29 November 2010

Aktiviti meleketkan ketiak...jom

Taman depan rumah apa adahal anytime...boleh pegi. eh, anytime?..no no no..anak-anak aku time pegi taman adalah pukul 5 ptg. Kalau aku tengah baikhati anak-anak nak pegi sebelum pukul 5 akan dipertimbangkan tu pun pergantung dengan keadaan cuaca.


Selalu diorang pegi dulu aku menyusul kemudian. Aqil dah pandai dah main semua mainan kat taman nie cuma tolong tengok je takut2 terjatuh ke. Gelongsor nielah aqil pegi campak anak kucing tue. Dia tengah lambai abahnya nak pegi kerja.


Tengok fahmi ngan azri kalau tengah baik...mmm... umpamanya "tiada sesiapa dapat memisahkan kami" cuba tengah gaduh..fuhhhhhhh..Selalu aku yang jadi pengadil nie kena siap sedia "bertukar!(ala utraman bertukar)" dengan libasan pedang rotan..ekekkekekke..Betullah sangat mencabar besarkan anak2 lelaki yang hampir sebaya nie.

Sekarang nie aqil ada aktiviti baru. Mengayuh basikal separa bulatan hahahhaha..dia tak pandai lagi kayuh basikal. Dia guna satu kaki je nak kayuh basikal tue. Aku kena jadi mandur kalau tak ke longkanglah aqil pegi karang. Gila buncit perut aku hahahhaha....ada satu hari tuekan aku duduk kat sofa separa baring pastu kan azam datang dia pegang perut aku pastu dia cakap "eh, baby gerak-geraklah bu" sambil gelak2. Kurang ajar tak? aku cakap "nak lempang tak bang?".


Azri dengan Fahmi sibuk nak basikal jugak. Tapi tak dapatnya. Azam cakap tunggu dulu. Eh, aku ada citer tak Azri masuk longkang dengan basikal2 sekali pastu dia tenggelam hampir paras dagu. Kalau aku penah citer nie kira ulanganlah macam citer-citer kat astro yang ulang tayang 20 juta kali.



Diorang nie memang ada basikal sorang satu. Satu hari diaorang mintak izin nak main basikal. aku pun bagilah dengan pesanan tak boleh jauh2. Lama lepas tue aku tengok azri balik bawak basikal fahmi dengan badan dah mcm orang minyak..hahhahaha... yang fahmi balik jalan kaki sambil bawak selipar azri. Rupanya azri jatuh longkangadan dia hampir tenggelam yang paling ngeri dia pegi tempat yang takde orang. Hangin betul aku. Nasib baik dia boleh berpaut kat tebing pastu dia pijak basikal dia naik ke darat kalau tak?...nauzubillah.



Azam pegi balik kat tempat tue nak ambik basikal dia, basikal tue dah tak nampak langsung + air longkang tue hitam. Tak kuasa azam nak meraba tarik basikal tue naik lagipun longkang tu dalam. Tamattun lah riwayat basikal tue. Memang kena marak kaw2 lah dengan azam. Aku biar je dulu. Bila dah reda aku pun mulakan siasatan detectif conan aku suka tengok citer nie ehhehehhe.



Biasalah abang salahkan adik, adik salahkan abang tapi part yang aku tak tahan tue..mcm mana azri boleh jatuh kat longkang tue. Aku ingat azri bawak basikal laju2 pastu terus terjunam dalam longkang tue, rupa2 salah. Citernya macam nie, bila dah sampai kat tebing longkang tue azri cakap ngan fahmi "dik, tengok dik abang masuk yer, abang masuk ye.." sambil dia acah2 basikal macam nak masuk betul kat longkang tue..sekali ntah mcm mana terlebih acah ha ..ambik ko masuklah azri ngan basikal2 sekali secara slow motion. Dramatik tak?. aku dengar nak gelak ada nak marah pun ada. Sekarang padan muka takde basikal. Pengajaran betul. Aku ngan azam saje je taknak belikan basikal kiranya mcm dendalah. Tu pun azri nak riak lagi tue, dia cakap "ala takpelah bu, lagi pun abg dapat selamatkan selipar abang". Iyalah tue takat sebelah je apahalnye...ko pakai selipar sebelah tue je..lagi sebelah kaki ayam, nak? kesian ayam takde kaki dah.


Gitulah kisahnya.


So sekarang diaorang tengok jerlah aqil naik basikal. Bila gian tue kadang2 rembat basikal aqil jugak, terjerit-jerit aqil marah..hahahha..budak nie kedekut boleh tahan. Basikal fahmi ok cuma bila dia takde geng dia pun malas nak naik nasikal tue dah + tayar basikal dia pun asyik kempis aje malas aku nak pam..tersadai basikal dia kat rumah tue.



