30 Oktober 2010

Lagi 2 bulan nak masuk tahun baru kan?

mmmm.. ada apa2 azam yang belum lagi tercapai?..

Aku? tiap2 tahun takyah ada azam sebab azam sentiasa menemani aku sepanjang masa..wakakakkaka..

ok serius ckit..

ntahlah sebab aku tau kalau aku ber AZAM..takut tak dapat capai aku jugak yang kecewa..so aku lebih suka ikut flow je. Tapi bukanlah bermaksud aku nie takde cita2 atau impian. Demi Allah aku sangat bercita-cita nak jadi Surirumah sepenuh masa. Membesarkan anak dengan tangan aku sendiri aku asyik dengar orang komplen pasal anak aku je hari-hari, BOSAN+risau+sakit ati, tau.

Insyaallah tahun depan aku dah berkira2 membuat perancangan untuk kelangsungan hidup lebih baik. Sekarang tengah buat step by step. Tengah mencari maklumat nak buat proposal untuk di bentangkan kat 'bigboss'. Harap2 maklumat yang aku dapat nanti tak mengecewakan. Cehwah..mcm nak buat projek besar-besaran je...ekekkekkeke..silalah korang percaya ye.

Otak aku pun sekarang nie asyik terfokus pasal perancangan tu je..macam orang dilamun cinta plak...aishhhhhhh...

Ya Allah permudahkanlah segala urusan itu nanti .Amin.Amin.Amin.


Ini telah menjadi SEJARAH

26 Oktober 2010

Nak lagi?

Aqil tengah menggayakan sepupunya. Aku kalau nak pegang baby nie tak boleh nampak dia sebab nanti dia yang sibuk nak pangku. Baby nie anak abang aku yang kedua. Kakaknya baya Aqil. Produktif macam aku dulu..ekekekkekek..Nampak aqil macam sayang benar dengan baby nie asal masuk je rumah nenek dia cari baby nie dulu kasi cium sedas dua dapat pangku sekejap baru dia pegi main..ehehhehhe

Tapi bila aku tanye "aqil nak baby"..geleng2 kepalanya. Kalau aku acah nak nenenkan baby nie pun dia nangis2 marah..hahhahahhaha..apalah.

Aku citerlah ngan azam"Aqil tue suka sangat ngan baby, nampak mcm sayang sangat". azam cakap "macam tue terpaksalah bagi dia adik". Ek eleh...org tua nie..pastu aku jawab "beranak mengandung takdeh hal punya..masalahnya nak bayar orang jaga anak...3 org anak tu pun dah boleh bayar installment kete kat luar tue..cuma kena tambah ckit je lagi". terus diam azam..ekekkekkeke..

Betul tau suku gaji je bayar duit jaga anak2..belum lagi yang lain2. Apa? ingat mak yang jaga tak payah bayar. Kalau hari nie gaji mak dah tanye..hahhahahhah.. "duit dah ada?". So setiap kali gaji aku kena asing-asingkan duit bayar kakak pengasuh ngan duit mak. Nasib baik tu je yang tiap2 bulan aku kena bayar. Tu pun aku kadang2 terlewat ckit pegi cucuk hati dah tak tenang. Macam aku jugakkan kalau majikan lambat bayar gaji aku mesti aku risau.

Sebenarnya mesej yang aku nak sampaikan ..buat masa nie tak ada agenda nak tambah anak tapi tak taulah kalau Allah nak bagi jugak..aku terima je. Sekian, Harap maklum..




Ini telah menjadi SEJARAH

21 Oktober 2010

Perkara 13

Aku buat blog nie sebenarnya syarat je sebab nak baca blog2 yang aku suka sambil2 berkaryapoyo pasal diri aku tu sebab aku update blog ikut bila aku rasa perlu je. Aku nie suka membaca lagi2 kisah kehidupan orang akukan kepochi(kegemaran aku yg ke5). Rupa-rupanya dah 4 tahun usia blog aku nie. Kelakar baca n3 lama2 dulu. Skema siottttttt.

apa ntah aku merepek nie...

Ingat lagi citer n3 nie...akhirnya hilang sudah deritanya kat dunia. Hilang sudah tempat bermanja anak2 & tinggallah suami tersayang. Tewas dengan Kanser. Alfatihah. Sedih teringatkan anak2 yang masih kecil. Sedang mamanya dikapankan anaknya memanggil mama!mama!mama!. Aku tak dapat ziarah jenazah hanya dengar dari kak ida tapi rasa tersangat sayu.

