi2 celik. Tapi nasib baik aku makan nasi minyak nie pagi-pagi celik sebab lepas tue makan tengahari aku pukul 4 petang...fuhhhhhh..menggigil cacing2 dalam perut aku dan hampir terbunuh cacing tue..nasib dpt diselamatkan klu tak jadi pembunuh aku nie...hahahhahha.












Diorang bersanding pukul 12.00. Memang saje cepat2 takut hujan. Kalau hujan diorang bersanding kat bilik jelah gamaknya. diorang memang sukalah klu suruh duduk dalam bilik 




Mak menepung tawar anak terakhirnya. Sayu pulak aku tengok gambar nie kalaulah arwah abah ada............




Nie acara seterusnya. Acara tabur gula-gula dengan duit syiling. Ko tengok gambar yang aku bulatkan. Dia 2 orang jer kecoh lebih hahahha..over bapak2 budak nie. Diorang tue sepupu aku.





Kan aku dah cakap...tak sempat nak ditabur dia pegi seluk sendiri kotak tue..hahahhah..gelojoh tau..hahhahahha...Padahal anak2 sepupu aku nie relak je duduk tepi tengok bapak diorang nie meng-over. hahahhaha...Happening ooooo..syok abis..aku tukang jadi pompom girl jerit2 panggil budak2..hahahhah..DJ nak bagi mic aku malu nak ambik..hahahha..poyo lebih..





Cantik tak teratai kat parit tue?...gambar tak bermotif mcm nielah...ehehhehhe...saje nak mengasah bakat yang tak berapa nak timbul nie...sumpah gambar nie sampah jer...hahahhaha


nie pun gambar mengasah bakat..hahhahahha...oklah nie daripada gambar kat atas...hahahhaha.. comel2 belaka anak2 nie...terutama anak akulah..hahahhahahha..

 Oklah jumnpa di segmen lain ye..bye bye..lambaian ala2 mis world..muahahhahha..

Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: