27 Disember 2010

Perkahwinan terakhir dalam keluarga aku-bah 2

Sebelum Majlis berenai tue, Atih buat acara tukar-tukar baju. Masa tue aku dah tak ambik port dah pasal dia, sebab sibuk sesangat rasanya, yang aku tau dia pegi ambik gambar dekat ngan jamban rumah..hahahhahha..

Lepas sembahyang maghrib aku dah sampai rumah mak balik. Balik sebab nak mandi + tukar baju je. Pulak tue abang-abang ipar aku tugaskan aku agih-agihkan satay..hahhahah..ampun aku taknak buat.


Tukang lap meja takpeh aku rela, untuk aku agih-agihkan satay abislah aku bau asap cannot accept..chewahhh.. .



Lepas pukul 8 malam orang dah start ramai yang datang sampai cawan, pinggan, tempat nak makan tak cukup.  Aku nie kejap2 basuh pinggan, kejap2 bilas cawan kejap2 lap meja, kejap2 senduk nasi..sumpah tak rehat langsung..huhuhuhuhu..penat betul. Malam tue yang paling aku tak ingat mana si aqil aku campakkan..hahhahha.. Macam mana aku boleh lepas dari dia pun aku tak tau..mejik betul Aqil tue kalau boleh 24 jam asyik nak berkepit je dengan aku

Nampak dalam gambar macam tenang je. Tapi keadaan sebenarnya macam huru hara ckit.

Walaupun dalam sibuk2 aku sempat jugak aku menepung tawar..hahhaha..sebab aku teringin nak tepung tawar pengantin. Adik sendiri nie aku tak berapa nak malulah. Belasah je..hahahahhah...Seronok aku!. Berasnya aku main campak2 je..hahahhah..tak baikkan campak beras.


Susah betul nak kumpulkan adik beradik, penat tau tak..panggil sorang..sorang lagi hilang. Malam tue nie jelah gambar yang ada. Abang ayeng baru balik nyangkul. Dari majlis nikah kat masjid sampailah tamat majlis inilah uniform dia.


Cuba perhatikan betul-betul..azam dengan anak2 aku basah  sebab basuh cawan & pinggan.  Aqil tue pun baru tukar baju, dia pun sama gak..tapi part dia main air je lebih.

Sambung lagilah yeeeee..aku ingat sampai tahun depan pun tak abis lagi nie citer nie ala tahun depan lagi 4 hari je pung kecoh lebih.

Ini telah menjadi SEJARAH

22 Disember 2010

Kecoh betul laki bini nie

Perbualan talipon..dah 2 hari aku tak jumpa azam

"kat mana?"

"kat rumahlah, dalam bilik nie nak tidokan aqil"

"Tadi abg kemas jumpa surat-surat nak bayar yuran sekolah budak-budak, kenapa tak bagitau?"

"a, ah memang ada lupa nak bagitau"

"kalau bagitau awal2 hari tue, kalau abang ada masa boleh pegi bayar"

"macam ada duit..hahahhaha..bukan abg cakap nak tunggu bonus ker?"

"hahhahaha...iyalah2..aku jugak yang kena. Kali nie ibu pulak pegi bayarlah duit yuran anak-anak....asyik abg je yang pegi."

"abis tue dah abang bapak diorang, kalau bapak diaorang tue jiran sebelah..ibu suruh jiran sebelah yang pegi bayar duit yuran tue....hahhahahha"

"hahhahhaha....ala ibu tak penah pegi bayarkan?..sesekali apa salahnya"

"oklah ibu pegi bayar...tapi lain kali abang pulak mengandung ngan bersalin...asyik ibu je. Kita tukarlah nak..sesekali je?"

"hahhahahha...apa pulak, mana boleh..... mengandung tue dah tetap.."

"dah tue abg berkira nak bayar duit yuran anak..ibu pun kena kira gak camtu"..

"hahahhaha...kecoh betullah"..

"hahahahaha...abglah kecoh..bayar duit yuran anak pun nak berkira"


Nie namanya gaduh2 manja. kalau gaduh betul aku dah hempas hp tue keluar bilik..hahhahahha..*tipu*. Benda serius pun boleh jadi bahan gelak part aku tue memang tak boleh tolonglah aku nie mana penah pikir benda serius....asyik nak gelak je. Azam pun dah tau perangai aku. Aku suka gelakkan Azam sebab Azam nie kadang2 luruzzzzzzzzz.... hahahha..kurang ajar bininya.



Gambar kat panggung wayang. Tengok citer HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH..... Sumpah..kelakar nak mati.

Dating berdua ngan Azam, pertama kali ambik couple seat. Siap main tindih2 peha ngan azam..kahkahkah..Pastu takde adegan2 lain boleh dibuat sebab aku sibuk ketawa. Sampai Azam cakap "suara ibu je kat panggung tadi"...hahhahhaha. Nasib baik aku ingat kat panggung kalau tak lagi dahsyat lontaran vokal aku..hahahhahha. Belum ada dialog pun aku dah gelak..masa tengok awie naik motor pastu lagu background lagu diambang watie..ntahlah aku tengok muka awie tue pun aku dah gelak. Azam cakap ngan aku "belum2 dah gelak ibu nie". ada aku kesah. Nak tengok lagi...huahuahuahua...