2 3 menjak nie aku mengalami kejadian misteri.hmmm... Aku malas nak pikir. Biarkan jelah kot. Aku anggap hanya perasaan aku je. Lagipun bukan orang maksud aku penyamun yang nak masuk rumah aku..aku tak berapa nak takutlah. Uisshhhh bukan berlagak tapi kalau hantu tue takat manalah antu2 tu nak buatkan?..kalau penyamun mana kuat kudrat aku sebagai pompuan melayu terakhir nie lawan lagi2 klu bersenjata kan?. Ayat kursi tak bleh miss lah nampaknya sebelum tido. Selalu ter....skip.

Sibuk citer pasal budget 2011. Aku?...mmm..so so je sebab semuanya mcm tak ada kena mengena ngan aku. Apa?..cukai handbag, baju anak2, spender, apalagi? dah takdeh. Aku pedulik apa..hahahhaha..Aku selama nie pun memang pakai handbag pasar malam 20 inggit je, tahan setahun..hahahhahha..koyak buang terus. Aku nie bukan jenis branded punya org..apa yang selesa+ murah aku rembat je. Lagipun kena ukur ngan diri sendiri gaji pun paras kemiskinan takkan nak pakai LV kan?...kuang kuang kuang...mengenang nasib diri yang tak mampu nie. Cuti bersalin 90 hari pun takdeh kena mengena gak...boleh tahan sangap jugak tue kat rumah klu cuti sampai 90 hari...yang 60 hari pun..mcm boleh kena meroyan..hahahhaha..Tapi kalau dah dibagi tue syok jugaklah agaknya. Bilalah nak implement masuk dalam akta kerja supaya kami2 nie yg keje swasta boleh tertakluk sekali ntah2 bila dah tertakluk masa tu aku dah pencen nak bersalin..hahahaha..hampeh jerlah.

Baru baca blog kak Pnut pasal cabaran cikgu zaman sekarang (klik sini) aduhai ngeri plak aku. Ya Allah engkau Lindungilah anak-anak ku dari hasutan syaitan. Peliharalah rasa Hormatnya pada orang tua, guru2 dan ibubapanya. AMIN.AMIN.AMIN.

Melompat-lompat blog pastu terbaca pulak seorang ibu meluahkan rasa yang anak2 nya asyik sakit je bergilir2. Bukan nak cakap apalah, aku dulu ada anak kecik yang umurnya selang setahun je memang macam tulah. Kalau dapat demam boleh bergilir2 kadang2 tue sorang belum sempat baik dah kena plak yang sorang lagi..Macam anak kembar je. Stress ok. Boleh dikatakan tiap2 bulan pulak tue berpanjangan sampai usia diorang 3 tahun jugaklah. Sampai masuk hospital, tu yang aku mcm taubat nasuha tue nak ada anak kecik. Aku siap cakap ngan azam anak 2 je dahlah... hahahhahhaha.. Aku ambik masa 5 tahun nak ada anak kecik balik tue pun kehadiran yg tak disangka-sangka(tapi sangat gembira). Bila ada anak kecik nie kena sedia dari segi mental & fizikal. Kesabaran kena tahap paling masterlah. Harap ibu tadi bersabarlah. Semoga anak2nya cepat sembuh.

Tajuk perkara 13 tue memang takde kena mengena ngan n3 nie pun..saje je aku letak..muahahahha.. ntah kenapa aku suka perkataan tue.

Ini telah menjadi SEJARAH

14 Oktober 2010

Jiwaku terbuai-buai....


Sebab dah banyak kali wah belagak siottttttt dapat takdelah terkejut sangat tapi masih lagi terujalah. Terus sms azam.

Bunga dah sampai. terima kasih bang..

Sama2, Happy birthday sayang, semoga panjang umor, dimurahkan rezeki....Semoga cinta kita berkekalan hingga akhir hayat....muaah muaah..

Seluruh jiwaku jadi jiwang..ekekekkekke....


Tapi takdeh hadiah yang lebih bermakna lagi daripada hadiah nie. Hadiah terhebat!

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
Kain baju yang dah berminggu-minggu memenuhi sofa nie yang boleh diterjemahkan mcm gunung kinabalu telah dilipat dengan jayanya oleh azam..ekkekekke...walaupun dia tinggalkan sehelai cadar tak berlipat sebab dia tak pandai nak lipat aku tetap happy..hahahhahha..
Kain baju yang kat sofa depan pun dia dah settlekan...oh seronoknya.