Wah! rambut aku dah macam singamuka tak boleh blah betul!..hahahhaha, nasib baik pakai cekak kalau tak memang sebijik macam singa..suara dah ala2 dah. Kesian budak yang tertonggeng-tonggeng tue ntah apa yang dia carik kat longkang tue..ekkekekeke..Nie bukan longkang tepat kejadian. Longkang tempat kejadian boleh tahan jauh nun kat kebun kepala sawit sana.


Tulah aktiviti meleketkan ketiak petang-petang hari. Kadang-kadang kalau aku rajin aku buat gak larian anak-anak (jogging). Jadilah buat keluarkan peluh sikit-sikit.




Ini telah menjadi SEJARAH

25 November 2010

Bulu sapa pulak yang ko tengok nie.........

Pot pet pot pet...(tugas hakiki seorang ibu membebel masa on the way hantar budak ke tempat jagaan sementara).

"tahun depan dah darjah 3 dah boleh sunat dah..sunat ye tahun depan?"

"taknaklah ibu abang takut"

"apa nak takut nak tunggu sampai bila"

"nanti tumbuh bulu kan bu?"...hahahhahhahha..fahmi niekan...

"ha?..apa dia?"

"nanti tumbuh bulu"..ulangan..

"mana ko tau?"

"nenek cakap"..hahhahhaha..nenek ko nie pun transparent betullah?

"kalau tak sunat nanti tak boleh kawin kan bu?"..azri nie lain takde, asyik pkir kawin je..aiyoyo..

Terkejut aku masa fahmi cakap 'nanti tumbuh bulu'...aku risau dia ada nampak orang dewasa punya je.....ekekkekeke.....


Ini telah menjadi SEJARAH

22 November 2010

Minta maaf aku tak boleh selamatkan ko..wahai mahkluk Allah.

Pagi semalam anak2 sibuk cakap ada orang buang anak kucing kat taman depan rumah aku nie. Jumlahnya 2 ekor. Aku pun tak paham kenapa buang anak kucing tue kat taman kesian anak kucing tue takde sumber air & makanan sebab taman tue dikelilingi longkang macam mana anak2 kucing tue nak menyeberang.

Bila petang hari aku temankan aqil main kat taman tapi aku suruh azri bawak aqil pegi dulu. Bila aku sampai kat taman tue tengok aqil pegang anak kucing tue... alaaaaaaaaaa..aku dah geli geleman dah. Aku jerit2 kat aqil suruh dia lepaskan kucing tue. Selamba je dia bawak anak kucing tue naik tangga gelongsor..aku memang dah jerit2 dahtu je yg mampu aku buat sebab aku geli nak pegang kucing tue "aqil lepaskan kucing tue, sakit dia!"..banyak kali jugak aku jerit2. Bila dia dah ada kat atas gelongsor tue dia pegi campak anak kucing tue ke bawah...kesian gila anak kucing tue. "aqil tak baik buat kucing macam tue, kesian dia sakit!"... serangan jantung aku dibuatnya.

Kejadian ngeri tak abis kat situ. Tengah aku sedap2 main buai eh jangan report kat Majlis daerah tau. Anak kucing tue nak menggeleser kat kaki aku. Aku jeritlah suruh aqil ambik kucing tue..hahhahhaha..gila penakut aku nie. Terkedek-kedek budak kecik tue datang menyelamatkan ibunya yang kegelian kucing. Mula2 dia ambik kucing tue usap2 belakang kucing tue sambil cakap "ayang, ayang..". maksudnya sayanglah. Sekali dia ambik kucing tue dia letak kat buaian pastu dia hayun buaian tu..gedebuk anak kucing tue jatuh..aduhai..bertuah sungguh anak itu. Aku hanya mampu jerit2 kat aqil supaya kesiankan kucing tue....

Akhirnya kucing tue azam buang jauh sikit, tempat yg senang dia cari sumber makanan & air. Harap2 kucing tue baik2 saje.


Ini telah menjadi SEJARAH

19 November 2010

Hari ini aku rasa sangat bersalah

Macam biasa semalam sampai rumah dalam pukul 8 malam. Azam pulak sampai rumah dekat pukul 9 malam. Dalam pukul 9.30 malam aqil nak tido jadi aku tidokan dia kat bilik(kelon). Lepas tue bila aqil dah tido aku keluar balik kononnya nak tengok tv. Azam tanya kat aku ada benda nak dimakan mungkin dia lapar of coz laparkan sebab balik keje. Aku cakap apabenda yg nak dimakan malam2 nie. Dia cakap panaskanlah apa2 dalam peti ais tue raya haji kelmarin kak ida bawak macam2 makanan, bila tak abis semuanya sumbat masuk peti ais. Tapi aku buat muka sebab aku MALAS+ngantuklaki suruh je tiba2 mengantuk setan betul kan?. Pastu azam diam jelah. Aku pun buat tak reti.

