08 Januari 2011

Aku kongsikan peristiwa yang mencalar kemeriahan majlis.

Aku dah post kat fb tapi sekeping je. Kat sini lebih selesa bercerita dengan penuh perasaan. Kejadian ini dalam pukul 2 ker 3 petang macam tue. AKu tengok macam kecoh je aku pun kepochi sama nak tau apa bendanya. siap bawak kamera tue dalam hati boleh buat modal tulis belog kihkihkih..Sekali pegi tengok terus ternganga. 2 bijik kereta sekali kena. Kereta nie pulak kepunyaan adik beradik depan abang belakang adik (klu tak silap akulah) ipar pakcik aku yang punya. Aku ingat pecah je takde barang hilang sekali aku tanye...glupp..Henbeg ada kat dalam tue dengan duit cash RM1000 oooooo...patutlah kene pecah pencopet nie dah bau dah...pencopet nie deria bau dia macam anjing

Saksi yang tak berapa pasti cakap ada ternampak 3 orang budak melayu naik motor 2 bijik berlegar2 kat kawasan tue tapi takdelah suspek apa-apa. Yang paling best pencopet tue memang betul2 berani sebab kereta tue parking betul2 depan rumah orang hanya 3 ker 4 langkah je dah boleh masuk rumah orang tue. Pastu yang paling best lagi budak bangla jaga kedai sebelah yang kena marah + hampir kena belasah...hohohohoho.. sebab boleh tak perasan ada org pecahkan cermin kereta tue. Terketar-ketar budak bangla tue jawab "saya tak nampak bang, saya duduk dalam mana nak nampak".Tapi agaknya mana nak dengar dengan sound system karaoke yg kuat masa tue kan...




Ini kereta kedua yang kena. Cermin belakang yang kena pecah sebab dia nampak henpon mahal kat seat belakang tue..anggaran dalam RM1000 gak. Polis datang tak lama lepas tue. Polis cakap kat Pakcik aku, masuk kejadian nie dah 5 kes yang hampir serupa kat kenduri kawin kawasan sekitar kampung aku tue. hmmmmmmm..

Moralnya kita sebagai masyarakat jangan menggalakkan jenayah. Mangsa bagitau dia nak pegi kejap je kenduri tue jadi malas nak bawak henbeg jadi diselitkan bawah karpet kereta. Kalau ikut tempat yang aku tengok tue memang tak sangka ada beg kat bawah tue tapi klu dah namanya pencopet hidung anjing memang dia tau jelah.....


p/s seronok plak boleh bagi gambar2 besar nie..klu tengok muka orang bleh kira berapa kedut ngan jerawat batu yang ada..hahhahahhah

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Kasih Firdaus berkata...

betul la...kena hati2... i pun selalu letak handbag bawah seat...hahahahah....

Fariza berkata...

Aida : hahahhah..saya pun suka tinggal kat kete gak....ehehhehe..