Iya..Suamiku adalah hadiah terhebat.

aku memang pemalas lipat kain..TAK SUKA!.

Ini telah menjadi SEJARAH

05 Oktober 2010

Dari telok PG ke nilai 3 dengan kasih sayang.

Sesekali nak jiwang bleh lah ye....kihkihkih..

Sabtu lepas aku, atih, mak, kak ida & ain pergi nilai 3 nak beli barang2 untuk majlis 5/12/2010 nanti.

Mula-mula plan nya atih tak ikut sebab dia cakap nak pegi ganu uruskan dokumen kahwin dia tapi last minit cancel atas sebab tertentu. Aku pulak malas nak angkut anak2 klu bawak diorang konpem aku sakit kepala ngan laki jadi aku tinggalkan aqil ngan kakak pengasuh kakak pengasuh tak tau aku cuti korang jgn bagitau dia tau.. Azri ngan Fahmi tinggal ngan Azam(keje malam) kat rumah. Lagipun kalau bawak anak2 ngan laki full pack pulak kete nanti mana nak letak barang2 semua.

Tapi sebelum aku tinggalkan hero2 pujaan hati tue kat rumah, aku dah siap masak nasi goreng 1 kuali, goreng ayam ngan goreng pisang tanduk bekalan 1 hari kena tinggal orang pompuan biasalah klu tinggalkan laki ngan anak2 konpem tak kebulur punya, cuba klu aku kena tinggal..pandai2 kolah nak cari lauk celah mana..huahuahuahua..

Pukul 9 aku dah hantar aqil kat rumah kakak pengasuh pastu terus pegi rumah mak. Sekali sampai rumah mak, atih baru bangun tido..hampeh betul tapi aku janji sebenarnya pukul 10 ekekkekeke. sementara tunggu dia bersiap tipon kak ida suruh datang umah mak sebab aku taknak ambik dia kat rumah sebab rumah dia becak(baru lepas hujan)..hahahhaha..abis kete aku kotor nanti..hahhahahha..keji gila.

Mak dengan atih tak sarapan lagi terpaksalah singgah kedai dulu tapi kesian, kebetulan kedai full house jadi roti canai yang diorder tak sampai2. Malas nak tunggu, keluar kedai atih masuk 711 beli roti ngan gula2 dequardin (ala gula yang sakit tekak tue). Bila masuk kete, atih bagi aku gula2 dequardin tue sebijik. Aku pun masuk mulut pastu terus..arggggggggghhhhhhhhh..!!!!! jerit sekuat hati. Mak terkejut melopong tengok aku jerit pastu dia tanye "ko nape?". "saje test suara kan dah makan gula2 tue, suara mesti power". kahkahakhakah..berbahak2 kak ida ngan ain gelakkan aku...kene sewel ngan atih. mak cakap ngan ain "ntah apa-apa ntah acik jah ko nie, nenek ingat napelah dia jerit sampai melopong nenek tengok"....hahhahahhaa.. nasib baik mak aku takde sakit jantung..kahkahakahkah..

Lepas lawak budus tu kitaorang pun geraklah menuju puncak destinasi. Perjalanan sangat indah dengan layan lawak2 budus kat dalam kete. Bayangkanlah 5 pompuan cerita tanpa batasan..syokkkk. Dah layan sangat citer hampir2 terbabas jalan..ehhehehhe. Terus pegi kedai yang nak dituju sebab atih dah survey2 harga katanya kedai nie harganya reasonable. Nasib baik pegi lepas raya..sehlahmattttt..duit kalau tak?cuba bayangkan.....kihkihkihkih. Banyak betul barang2 english sytle. Nasib baik aku nie kurang minat tapi aku suka tengok deco english nie. Sehlahmatttt duit haku.


Tak ker gila diskaunnya. Takat pegang2 bolehlah. Nangis2 setan zalituun goda suruh beli..minta maaf zalituun i tak tergoda dengan u pegi cari orang lain..kahkahkah..

Tengah tunggu nak bayar. Gambar kat bawah tu korang bleh tengok berapa duwet yang dihabiskan. Nie baru permulaan je tau..banyak lagi kedai2 yang kitaorang singgah... aiiiyyyokkkkkkkk...zalituun nie lekat plak kat mak aku..