Lepas tu Azam bangun ambik yassin pegi bilik belakang baca yassin, malam tadikan malam jumaat. Aku pulak dengar dia baca yassin aku pun diam2 masuk bilik tido. Aku tido dengan tanpa rasa bersalah sedangkan laki kelaparan...JAHATkan aku. Hari nie pegi keje hati tak tenang je..padan muka...

tadi sms azam

Malam tadi abg makan apa?

Maggie....

Kesian abg, sorry ye ngantuk sangat malam tadi..

takpe..abang kat masjid nie..

ok...

Ini telah menjadi SEJARAH

13 November 2010

Kakak nak cakap sikit nie...


Dulu masa kakak kawin adik masih dibangku sekolah. Terima kasihlah pada adik sebab bantu tenaga masa majlis kahwin kakak memang kakak ingat sampai bila2. Adik sudi teman kakak masa majlis bertandang pun akak ingat. Memang adik tak banyak songeh terima kasih banyak2. rasa nak nangis pulak

Masa kakak kahwin..semua kakak urus sendiri. Takde orang tanya apa yang tak cukup. Kad jemputan, kompang, makan beradab, andam, hantaran, baju nikah, macam-macam lagilah. Rezeki kakak tak murah macam adik ramai orang nak sponsor..masa akak takde orang yang nak sponsor apa2 pun.

Cari barang2 kahwin naik bas ke klang sendiri. Kadang2 bila sempat balik kerja terus singgah beli barang. Iya masa itu takde kenderaan sendiri hanya layak naik bas sahaja. Kiranya sekarang adik beruntung ada kenderaan sendiri boleh pegi mana adik nak pegi.

Masa tu kakak memang tak mengharapkan sesiapa pun dalam keluarga kita untuk bantu kakak. Memang takde.

Duit? memanglah tak mencukupi tapi buat termampu. Sampai sekarang kakak ingat ada sedara kita komplen tilam pengantin takde spring..nipis sangat sampai pinjam tilam adik bagi tinggi sikit tilam tue..bila malam adik ambik balik tilam tue. Kakak takde duit nak beli tilam yang berspring...jangan tanya macam mana malam pertama kakak, pengantin baru semuanya indah walaupun tilam takde spring..opppssss...

Kakak buat entry nie supaya adik tak terlalu tension bila tidak dapat bantuan sesiapa. Adik buat ikut termampu adiklah. Follow the flow. Bukanlah bermaksud kakak taknak tolong adik...insyaallah mana yang kakak boleh tolong kakak tolong.

Kakak tak ingatlah masa kakak kahwin dulu kakak ada tension2 macam adik ker tak sebab kakak terlalu gumbira nak kahwin.....yang penting dapat kahwin..YAHOOOOOOOO!!.. pedulik apa ada besen ker tak de besen ker?..ada makan beradab ker takde makan beradab ker....

Dah jangan tension2...senyum2..nanti orang salah pengantin nanti sebab kakak nie suka senyum seri naik kat kakak pulak nanti....susah hatilah kakak mcm nie kalau orang salah pengantin...dah nanti kakak sambung tolong tampal stiker kat cawan ye



Ini telah menjadi SEJARAH

12 November 2010

Pertama dalam bulan November nie.

Banyak nak citer tapi bila tangan mula kat keyboard...ting..semuanya hilang..hahahhahaha..macam magik pulak.

Hidup pun biasa2 je takde yang extra ordinary, jadinya malaslah nak karang n3 pasal hidup yang biasa2 je nie.

Cuti deepavali hari tue aku sefamily membawak diri ke I-City, orang dah berkurun pegi aku baru nak pegi, tue pun dengan bantuan GPS....hahahhahhaa.. Pegi Icity pun pakai GPS..batakkan?. Padahal tepi federal highway je pun. Jangan tak tau pakai GPS pun, balik boleh sesat kahkahakkah..aku cakap ngan azam "penat pompuan tue cakap degil taknak ikut". Pastu azam jawab"a'ahlah kan mesti dia cakap tak paham2 betul orang tue nie"...hahhahahhaha. Nasib baik ngaku dah tua...ekekekkeke..

Masa pegi sanakan boleh dikatakan ramai orang bawak kamera muncung itik tau...ada tue, siap bertanduk lagi..ehehhehehehehhe.. Aku mcm teringin nak beli tapi mesti leceh klu nak bawak kan?. Deepavali mood tapi yang peliknya boleh tak diorang pasang lagu raya..jadah apa ntah. Jomlah layan gambar dari kamera yang tak berapa nak muncung itik aku nie..wahahhahahaa.. Hazab betul nak bergambar..hahhahha..


Gambar yang ada memang menyakitkan mata jadi ada yang aku dah edit cikit2. Kenapa ada image bola halimunan tue ye?..tu kesan cahaya ke?..benci tau, gambo elok tapi bila ada bola halimunan tue..gambar jadi buruk..







*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

ini namanya pose 'berak sembelit"..kahkahkah....


Ini telah menjadi SEJARAH