P/s : dah mcm surat cinta pulak..aku masih takde mood lagi nak mengarang citer perkahwinan terakhir..tunggu mood kembali baru bleh sambung..masalah aku nielah klu buat citer sambung2..aishhhh...

Ini telah menjadi SEJARAH

20 Disember 2010

Azri dan kahwin memang tak boleh dipisahkan..

"abah, kita boleh kawin 2?"

"Boleh"

"macam tue abah kawinlah lagi satu"

"buat apa nak kawin lagi?, ibukan dah ada..lagipun ibukan love abah..selalu kiss kiss. Lagipun kawin 2 bukan senang tau."

Hahahhahaha..kurang asam punya anak. Azri citer ngan bapak dia tak jaga perasaan aku langsung, macam aku nie tak wujud je padahal aku nie tercongok kat sebelah bapak dia. Nasib baik bapak ko tue sedar bininya ada dekat sebelah dia kalau tak siap lah ko bang!. Jawab pun berhemah je ..hahahhahhaha.. entah-entah kalau aku takde dialog Azam mungkin jadi macam nie "nantilah abah tengah pilih2 calon yang sesuai nie".


Ini telah menjadi SEJARAH

Perkahwinan terakhir dalam keluarga aku-bah 1


Majlis kahwin orang jawa nie selalunya berlangsung 2 hari 1 malam bersediaan majlis 70 hari 70 malam. Hari Jumaat(3/12) dah kena bersedia. Barang-barang sewa nie kena cuci lagi sekali sebab habuk. Anak2 buah + anak sendiri menyibuk lebih budak kecik tue tengah basuh cawan-cawan.








Hari jumaat malam nie jugak kena letak telur kat bunga telur, guna telur masin part nie pun aku jugak yang kena..bersih+basuh +rebus. Nasib baik ada makcik-makcik aku yang gigih tolong pasang kat bunga telur aku dah tak lalu nak buat. Tugas aku malam tue kena ambik hantaran yang dah siap digubah kat kedai andaman. Sumpah penat, 7 dulang aku kena ambik 14 kali turun naik tangga..malam tue je aku turun 20 kg pastu esoknya naik 40kg sebab makanan sedap2..kahkahkah. Pengantin jadi robot bahana lukisan paku pakis kat tangan ngan kaki..ekekkekke..




Hari sabtu(4/12) kena datang pagi-pagi sebab Atih nikah pukul 11 pagi dan aku cadang nak hantar dia ke masjid. Azam tido lagi kat rumah pagi tue sebab dia bangun pukul 2.30 pagi nak ambik ayam kat pasar. Gigih azam meredah embun pagi naik motor...sekali sampai rumah mak semuanya sedap tido..hahhahhaha..last2 tunggu punya tunggu bertolak dari rumah pukul 4 pagi...kesian dia tunggu lama.


Nie walinya. Selekeh gila mamat nie. Main sarung je baju melayu tak bergosok tue..nasib baik dia tak pakai topi kebun dia..hahahhaha..abang sapalah nie. Masa aku kawin dulu dia jugak jadi wali aku padahal dia tak kawin lagi umur dia masa tue baru 22 tahun..hahahhaha..aku ngan abang aku nie jarak 2 tahun je yang kat belakang tue semua makcik2 kesayangan aku, tue jelah yang tinggal. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk makcik2 aku.


Sampai masjid pukul 10.30 pagi, imam tak sampai lagi sebab janji pukul 11. Tepat jam 11 pagi imam sampai, acara pun bermula. Alhamdulillah sekali lafaz ntah berapa juta kalilah si apez nie practise..hahahhaha je sahlah diorang jadi suami isteri. Pukul 12 tengah hari acara tamat semua bergerak ke rumah pulak untuk menjamah sedikit hidangan.

eh, tadi kata balik rumah..tiba2 kat masjid balik..hahahhaha. Gambar kat rumah takde pulak. Nie gambar acara batal air sembahyang apez....atih tak ambik air sembahnyang.



"baru bangun tido ye bang?". Sampai gak azam kat masjid. Jadi pengawai pemerhatian, ahaks. Masa kat masjid nie aku tak bawak Aqil aku hantar dia kat rumah pengasuh, kalau ada dia betapa huru haranyalah aku karang, jalan selamat hantar kejap kat rumah pengasuh.



Lepas nie acara malam berinai pulak. tungggggggguuuuuuuuuuuuu..


Ini telah menjadi SEJARAH

16 Disember 2010

banyak sangat nak citer tapi tak sempat nak mengarang

Dah cuti lama..banyak kerja kena settle takut terlepas due nanti kena penalti.. akuuuu jugakkkk..yang kena. Lagipun sekarang waktu mengira gaji..yang nie memang takleh tangguh. Poket aku pun dah kering nie...poket jer kering..purse penuh lagi.......ngann resit2 hahahahha

Insyaallah lepas settle kerja-kerja aku nie.. aku akan marathon citer2 yang tertunggak.


Ini telah menjadi SEJARAH