Banyaknya beli. Siap mintak tolong bangla bawak troli. Tapi semuanya barang2 keperluan masa kenduri nanti kitaorang pun beli yang murah2 jer lagi2 yang aku sponsor lagilah murah..hahhahahha




Pastu singgah beli tikar pulak. Kesian kak ida..kahkahakah..duduk menyenget kena bagi laluan kat tikar tu. Tue pun mak ada hati lagi nak beli karpet aku buat2 tak tau je..hahahhaha..jahat kan... Kaki aku dah tak larat sebenarnya kang aku jugak nak kena drive. Tu belum carik baju sedondon lagi...fuhhhhhh. Aku tengok mak shopping ngeri....aku cuma telan2 air liur je...




Tapi kat nilai 3 nie macam tak banyak kainlah kan? nasib baik lalu kat nilai 1 singgah sanalah banyak sikit pilihan ker aku yang tak pandai carik. Paling susah nak cari baju sedondon. Menguji kesabaran betul bila aku suka kak ida tak suka, bila kak ida suka aku pulak tak suka , bila dua2 suka kain takde stok pulak..hampeh betul. Mak aku sampai cirit birit..hahahhahaha..Last2 kitaorang ceritakan ciri2 kain yang kitaorang nak kat bangla kedai kain tue pastu mintak dia carikkan..kiranya main tunjuk2 jelah..kesian bangla tue kena dera ngan kitaorang....

Pisang pun mak nak rembat..kahkahkahkah...aduhai. Lastlah nie...kete aku macam larat tak larat je nak naik bukit..hahahhaha...

Aku dah terlambat nak ambik aqil nie, selalu sabtu paling lewat aku ambik dia pukul 3..nie sampai 5.30 ko, nasib baik kakak pengasuh tak bising. Sampai rumah azam dah nak pegi keje.mmmm..

Penat tapi berbaloi2...bukan sebab shoppingmcm nak mati tapi sebab gelak2 tak mati2. Sampai mak cakap nie "nie kalau jalan jauh macam nie seronok ye tak ngantuk" Pastu aku jawab "iyalah tu baru pegi nilai pun dah nak terbabas jalan sebab gelak2...kang klu jauh lagilah ...tau2 nanti sampai thailand...hahahhahha"..

Aku tak beli apa2 pun cuma tikar 10 inggit je..buat lapik anak2 makan atas karpet mahal aku yang dah berbelak2 sebab mcm2 tumpah kat atas tue.....mahallah sangattttttt...ekekkekek..

Citer versi adik aku bleh baca kat sini. Gambar2 2 terakhir tue aku cilok dari blog dia jugak..


Ini telah menjadi SEJARAH

04 Oktober 2010

Cobaan budak 1 tahun 8 bulan ++ membuat PEACE

Lama dah tak citer pasal budak tecit nie. Sekarang nie dah macam-macam dah dia pandai seiringlah dengan usianya. Dah pandai cakap. Mula2 nak pandai cakap dia demam. Masih lagi nenen aku & suka tido atas perut aku mengambil tempat azam..oppppssss.. kahkahkahkah . Baran pun boleh tahan tapi mamat leleh....ehehehehehe..



"aqil, aqil buat peace macam nie".. Tengok gigih dia nak meniru..sampai berkerut-kerut kening...hahhahahha.




Peace versi aqil..hahhahhaha.. Tengoklah mukanya tak bleh blah betul.
Sampai nak tertido buat peace..ekekekkeke..

Bangku putih tue adalah benda yang paling dia sukajimat duit makbapak ko qil... Kemana-mana aje diangkutnya bangku tue. Kalau nak makan dia duduk kat bangku tue pastu pinggan kat lantai, bayangkanlah rupa apa dia makan..hahahhahha.. Kadang2 dia buat stunt pakai bangku tue bila tergolek nangis "atit!, atit!." minta tolong..ehhehehe..

Kalau 20 hari hantar rumah kakak pengasuh sebanyak 15 hari mesti menangis. Hati kena kering kalau tak aku yang nangis..muahahahhaha..Kakak pengasuh cakap kalau aqil nie dah tak menyusu badan mesti dia mesra ngan orang lain sampai taknak balik rumah..huahuahua. Sebenarnya itulah tujuan aku masih menyusukan aqil sebab aku taknak anak aku sampai taknak balik rumah disebabkan mak orang lain lagi best. Setiap petang bila aku datang je nak ambik dia mesti dia dah hulurkan tangan sambil seret beg baju dia..ehehhehehe..

Paling geram bila tiba aku nak mandi..susah gila doh.. Dia punya menangis kalah budak kena dera. Azam pun bengang je tengok dak tecit nie melalak2 depan pintu bilik air mesti azam cakap "pegi masuk perut ibu balik"..hahahhahha..


Ini telah menjadi SEJARAH